"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, June 29, 2015
Masjid tiada kerusi ? ....
Alhamdulilah. Saya berkesempatan menjelajah keluar dari Masjid Kg Tunku ke Masjid ARA Damansara. Seorang teman mengajak saya dan suami ke sana kerana ia Masjid yang selesa dari segi parking kereta dan Imam membaca dalam solat Terawih satu juzuk Quran setiap malam.
Seronok mendengarnya dan saya mencuba, ingin mendapat pengalaman sejauh mana saya tahan berdiri untuk satu juzuk semalam. Tidak sama kederat tenaga dalam umur hampir 70 tahun ini. Saya selalu ingatkan anak-anak saya supaya jangan tunggu bersara atau tua baru mahu aktif dalam menuntut Ilmu tambahan dan beribadah khusus.
Masjid ini cantik dan bersih. Ini tahun pertama menemui Ramadhan al Mubarak dan ahli Qariah nampak ceria datang berbuka puasa, dan anak beranak sekali turut sama. Majoritinya keluarga muda dan hidangan Iftar amat sedap dan mencukupi. Alhamdulilah.
Saya turut teruja kerana untuk 2 atau 3 tahun kebelakangan ini saya sudah tidak berkejaran mencari masjid yang membawa satu juzuk setiap malam. Saya menerima sahaja masjid yang dekat dengan rumah yang membawa bacaan yang tidak panjang dan rata-rata habis jam 10.30 malam.
Saya ceritakan masjid ini pada teman-teman seangkatan kerana saya perhatikan tidak ada kerusi untuk duduk solat bagi warga emas yang memerlukan. Senyum sendirian saya meliaht perbezaan kemudahan yang ada. Masjid ini belum ada pendidngin udara. Ia di rasakan tidak perlu kerana dari pemerhatian rambang, yang datang bersolat adalah yang berumur bawah lima-puluhan. Mereka tahan lasak panas atau sejuk. Namun masjid ini ada sistem kipas yang besar di siling yang membawa pusingan angin yang agak kuat dan mencuckupi untuk tidak kebingungan rasa panas. Sistem air-cooler yang sederhana besarnya pun ada.
Kumpulan umur muda seperti ini pastinya tidak memerlukan kerusi untuk duduk melayan karenah lutut. Sebenarnya bukan perempuan sahaja yang bermasaalah lutut. Bilangan jemaah lelaki pun agak ramai yang solat duduk di kerusi. Dan sekarang sudah di ajarkan pada jemaah bagaimana menyusun kerusi untuk menentukan saf yang betul dan tidak mengganggu saf di belakangnya.
Di Kg Tunku masjid yang saya sering kunjungi terdapat banyak kerusi. Kata seorang teman kalau ada bancian pasti Masjid Kg Tunku akan duduk teratas sekali. Lucu juga saya memikirkan tetapi dalam masa yang sama menginsafi diri. Walaupu saya belum memerlukan kerusi untuk solat, saya sudah mula mengintai-intai kemudahan kerusi jika saya di Masjid yang saya tidak biasa dengannya.
Semoga Allah masih terus menganugerah kesihatan untuk terus mencuba sedaya upaya meningkatkan pengabdian pada yang maha Esa.
Teringatkan pula emak saya yang tidak ke masjid semasa umurnya kerana ketika itu kaum perempuan jarang-jarang ke Masjid. Alhamdulilah kini sudah banyak berbeza. Semoga akan terbentuk ummah yang kuat iman dan taqwa untuk mempertahankan Kebenaran di mana jua berada.
Aamiin ya Rabb......
.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.
Post a Comment