Amat sedikit yang berjogging pada hari itu. Macam seperti tidak ada orang.
Saya jogging sendirian....oh tak....bukan jogging. Mana mungkin umur 71 berjogging. Dapat berjalan ikut kemampuan sendiri pun sudah besar Rahmat.
Saya mula balik berjalan kerana tahap kesihatan saya tidak menentu. Semoga dengan berjalan perlahan saya dapat aktif lebih sedikit dari biasa. Sambil berjalan saya rakam keindahan Taman Aman ini. Banyak polol berdaun warna warni.Saya suka yang ini dan berangan-angan nak tanam di rumah.......mungkin tinggal angan-angan.
Saya berjalan keliling Tasik ini....tasik buatan manusia. Cantik juga dan dapat
menenangkan fikiran buat seketika. Ustazah saya sering ingatkan. Jangan berjalan-jalan kosong. Berzikirlah. Tidaklah rugi masa kalau buat sesuatu diiringi dengan berzikir.
Tersenyum di hati bila ingat nasihat Ustazah saya. Saya cuba juga zikir. Tetapi dicelah-celah kepenatan hilang pulak lidah berzikir. Ini kelemahan saya.
Tidak seharusnya begitu.
Dua tahun yang lalu, lebih kurang, Taman ini tidak seindah
yang ada sekarang. Alhamdulillah.
Kerajaan Negeri Selangor peka akan keperluan rakyat biasa. Saya pun
menumpang tuah tinggal di Selangor. Kekawan yang
sudah biasa dengan Barisan Nasional mengatakan saya ini
tidak patriotik. Saya tidak marah kerana
sekarang ini musim berkempen.
Begitulah cakap-cakap musim henadak diadakan Pilihan Raya Umum
tidak lama lagi. Saya kata pada kekawan rapat dan anak-anak
supaya fikir habis-habis sebelum keluar mengundi.
Pastikan diri membaca dengan meluas dan
mendengri semua pihak supaya tidak menyesali pilihan
akhir yang dibuat nanti.
Saya tidak mahir politik maka tidaklah berpolitik.
Saya hanya mendoakan Allah kurnia pemimpin yang berwibawa, berintergriti,
beriman dan bertaqwa. Allah maha Mengetahui yang nyata dan yang
tersembunyi. Kita mohon belas kasihan dariNYA.
Itulah fikiran dalam"berjogging" sendirian.
Semoga Allah kurnia hidup ini yang terbaik di sisiNYA.
Allah yang maha Bijaksana dan maha Adil dan tiada
yang maha Berkuasa selain dariNYA.
........
No comments:
Post a Comment