"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, July 29, 2018

Keresahan bila hilang Kebiasaan ibarat..........







Alhamdulillah, suami saya sudah hampir pulih. In sha Allah kata nurse dalam sebulan dua ini luka di ibu jari kaki akan pulih.

Sementara itu suami saya tidak aktif. Saya dapat merasakan keresahannya. Sudah hampir empat bulan tidak ke Masjid untuk ikhtiar tidak membuat tekanan yang berlebihan di tempat luka. Maka beliau tidak boleh memandu dan tidak dibenarkan berjalan kaki yang banyak. Maka banyak aktiviti tertumpu di rumah sahaja dan bila ke hospital saya menggunakan kerusi roda semoga tidak mudharat yang berlebihan pada kaki.

Di rumah ia banyak melayani dua orang cucu kesayangan yang tinggal bersama. Foto di sebelah biasanya ia memeluk cucu sebelum cucu ke pra sekolah yang berhampiran. Katanya kita harus menyantuni anak-anak kecil kerana Rasulullah saw pun  sentiasa menyantuni cucu-cucu kesayangannya. Walaupun Baginda solat dan sang cucu memanjat di belakangnya ketika baginda sujud Baginda akan perlahan-lahan menyelesaikan solatnya tanpa menjejas keseronokan cucu bersamanya.
Ma sha Allah.......





Semoga masa enam bulan ini saya harus ulang alik hospital tidak akan 
menurunkan semangat untuk berharap semoga Allah kurnia
 cepat sembuh dan dapat kembali 
aktif dalam apa jua aktiviti yang sebelum ini biasa dijalankan dari pagi 
hingga petang....dan kekadang malam.


Begitulah rasa keresahan bila hilang kebiasaan yang dihayati dalam kehidupan.

Maka saya pun teringatkan peristiwa politik kini di mana Pilihanraya kecil akan berlaku di Sungai Kandis, Selangor kerana kematian DUN PKR yang meninggal dunia baru-baru ini.
YB Dato Sri Najib bekas Perdana Menteri kita saya lihat seperti juga resah dan kembali berkempen di Sungai Kandis walaupun BN sudah tidak memerintah negara.

Foto dibawah adalah Ehsan Carian Google.
Sila baca.


Bersama jentera BN bagi PRK Sg Kandis hari ni, kami berjumpa rakyat dan pemimpin masyarakat di Jalan Kebun. Saya menyeru kepada setiap pengundi di sini agar memberi peluang kepada Datuk Lokman Adam menjadi suara mereka di DUN.
 

Keresahan bila hilang kebiasaan......

Teringatkan diri sendiri semasa baru bersara 15 tahun yang lalu.
Sememangnya rasa resah dan ada kalanya kekok berjumpa kekawan sekampung atau kekawan di Masjid. Tetapi kini sudah biasa......

Sebelum bersara kami diberi kursus bagaimana mahu menjalani hidup dalam persaraan. Kursus ini perlu katanya kerana ramai pesara yang tidak dapat menyesesuaikan diri sebagai pesara. Pensyarah hari itu dari JPA pernah membuat kajian mengenai perihal pesara apabila tidak dapat menyesuai diri dalam sebulan dua persaraan. Ada yang mengambil masa lebih lama dari itu. Kata pensyarah ia mendapati ada pegawai tinggi yang kebingungan bila bersara dan setiap pagi masih bangun seperti biasa, pakai seperti hendak kepejabat siap dengan kot dan tie dan kemudian naik kereta. Driver yang masih bekerja bersamanya akan memandu beliau untuk berpusing-pusing sebentar seolah-olah ke pejabat dan kemudian pulang rumah. Barulah pesara ini boleh bertenang di rumah dengan dilayani oleh isteri yang bersabar.

Ada juga pegawai tinggi yang bila pergi luar kawasan atas hal peribadi persendirian tidak tahu hendak balik rumah bila sampai di lapangan terbang kerana sudah kebiasaan dijemput oleh pegawai bawahan. Jadi dalam kajian pensyarah itu ia mendapati pegawai pesara ini tidak yakin bagaimana mahu mendapatkan teksi untuk pulang. Dia kebingungan........
Isterinya kena pergi jemput ke Lapangan Terbang untuk membawanya pulang.

Ada berbagai lagi cerita perihal pesara......
Saya pilih itu sahaja.

Maka dalam sembang santai saya dalam keluarga besar mengenai politk ada yang mengatakan YB Dato Sri Najib masih pergi berkempen walaupn beliau sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat disebabkan beliau masih belum boleh menerima kenyataan bahawa sudah  tiada siapa yang ghairah mahu mendengari kata-katanya.....

Ada pula yang berlawak bekata secara berseluruh bahawa Dato Sri Najib seperti sudah Gila Talak kerana tidak dapat menerima kekalahan dan tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau sudah tidak berkuasa...

Shhooooooooo!!!!
Saya kata supaya jangan jadi penghukum, "judgemetal". Kita tidak tahu sepenuhnya bagaimana beliau sedang muhasabah diri dan bagaimana beliau sedang mahu membetulkan diri. Kita harus bersikap seperti "IbadurRahman". Kita sentiasa bersangka baik dan mendoakan beliau melalui ujian dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.
Semoga beliau menginsafi diri bahawa kecelaruan yang dihadapi rakyat kini adalah hasil kepimpinaan Kerajaannya dahulu yang tidak sempurna. Namun begitu secara peribadi saya berdoa yang terbaik baginya di sisi yang maha Pencipta di mana kita semua akan berhadapan denganNYa di Akhirat nanti. Semua kita punya kelemahan. Semoga Allah mengampuni dan memudahkan kita mencari jalan mendapatkan RedhaNya.

Wa Allahu'alam.....


.......................

No comments:

Related Posts with Thumbnails