"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 10, 2018

Ingin hentikan detik jam.....




Hari ini 10 Feb .
Sambung beraktif semula berjalan waktu pagi seperti nasihat konsultan kasihatan saya. Saya rasa agak berat pergerakan kaki saya. Dahulu saya biasa berjalan di Taman Tasik  Sri Aman  ini. Tetapi sudah hampir 3 tahun saya tidak memaksa  diri untuk setiap pagi pergi berjalan, walaupun perlahan. Dahulu satu round sekeliling tasik saya ambil masa 15-20 minit. Tetapi pagi tadi saya rasa seperti mengambil masa tiga kali ganda lamanya.

Tidak mengapa, hati saya berkata-kata. Bila melihat  sinaran matahari pagi di Taman Sri Aman di Petaling Jaya buat hati bersemamgat. Tekad pada diri.... lambat-lambat pun buat juga. Lebih baik daripada duduk sahaja.



Antara laluan "jogging" saya.


Tempat saya berhenti, berdiri ambil nafas.
Berjalan sedikit, rehatnya yang lama.


Sambil-sambil tiu, terasa penghargaan pada mereka yang menjaga Taman untuk 
dinikmati keindahannya.



Saya rasa tidak sihat kebelakangan ini. Saya cuba membina semula kecergasan yang pernah saya rasai dahulu. Banyak tugas membantu kekawan dalam NGO yang saya perlu buat. Tetapi kederat hanya membenarkan sedikit sahaja.,.... amat sedikit. Semangat kuat tetapi tindakan amat kurang. 

Saya asyik berjanji nanti saya sihat saya akan aktif. Tetapi saya menyedari saya bukan umur tiga puluhan. Sekarang sudah mencapai tujuh puluhan. Saya amat bersyukur Allah kurnia umur yang panjang tetapi saya menyesali diri juga bila mengira usaha yang dapat saya sumbangkan.....amat sedikit.

Maka hari ini saya rasa saya ingin hentikan detik jam.........

Mana mungkin. Suatu yang tidak munasabah. Walau menangis seribu tangsian.....detik jam akan berterusan tidak menanti sesiapa.

Namun saya tidak akan berputus asa.(Semoga Allah menganugerah saya Petunjuk dan HidayahNYA...Aamiin).



Sebahagian laluan saya ke IJN.

Pagi semalam/kelmarin pula saya ke IJN, entah untuk kali yang keberapa sudah tidak dapat saya pastikan. Doktor masih belum tahu apa yang tidak kena. Hari itu saya diminta melalui pemeriksan  ECHO. Sangat tidak selesa dan hampir keluar air mata menahan sakit  kesan sampingan yang ada pada saya.....suatu yang belum pernah saya rasai. Minggu sebelumnya saya dikenakan memakai Holter. 

Beberapa ujian telah dibuat pada saya sejak saya mendaftar di IJN ini, ....mungkin 3 tahun dulu. Tetapi masih belum dapat dikesan mengapa saya rasa idak selesa pda jantung saya. Kekadang sakit yang tidak dapat saya nyatakan dalam bahasa perubatan, Kekadang rasa berdebar, kekadang sulit bernafas. InsyaAllah esuknya saya akan dapat review yang terkini.

Begitulah perjalanan hidup. Saya sudah bersara selama 14 tahun. Alhamdulillah atas kurniaan Allah. Bila muhasabah diri, dsaya rasa saya belum berbuat sesuatu yang benar-benar konkrit yang bolih membuat saya rasa lega.  Tidak....... rasa masih jauh dan kekosongan.

Maka itu saya ingin hentikan detik Jam.....

Mana mungkin. Saya rasa seperti saya mahu berkejaran berbuat itu dan ini.... Tetapi setiap pagi saya tidak dapat bergerkak sepantas dahulu. Turun tangga dan naik tangga di rumah pun saya rasa kepenatan. Bila saya keluar station ke Tangkak Johor untuk memantau perjalanan Tadika SmarTop yang saya bantu urus, saya akan rehat sehari dua untuk mengumpul semuala tenaga. Maka saya seru orang muda..... jangan rugi macam saya. Buat kerja NGO dari umur muda lagi. Jangan tunggu bila sudah bersara. Mungkin tidak sempat bersara sudah Allah jemput untuk kembali padaNya.

Sesekali saya berpeluang bertemu kekawan seangkatan. Kami duduk mengenang kekawan yang sudah pergi dahulu. Kami bercerita perihal kesihatan dan rawatan kesihatan yang sudah dan sedang dijalani. Kekadang kami cerita hal masyarakat. Sejadar cerita dan ambil iktibar. Kami bersyukur dan berwaspada......

Dalam pada itu orang-orang seperti saya masih diperlukan anak-anak untuk membantu mengawasi anak-anak mereka i.e cucu-cucu kerana mereka juga terdesak dan menghadapi berbagai kesulitan terutamanya masa kini yang sedang diharungi masaalah ekonomi keluarga dalam ekonomi negara yang tidak menentu.

Detik Jam berterusan......
Senyap-senyap saya rasa ketakutan.........


..........

No comments:

Related Posts with Thumbnails