Sudah hampir 3 minggu saya tidak menjenguk blog saya. Sedang disbukan........
Saya rakam sedikit aktiviti silaturrahim dengan kekawan sebaya di Damansara Jaya pada minggu ketiga Ogos. Kami bermula dengan tadarus al Quran dan kemudian kami menjamu selera. Tadarusnya sejam setengah dan yang lainnya sembang santai. Sudah lama saya ponteng aktiviti kumpulan ini, maka itu saya ingin rakam sebagai kenangan kekawan rapat saya.
Sebelum Hari Raya Eidul Adha lagi saya sudah sibuk kerana anak perempuan saya minta saya menjaga anak-anaknya seramai 6 orang dari umur 12 tahun hingga 8 bulan. Semuanya lelaki dan yang sulong dan yang no. 2 ditakrif anak istimewa. Seorang ADHD dan seorang Otisma.
Amat mencabar kesabaran.....
Tetapi saya redha sahaja walaupun sentiasa kepenatan. Anak saya mendapat panggilan menunaikan Fardhu Haji di saat-saat akhir.
Alhamdulilah.....
Ini antara cucu-cucu berHariRaya tanpa ibu dan ayahnya. Tetapi tiada yang bersedih hati. Cuma saya benarkan mereka duduk di hadapan komputer berjam-jam. Saya rasakan sesekali tidak mengapa......(???)
Kebetulan salah seorang cucu meraikan birthdaya. Yang mana satu pun saya dah lupa. Perangai kaum tua. Pening dengan acara suka ria mereka berkumpul dengan cucu-cucu dari anak-anak lelaki saya. Empat belas orang kesemuanya. Saya turunkan di sini sedikit huru hara yang kemudian itu penat pula membersihkan ruang-ruang yang terlibat.
Cukup ini sahaja.
Sekarang ini saya tinggal bersama cucu-cucu anak perempuan saya di Putrajaya. Mereka hebat-hebat semua. Memang pening cuba mententeramkan cara mereka bergurau senda.
Lumrah anak-anak diumur ini. Ada kalanya kawan dan ada kalanya musuh.
Maka lima hari dulu Cucu yang Otisma siram air panas di kepala yang
ADHD kerana katanya ia ambil duit simpanannya tanpa izin.
Dia mudah mengaku kesalahannya dan mengatakan ia ambil sebab adiknya itu selalu tayang duit simpanannya.
Mendidik pasal duit dan perihal duit ini amat rumit. Saya takut perangai ini samapai ke dewasa tua. Ambil hak orang atau lebih hebat ambil harta .......
Ooooops......sensitif. Saya cuma ambil iktibar penuh kebimbangan.
Kesakitan dan jiran sebelah rumah menghantarnya ke klinik.
Saya sampai beberapa jam lewat menyelesaikan masalah di luar.
Cucu yang terdidik adalah harapan masa hadapan. Semoga mereka ini menjadi sebahagian dari ahli masyarakat yang tidak menimbulkan masaalah.
Memang saya sedang disibukan luar dari biasa. Ia menimbulkan keinsafan kerana detik-detik masa berlalu tanpa disedari. Takut-takut nanti tidak kesempatan untuk membuat persediaan mencari bekalan untuk masa hadapan yang abadi. Semoga kesibukan ini ada hikmahnya. Di umur tujuh-puluh ini
menjaga cucu bukan suatu yang mudah. Alhamdulillah pembantu rumah mengasihi cucu-cucu ini dan susah macam mana pun ia sentiasa senyum. Cuma ia panik dan khuatir semasa peristiwa pencurahan air panas itu.
Kerana kesibukan, tahun ini saya tidak berpeluang membantu di Masjid dalam acara Qurban EidulAdha beramai-ramai baru-baru ini. Saya rasa ketinggalan.
Tidak mengapa. Setiap detik kehidupan adalah cabaran dan ujian. Semoga Allah memberkati usaha mahu mencari redhaNya.
......
No comments:
Post a Comment