"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 24, 2018

Dipenjarakan.......


Sahara Desert Merzouga Morocco



 

Foto padang Pasir Sahara Ehsan Google)

Beberapa hari yang lalu saya menghadiri kelas Harfiah di rumah seorang kawan. Dalam mendalami bahasa Arab Ustaz kami ini sering juga menggunakan teks Hadith- hadith yang Muktabar. Hari itu ia minta kami menulis sebuah hadith yang berkaitan dengan akhir zaman, iaitu hadith Ibnu Majah no.43. Menulis text arab bukan mudah. Selalu sahaja saya gagal markah penuh. Belum lagi memberi maknanya.

Secara rigkas dan mudah mengikut fahaman saya bahawa di akhir zaman nanti kita akan dapati banyak perselisihan faham dan perbalahan dalam masyarakat mengnai banyak perkara terutamanya mengenai sunnah Rasulullah saw. Maka kita dimita supaya berpegang teguh dengan apa yang kita sudah dimengertikan supaya tidak binasa. Ibaratnya kita kena gigit dengan gigi garham supaya tidak terlepas. Kita harus pegang sekuat-kuatnya ajaran Rasulullah saw dan selepasnya ajaran khulafakRasyidin yang terjamin cerdik dan mendapat bimbingan.

Dalam memberi penerangan dengan panjang lebar, Ustaz memberi contoh-contoh tentang pergolakan politik dan peperangan yang berlaku di muka bumi dari sejak beberapa tahun hingga sekarang ini.

Dalam bercerita sampailah kisah pemerintahan zalim yang menyeksa dan membunuh alim ulamak kerana tidak mahu rakyat menjadi orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa. Ustaz saya belajar di Syria dalam bidang bahasa dan sastera Arab. Maka cerita-cerita banyak berlatarbelakang sejarah dan budaya orang Syria. Ustaz saya berumur lebih kurang 40 tahun dan nampak bersemangat bila bercerita mengenai apa yang berlaku di negara-negara Arab terutamanya Syria.

Dalam sejarah pergolakan politik dan perjuangan Islam Ustaz saya bercerita sedikit sebanyak mengenai bagaimana terjadinya perbalahan mengenai hukum hakam agama Islam. Syria katanya didominasi dengan fahaman Syiah wal hal pengikut-pengikut Sunni dipinggirkan. Maka apabila ustaz bercerita sedikit bagaimana Ulamak-ulamak ditangkap dan diseksa saya rasa amat sedih dan seolah-olah mahu sahaja menjadi pejuang Islam di sana. Merek yang didapati engkar akan dipenjarakan di bawah tanah nuuuun jauh di Padang Pasir yang kering kontang. Penjara-penjara itu kecil dan "banduan" hanya diberi ruang duduk tidak ada peluang berdiri. Bayangkan........
Pastinya menyeksa fisikal dan minda. 

Sebelum menulis entry ini saya rajinkan diri melihat Google dan terdapat satu penulisan dalam "The Guardian" mengenai sistem penjara di Syria yang di namakan: 'THE WORST PLACE ON EARTH" INSIDE ASSAD'S BRUTAL SAYDNAYA PRISON.

Bukan tujuan saya untuk bercerita perihal penjara itu. Bacalah sendiri cerita-cerita di media sosial. Saya suka mengikuti bagaimana "Foerensic Achitecture" melalui cerita banduan-banduan yang sudah dibebaskan bagaimana keadaan tempat mereka duduk semasa dalam penjara. Akitek-akitek ini menginterpretasi cerita dari daya pendengaran banduan dan bukan dari apa yang dilihat kerana mereka selalunya ditutup mata supaya tidak nampak apa yang di sekeliling. Saya kagum dengan teknik ini.....

Jom kita baca-baca untuk peka perihal sekeliling. Saya suka kalau kita boleh membuka minda dan ambil peduli mengenai siapa jua yang dihukum penjara sama ada Hak Asasi Kemanusiaan di ambil kira oleh pemerintah.

Saya terpanggil untuk berfikir-fikir tentang Penjara kerana hari ini di Malaysia kita dapati beberapa ahli politik yang dipenjara. Sedikit sangat yang kita dengari mengenai penjara di Malaysia. Semoga pemerintah di Malaysia mengikut semua peraturan Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia. Semoga apa yang kita dengari menenai banduan di "Solitary Confinement" tidak terseksa melampaui ketahanan kemanusiaan.  Kawan saya kata jangan buruk sangka. Maka saya yakin Pemerintah Malaysia tidak Zalim.

Namun dalam yakin-yakin pun saya rasa terkesan mendengari "berita-berita angin" mengenai banyak hal. Saya bertekad untuk menjadi cerdik dan meyibukan diri dengan perakara yang terdaya usaha sahaja. Yang lain biar diatasi oleh mereka yang pakar dan ada daya pembelan.

In sha Allah saya dengar dan lihat sahaja......
Semoga Allah melindungi yang benar dan nyata.


..........

No comments:

Related Posts with Thumbnails