"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 10, 2018

Making them Parrots @ Tahfiz alQuran....

Download Indian parrot stock photo. Image of garden, feather, park - 9905492

green parrot...foto hisan dari google.

Kebelakangan ini ramai yang saya baca di media sosial yang memeperkatakan sedikit sebanyak mengenai pendapat mereka berkenaan Maahad Tahfiz di Malaysia ini. Ada yang kata institusi ini tidak lagi relevan untuk di teruskan kerana banyak yang sudah "ketinggalan zaman". Ini fahaman saya. Mumgkin maksudnya bukan begitu.

Ada yang kata Maahad Tahfiz ini harus diselaraskan dengan lebih rapi lagi dan lebih sistematik dalam membina kurikulum, pengambilan guru dan staff dan berbagai lagi yang harus di perbetulkan supaya ia menjadi Institusi Pendidikan yang terbaik selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.

Sebenarnya banyak yang harus difikirkan mengenai Maahad Tahfizdi di negara kita ini. Bukan sahaja Maahad Tahfiz secara khusus tetapi juga mengenai pengajian alQuran di Institusi Pendidikan menengah dan Pendidikan Tinggi yang makin hari saya perhatikn semakin popular di kalangan masyarakat kita.

Saya tidak bertujuan untuk bicara panjang lebar mengenainya kerana YB Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Dr Mazlee sudah memberitahu rakyat bahawa Kementerian Pendidikan akan melihat semula dasar pendidikan vis-a-vis Pengajian alQuran supaya ia lebih sistematik, dan kemungkinan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar terjamin dan berbagai hal lain lagi untuk memastikan  pengajian alQuran / Maahd tahfiz ini bukan sahaja relavan dalam konteks pembangunan negara, malahan ia menjadi satu pilihan bukan sahaja dari mereka yang beragama Islam tetapi bagi mereka yang mahu medekati Islam.

Hampir 30 tahun yang lalu semasa saya bekerja di Kementerian Pendidikan saya secara tidak rasmi telah membuka cerita dengan kekawan sealiran mengeni dasar Pendidikan yang mengambil kira hafazan alQuran sebagai salah satu kurikum yang terpilih. Waktu itu idea saya amat kecil dan tidaklah beranai mahu berkata secara terbuka khuatir saya dipersalahkan. Yang saya pegang kuat ketika itu ialah fakta membaca alQuran dengan baik itu adalah suatu yang wajib. Selain itu ia membina kekuatan minda. Jika minda kuat maka pembelajaran subjek lain akan menjadi lebih mudah. Dalam ilmu yang sedikit itu saya menggariskan pada kekawan umur terbaik untuk memulakan pesekolahan supaya hafalan alQuran boleh bermula awal dan tidak menjejaskan perancangan dan perlaksanaan subjek yang lain yang termaktub dalam kurikulum.

Kekawan saya hanya senyum dan saya ingat hingga hari ini apa yang dikatakan oleh seorang kenalan yang berada disamping saya semasa saya bercerita. Katanya: "You nak jadikan dia orang tu Parrots ke? "  
Saya terkejut dan tidak terkata apa-apa sebab dia senior pada saya. Idea saya tamat di situ sahaja. Ketika itu ramai yang belum faham bahawa hafazan al Quran itu  membawa erti dalam konteks pembangunan seorang pelajar. Waktu itu ramai yang belum faham apa itu Islam sebenarnya. Ilmu saya pun amat sedikit dan tidak mampu berhujah.

Secara diam saya rasa sedih berseorangan. Saya dapat merasakan kesedihan itu hingga hari ini. Tetapi saya seronok mendengari misi dan visi YB Menteri Pendidikan yang baru. Semoga Allah mnunjuki jalan dan menurunkan rahmatNya yang tidak terhingga dan Menjadikn Islam Agenda yang tertinggi di negara ini.

Aamiin ya Rabb.....


.........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails