"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 3, 2018

Building Bridges..2.

ASSalam.....
Syawal pula akan meninggalkan kita.... terlalu pantas masa berlalu.

sultan ismail petra silver jubilee mosque
Alhamdulillah, hari ini saya sihat sedikit untuk catatan ringkas yang telah lama saya ingin kongsikan.
Ia mengenai sebuah pendapat bagaimana kita boleh hidup aman damai di negara berbagai kaum dan berbagai agama dan kepercayaan di Malaysia ini. Ini bukan isu baharu tetapi kebelakangan ini saya terpanggil untuk mengemukakan sedikit pendapat.



Saya latarkan pendapat saya ini dengan foto Masjid yang saya suka merenongkan keistimewaannya. Tidak lama dahulu saya ada menulis mengenai Building Bridges 1. Jika minat sila lihat di sini. Building bridges

Di atas ini ialah foto Masjid Beijing di Kelantan. Seni binanya berasaskan budaya keturunan Cina. Saya seronok merenongnya kerana di Malaysia ini hampir setengah penduduk Malaysia adalah berketurunan Cina. Pada saya ini bukti kita Rakyat Malaysia boleh menerima hadirnya budaya Cina di negara ini.

Dalam al Quran pun Allah berfirman yang bermaksud Allah mencipta berbagai kaum di muka bumi ini supaya dapat semuanya mengenali satu sama lain. Saya mengambil faham bahawa bila kita sudah mengenali, maka kita suka kalau mereka juga mempercayai agama Islam sama seperti yang kita junjung di Malaysia ini.

Foto yang atas sekali saya temui di Google. Foto yang kedua saya rakam dengan fon saya semasa lawatan saya di Masjid itu awal tahun 2017. Saya terpegun kerana bila berfikir saya percaya kita tidak harus benci pada sesuatu kaum yang tidak memusuhi kita seperti kaum Zionists.

Saya menyedari hakikat bahawa kita yang beriman dengan alQuran dan Hadith  haruslah memulakan langkah untuk berbaik dengan semua yang bukan beragama Islam termasuk kumpulan kaum Asli di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jika mereka ini ragu dengan sikap kita dan benci dengan dasar-dasar kerajaan kita mengenai kebebasan beragama, maka soalan yang utama yang kita harus menanyakan diri kita  sendiri ialah sama ada kita sudah melaksana tanggungjawab kita untuk "menjemput" mereka mengenali Islam. Saya menaruh harapan mereka juga akan patuh dengan tuntutan  at Quran atau sekurang-kurangnya  menghormati AlQuran. Dengan keterbukaan minda begitu akhirnya semua akan dapat hidup aman damai tanpa rasa iri hati atau rasa terpinggir. Bukan kaum Cina sahaja tetapi termasuk semua kaum di negara kita ini.

Sehubungan ini saya ingin berkongsi cerita. Seminggu dahulu teman baik saya meninggal dunia kerana kanser yang ia tidak memberi tahu ramai kekawan. Ia berumah tangga dengan seorang lelaki keturunan Cina. Kedua-duanya adalah ahli perbankan. Teman saya ini amat cerdik dan pernah bekerja di Bank Negara dan di Bank Dunia. Beliau berumur 67 tahun.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah mengenai sikap kita orang `Melayu Islam semasa jenazahnya diurus disebuah Masjid di Petaling Jaya. Tanpa banyak fikir saya syurkan kepana jemaah Masjid agar kita menghargai waris suami teman saya yang ramainya belum Islam. Mereka datang untuk memberi penghormatan terakhir. Saya syorkan mereka diberi ruang di sebelah belakang Dewan Solat Nasjid untuk duduk sambil menanti solat Jenazah disempurnakan dan kemudian Jenazah dibawa keluar untuk disemadikan.

Syor saya tidak berapa di terima. Katanya lelaki bolehlah....tetapi wanita tidak dibenarkan masuk kerana tidak menutup aurat. Hari itu saya perhatikan mereka berpakaian sopan dan ramai yng memakai tudung kepala walaupn dengan cara mereka sendiri.

Saya agak terkilan kerana saya berpendapat masa inilah kita harus ada keterbukaan dan membenarkan mereka  masuk dan melihat upacara kita. Allah yang membuka Hidayah. Itu hak Allah sepenuh Nya. Kita hanya  berusaha memberi laluan.

Saya pernah medengar ceramah mengenai sejarah perkembangan Islam semasa zaman Rasulullah saw di mana seorang Badewi lelaki masuk Masjid dan kencing di dalamnya. Sahabat naik marah dan mahu menghalaunya. Tetapi Rasulullah saw melarangnya supaya Badewi itu tidak ketakutan untuk berjink-jinak dengan Masjid.

Kalau kita tidak ada kesabaran dan punya tahap toleransi yang tinggi terhadap mereka yang belum Islam, maka bagaimana kita dapat mengajak mereka memahami Islam dan dengan izin Allah mungkin mereka akan menjadi Muslim.

Mengapakah di Malaysia ini kita sangat berat untuk betul-betul membuka minda dan membuat perubahan mengenai sikap kita terhadap yang belum Muslim. (The Onus is On Us Muslims, to win them over. We build Bridges and not build Walls across our Community.).

Kita bina jambatan dan bukan membina tembuk. Ia merugikan Islam.
Saya pernah membaca program di Masjid Cina Melaka bagaimana mereka mengurus Masjid dalam dakwah terhadap nonMuslims.(carian google). Bolih dikongsikan.

Pada hari ini banyk sekali pendapat-pendapat di alam maya yang dilaungkan kuat membidas YB Menteri Kewangan dari DAP yang katanya amat biadap mengenai sikapnya terhadap Islam kerana mahu menaik taraf kedudukan agama-agama lain. Saya pula terfikir mengapa ini berlaku adalah kerana selama ini (60 tahun?) kita sudah "silap " cara kita menangani hal-hal agama lain dan Bahasa-bahasa lain. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang sudah tercapai tetapi masih rasa terkilan orang Melayu di Malaysia tidak menguasai bahasa Mandarin wal hal orang lain fasih dalam bahasa ibunda sendiri dan mahir juga  dalam bahasa Malaysia. 

Saya rasa kita harus fikirkan dilemma ini.
Bolehkah kita/kepimpinan kita membetulkan kepincangan ini.

Sedikit sebanyak saya rasa agak terperangkap dalam isu ini. Ayuh teman-teman Islam, kita berfikir semula kerana di hadapan Allah Azzawajalla kita tidak akan ditanya mengenai kejayaan  keturunan bangsa kita. Tetapi kita akan ditanya mengenai iman dan Taqwa kita dan sama ada kita telah melaksana segala tanggong jawab kita seperti yang dituntut dalam alQuran dan Hadith. Usaha menegakan Kebenaran Islam adalah antara tuntutan yang harus kita tunaikan.

Itu sahaja perkonsian cerita saya.

Harap-harap entry saya kali ini dapat difahami dan kita sambung senario seterusnya lain kali, dengan izin Allah.

Maka sebelum kita kecewa dan marah dengan sikap orang lain dan keturunan bangsa lain terhadap kita, kita lihat dan selami diri kita sendiri terlebih dahulu. Kan kata pepatah kita akan menuai apa yang kita semai........

Allah yang maha Mengetahui.....
Semoga mendapat Taufiq dan HidayahNya.


.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails