Sekarang ini musim orang suka bertanya .... walaupun tiada jawapan. Atau pun ada jawapan tetapi tidak memuaskan dan kekadang jawapan yang hanya buat hati bertambah bengkek.......
Soalan mengapa manusia diciptakan..... sudah sering diperkatakan. Tetapi hari ini kita cuba lihat dari sudut yang lain pula. Untuk berfikir-fikir.....
Kita lihat ayat-ayat di bawah. Saya hanya ingin berkongsi idea. Semoga ada munafaatnya.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13) |Hari ini masyarakat dan Negara kita sibuk memperkatakan hal politik berasaskan kaum. Ramai yang takut Melayu hilang di dunia. Pasti orang Melayu yang rasa demikian. Istilah Melayu telah didefinasikan dalam Perlembagaan sebagai mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu, berbudaya Melayu, beragama Islam dan salah seorang ibu bapanya adalah Melayu semasa The Federated Malay State ditubuhkan dalam tahun 1948. Saya rasa hari ini tiada siapa yang menentukan kesahihan fakta ini bila mendaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara. Maka akibatnya kita berhujah dan berbicara sama sendiri bermati-matian atas sesuatu yang susah diperjelas.
Saya sendiri tidak kisah sangat asal keturunan saya. Dahulu emak dan bapak saya datang dari Tanah Jawa. Kini sudah hilang identiti Jawa. Anak-anak dan cucu-cucu tidak ada yang berbahasa Jawa. Saya hanya kekalkan perkataan "Embah" yang bermakna Atuk perempuan. Suami saya keturunan orang Pattani. Dia pun tidak kisah asal keturunannya. Maka dari segi budaya pun sudah hilang kerana saya dan suami tidak lagi berhubung dengan mereka yang Jawa atas nama Jawa atau yang Pattani atas nama Pattani.
Masakan Jawa pun sudah tidak popular dalam keluarga saya. Nasi Ambeng pun tidak pernah buat. Cuma saya masih suka sambal goreng Jawa yang sesekali saya buat untuk kekawan.
Kita kan orang Malaysia dan kita Cintakan Malaysia.
Maka mengapa keturunan mahu dipolitikan. Oh....Kerana ada orang keturunan Cina dan lain-lain. Saya berpendapat kita menjadi seperti ini kerana dasar-dasar negara semasa mendapat Kemerdekaan dari British dahulu tidak kemas pembentukannya. Tetapi saya berpendapat tidak perlu kita mempersalahkan sesiapa. Ia sudah berlalu jauh. "Nobody was any wiser". Tidak ada siapa yang bijak ketika itu dan berusaha menegor. Atau pun ia terjadi atas sebab-sebab "yang tidak dapat dielakan". "We are wiser only on hind sight". Maka eluklah kita melihat ke hadapan dan kita bertindak ke hadapan.
Apa kata kalau saya katakan: Kita semua keturunan Nabi Adam AS. Kemudian kita menjadi keturunan nabi Nuh AS. Kita keturunan mereka yang terselamat dari banjir besar yang Allah swt turunkan. Yang terselamat hanya mereka yang beriman dan bertaqwa.( Lihat ayat di atas dan ayat- ayat di bawah ini.)
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
(Nuh 71:5) |
"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).(Nuh 71:6)
"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
(Nuh 71:7) |Dari ayat-ayat di atas jelas bahawa sesuatu kaum itu Allah swt hapuskan dari muka bumi ini kerana Keengkaran mereka terhadap Allah. Allah gantikan dengan kaum lain.
Kemudian Allah perjelaskan lagi dengan ayat berikut:
Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(At-Taubah 9:70) | Maka marilah sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa dalam sejarah. Kita seharusnya tidak risau sangat mengenai keturunan kerana bila kita dihadapkan di Mahkamah Agong di Akhirat nanti kita tidak akan ditanya kita dari kaum mana. Atau dengan lebih jelas lagi Allah tidak tanya kita Melayu atau bukan. Saya yakin begitu dan semoga keyakinan saya ini benar.
Tetapi sesetengah pendapat mengatakan itu bukan isu yang diperbalahkan sekarang. Rakyat Malaysia masih tertumpu pada hakikat bahawa kekayaan ekonomi negara harus jangan jatuh pada kaum lain. Melayu mesti jadi Tuan di negara sendiri. Maka sebab itu lah kita berbalah dan meminta rakyat untuk mengundi pihak yang tidak sekongkol dengan mereka yang ada potensi besar "menelan" Melayu, iaitu DAP yang majoriti ahlinya ialah keturunan Cina.
Pada pandangan saya waktu inilah kita harus berfikiran di luar kotak atau berfikiran "whole brain thinking". Saya cuba-cuba berfikiran begitu. Pakatan Rakyat dalam kempennya telah menyatakan bahawa ia tidak akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan.... Cina dan Tamil. Hak setiap kaum akan diambil kira termasuk kebebasan beragama. Maka dalam hal ini kita boleh minta Pakatan Rakyat jika menang nanti untuk memastikan bahawa SJK Cina mesti merombak dasar pendidikan (termsuk pengajaran dan pembelajaran) mereka untuk membolihkan kaum Melayu mudah masuk ke jurusan SJK Cina dan dengan ini membolehkan mereka mahir dalam bahasa Mandarin. Dalam masa yang sama semasa pergaulan di sekolah jenis itu mereka akan juga mahir dalam sesuatu dialect yang lain. Jika mahir dalam bahasa Mandarin dan tahu serba sedikit dialect lain, saya percaya mereka akan dapat bersaing. Proses ini akan mengambil masa sedikit. Tetapi kita akan melihat struktur komponen keturunan kaum akan berbeza dari segi kemahiran dan keterampilan dalam semua bidang terutamanya bidang ekonomi dan kewangan.
Sekarang ini kaum Melayu rasa "kalah" dalam persaingan kerana tidak tahu Mandarin dan dialect yang lainnya. Kena kata depan-depan pun orang Melayu senyum sahaja kerana kebanyakannya tidak faham. Maka mudahlah kena tipu. (dalam bahasa yang kasar). Sekarang ini pun Kementerian Pendidikan / Pelajaran sudah menghantar guru-guru belajar Mandrin di Beijing. Saya tahu kerana ada yang mencari kerja di TADIKA yang saya bantu urus di Tangkak Johor. Tujuan kami bukan mahu anak-anak tadika terus mahir. Kami hanya mahu membuka minda mereka supaya biasa mendengar apa itu Mandarin. Bila mereka bersekolah betul nanti mereka tidak hairan bila dengar kata "Mandarin".
Membuka minda mengambil masa dan saya yakin ia bukan suatu yang mustahil. Dahulu kita sudah silap dalam membuat dasar Bahasa Kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana keturunan Cina bolih berbahasa Melayu dan berbahasa Mandarin. Tetapi kaum Melayu tidak tahu Mandarin kerana kita terpaku dengan dasar mahu mendaulatkan bahasa Melayu. Saya yakin kita boleh mendaulatkan bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama kita juga bolih mahir dalam bahasa Mandari. Ini tidak Mustahil. Dengan ini barulah kaum berketurunan Cina RESPECT Melayu kerana dapat bersaing seimbang.
Ini adalah salah satu cara bagaimana mahu Melayu maju dan berani bersaing. Cara lain untuk menentukan Melayu tidak hilang di dunia ialah dengan menguatkan akhlak berasaskan Islam. Tiada pilihan. Sebab dalam alQuran surah Luqman sudah digariskan dasar akhlak yang Allah redha, iaitu jangan mensyirikan Tuhan, Allah yang maha Pencipta. Jika orang Melayu pintar bahasa Cina dan bagus akhlaknya dan mampu berdakwah secara langsung dan tidak langsung, saya yakin lambat laun rakyat Malaysia akan bersatu secara Fitrah. Mereka mudah bergaul dan mudah mengenali satu sama lain seperti yang Allah sebut dalam ayat yang teratas tadi.
Maaf kata....Ini hanya fikiran kasar yang perlu dihalusi. Saya mengharapkan ada yang mahu berfikir-fikir seperti yang saya catat di sini. Harapan saya kita tidak perlu bersengketa kerana keturunan. Tidak ada faedahnya. Di luar sana pula Arab berfikiran kehebatan Arab dan ada suku kaum lain yang berfikiran mereka kaum yang terpilih. Maka banyaklah pergaduhan berlaku hingga berperang sesama kaum pun terjadi..... semata-mata untuk kehebatan di dunia.
Saya khuatir bila mendengari apa yang Allah telah firmankan seperti ayat di bawah ini.
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Ruum 30:41) Jom ! sama-sama kita fikir zikir. Beriman dan bertaqwa iu adalah fakta penting. Semoga mendapat Taufik dan HidayahNya dan semoga kita sejahtera di sini dan di sana.
Aamiin ya Rabb.....
.........
2 comments:
Salam. Ya sememangnya diakhirat tidak ditanya apa bangsa kamu maupun anak sapa kamu kerana sana alam roh. Bangsa/bahasa semua hanya dipakaiguna atas dunia sahaja, malah itu juga kebijaksanaa Tuhan menciptanya sebagaimana tuhan mencipta tumbuh2han yg berbeza malah 'berbangsa/bersuku' dgn sifatnya tersendiri.Apa yang salah hanyalah sikap 'assobiyah' sahaja. Maaf pendapat saya shj. Salam.
Betul pendapat itu, Saudara. Maka sebab itu kita jangan asyik bercakaran kerana bangsa dan keturunn.
Terima kasih singgah di blog saya dan meninggalkan komen. Saya hargai dan komen membuka minda saya.
Post a Comment