Warna-warni di IJN menceriakan suasana.
Hari itu saya di IJN, menepati temujanji berkala. Kes saya belum tuntas tetapi saya rasa lega buat sememtara. Saya suka meyakinkan diri walaupun fakta tidak jelas. Hanya Allah yang maha Tahu. Alhamdulillah. Selesai berjumpa doktor saya menunggu suami saya mengambil saya . Sambil tu saya membaca berita-berita di Whatsapp fon saya.
Banyak yang membuat saya rasa sedih dan kecewa mengenai Pentadbiran Negara. Ada juga yang membuat saya rasa berdebar marah. Terlintas dihati apa yang saya bolih buat dan akan buat kalau saya umur tiga puluhan atau empat puluhan. Semasa bekerja saya beranikan diri berbicara dengan Menteri demi ke sahihan fakta dan demi keberkesanan hasil kerja dan berbagai lagi. Tetapi sebagai pesara dan rakyat biasa saya hanya mampu berhujah dengan anak cucu semoga mereka faham apa yang sedang berlaku dan berdoa semoga mereka mengambil tindakan yang sempurna di sisi Allah.
Saya pernah bekerja di bawah Tun Mahathir dan saya pernah bekerja di bawah DS Najib dalam masa yang berlainan semasa saya di Kementerian Pendidikan. In sha Allah saya dapat menilai dan membuat perbezaan.
Saya memujuk diri untuk banyak bersabar dan kuatkan tekad dengan munajat dan berdoa. Saya ingin membina diri sebagai IbaddurRahman. Allah maha Melihat dan Allah maha Mendengar atas segala yang nyata dan segala yang tersembunyi.
Yang Hak itu Hak dan yang Bathil itu Bathil. Kita semua akan dipertanggongjawabkan. Semoga Allah sentiasa memberi Taufik dan Hidayahnya dan semoga Allah kurnia bagi Malaysia apa yang terbaik di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb............
..................

No comments:
Post a Comment