"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 17, 2018

Kesempatan "Family Reunion" @ CNY......


A family that eats together stays together.



Itu seperti kata-kata hikmah yang selalu kita dengar. Ada juga yang kata: A Family that sleeps together stays together.

Biarlah.....
Yang penting saya hendak cerita semasa malam cuti-cuti Malaysia sebab CNY keluarga saya pun ambil kesempatan berkumpul di rumah anak perempuan saya di Putrajaya untuk makan malam bersama selepas solat Isyak. Anak saya buat "steam boat"  kerana ia suatu yang mudah dan kami pun suka isian steamboat versi Melayu.  Saya terutamanya suka sayuran yang berbagai. Cucu-cucu suka fish balls dan yang sepertinya. Maka seperti "berebut-rebut' kami makan. Dia membuatkan makanan bertambah sedap bila makan bersama. Yang penting semangat ada bersama keluarga.


Besan saya, Ibu pada Sarah pun ada sekali. Ia baru sampai dari Sungai Batu Kedah sempena cuti-cuti CNY. Di sini ia berbaju hijau. Tambah seronoknya.



Keluarga saya tidak banyak 'protocol'  Tidak ada hiasan meja dan
 peralatan  makan yang teratur. Cuma adab-adab tertentu sahaja yang kami 
pastikan cucu-cucu membuatnya. Doa harus ada dan keluarga tua didahulukan.



Hah...ini dia. Nampak menarik dan sedap kan.... Alhamdulillah.



Yang tidak dapat duduk di meja maka makanlah di bawah. 
Mudah menyelia anak-anak.


Dua anak lelaki saya, Azrul di kanan dan Amirul di kiri.
Mereka yang enjoy sekali. Masih bersemangat melayan selera.
Amin menantu lelaki saya melancung ke Batam dan beberapa bandar lain. 


Di kanan Azra yang punya majlis dan yang kiri itu Siti isteri Amirul. 
Dia keturunan Cina maka Makan Malam
Bersama ini ada mirip CNY.
Saje suka-suka Satu Malaysia.




Ada cucu yang tidak kisah makan pun. Lebih seronok bermain. Itu seronoknya sesekali berkumpul Kita dapat melihat karenah anak cucu.



Kenangan bersama anak perempuan dan  menantu-menantu.


Amru (kiri) dan Abbas. Bermain cara mereka sendiri.


Untuk kenanagan bersama. Entah bila lagi dapat bersama.
Sekarang ini anak-anak saya kena kerja kuat mencari rezki tambahan kerana ekonomi negara yang tidak menentu. Tidak mengapa. Kita usaha dan Allah yang menentukan. DIA yang maha pemberi Rezeki.


Itu sahaja buat kali ini. Semoga dapat bersatu hingga ke akhir hayat dan semoga bertemu semula di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan Rahmat Allah jua yang tidak terhingga,
Aamiin ya Rabb....


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails