"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 14, 2018

Rindu karenah si kecil ........






Cerita sedikit berkenaan karenah anak-anak kecil di Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah yng saya bantu urus bersama seorang teman akrab di Tangkak, Johor.
Sejak Februari tahun 2018, saya sudah tidak lagi turun padang dan hanya memantau perkembangan Pra Sekolah itu dari jauh dan dari laporan yang partner saya sampaikan secara berkala.

Rindu rasanya.....

Saya terpaksa berada di Petaling Jaya kerana Suami tidak sihat.

Tidak mengapa....saya cuba pujuk diri sendiri supaya sabar menjalani apa jua laluan hidup mengikut acuan Allah. Maka saya turunkan di sini beberapa foto untuk menghibur hati. 



Foto di atas dirakam semasa di majlis kecil-kecilan sempena menyambut Eidul Fitri 1439. 
Anak-anak kecil bersama guru dan pengasuhnya.


Yang ini foto di Pusat Taska yang bahru kami buka di  Maktab Matrikulasi 
di Tangkak. Pengetuanya sekarang mengurus dua premis.
Saya seronok kerana latihan yang kami berikan membuatnya cekal
 untuk meneroka perkembangan yang baru.



Ini Pengetua kami. Kami panggil ia Izzah. Ia sendiri punya 6 orang anak
dan tugas ini amat mencabar baginya.
Diatas adalah foto bersama anak kecil semasa meneri duit Raya
 dalam majlis Eidul Fitri baru-baru ini.




Di bawah ini foto Kelas Tadika pula.
Guru membawa anak-anak  keluar untuk Tadabbur alam
 melihat pertunjukan Gajah 
yang di anjurkan oleh Majlis Daerah Tangkak.





Membangunankan Tadika dan Taska persendirian  di bandar kecil 
seperti Tangkak bukanlah suatu  tugas yang mudah.
Saya dan partner saya mencubanya sejak 7 tahun yang lalu.
Mula-mula kami sering ulang alik ke Tangkak tetapi sekarang kami 
sudah boleh berharap pada Pengetua yang kami lantik.

Buka seperti di bandar besar Tadika dan Taska kami berasaskan
 kerja sukarela. Kami tidak mengambil untung. Kami kenakan yuran 
yang amat berpatutan untuk semata-mata gaji dan menampung kos 
pengurusan harian dan penyenggaraan.

Sebenarnya tidak mencukupi dan tugas kami ialah untuk mendapatkan dana tambahan dari sumber teteman dan orang ramai jauh dan dekat
 yang suka membantu.
Alhamdulilah.... tidak mewah tetapi mencukupi.
Pertolongan Allah ada di mana-mana.


.........

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,
Alhamdulillah,setiap usaha yang ikhlas akan mendapat kejayaan.
Bila baca your postings, banyak memberi ilham dan pengajaran - banyak perkara yang nak diperkatakn tapi tak dapat diluahkan melalui penulisan like you do..

ngasobahseliman said...

Tq Sis, sudi singgah. Taklah istimewa catatan yang ada. I write to keep my brain busy. Takut jadi pelupa. Sekarang pun dan slow ingatan. Semoga Allah pelihara ingatan hingga akhir hayat.(for us and our other friends).
Salam.

Related Posts with Thumbnails