"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, February 6, 2018

Dari Acheh cemas berkejaran.....







Berita  adik ipar saya Allahyarham Dato Alayuddin Hassan  sakit kuat dan berada di ICU Hospital Prince Court hampir tiga minggu dulu membuat anak angkat saya bekejaran dari Acheh mengaturkan perjalanan ke Kuala Lumpur denan harapan dapat bertemu sebelum sesuatu yang  tidak dijangka akan berlaku. Namun ketetapan Allah tiada siapa yang tahu dan anak angkat saya yang memang rapat dengan keluarga adik Ipar saya ini tidak kesampaian hajat untuk bertemu. Ia sampai sehari setelah jenazah dimakamkan. (Saya rakam foto anak angkat saya, Arief dan isteri serta anak sulungnya, semasa ia pulang dari Mesir lebih kurang 10 tahun yang lalu sebagai kenanagan).


Keesukan harinya saya bawa dia ke rumah keluarga Allahyarham untuk ziarah dan ucap takziah. Kami rakam foto sekeluarga. Isteri Allahyarham, Datin Mariam duduk no. dua dari kanan. Tabah orangnya dalam mengadapi Ujian dari Allah. Berdiri di belakang ialah anak-anak dan menantunya.

Sebelum itu kami makan tengah hari didahului dengan cerita mengenai Allahyarham ziarah Acheh dan pengalaman-pengalaman yang diharungi bersama dalam perniagaan dan menubuhkan sekolah berasrama penuh di Acheh. Allahyarham membantu mereka mencari dana dari dalam dan luar negara. Saya rasa terharu kerana mengingatkan hidup ini singkat dan tidak tahu bila akan berakhir. Allahyarham berumur 61 tahun dn masih ada kerja-kerja yang belum selesai. Alhamdulillah ikatan keluarga amat kuat dan adik beradik akan cuba menyampurnkannya sebaik mungkin.



Sebelum Arief pulang ke Acheh ia bersama kami selama 3 hari dan sempat juga ia menziarahi kekawan seangkatan dengannya yang menetap di Selangor sebagai guru sekolah agama berasrama penuh. Kami pun dapatlah bertukar-tukar pendapat mengenai berbagai  perkara seperti  perkembangan politik di Acheh dan bagaimana menangani berbagai khilaf dalam penghayatan syariat Islam. Kami berharap dapat pula ziarah ke Acheh dalam masa yang singkat ini. Semoga tercapai dan dapatlah kami menziarahi 2 lagi anak angkat kami yang ada di sana.


Di celah-celah kesibukan dapat juga Arief ziarah anak perempuan 
saya di Putrajaya.Malam itu anak saya belanja makan satay dan lain-lain
 ikut kesukaan. Alhamdulilah dapat menjana kemesraan.


Ini Amirul dan menantu saya Siti serta anak-anak.
Foto kenanagan untuk Arief.
Samapai di sini dahulu hingga berjumpa lagi. Sementara itu kami berdoa
 semoga Allah sentiasa memberi peunjuk dan Hidayahnya
dan semoga kami sentiasa di landasan yang benar.
Aamiin ya Rabb...


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails