"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 6, 2018

Masih dalam Gua.......





Alhamdulillah, saya rasa terus sihat hari ini. Maka apabila 
saya dapat membaca sesuatu di Media Sosial saya terpanggil
 untuk mencelah mencatat sedikit pendapat saya.

Antara yang saya perhati secara rambang tanpa mengenalinya ialah
 apa yang dikatakan oleh penyokong tegar Umno,
 Dt Zahrin Mohd Yasin yang antara lain mengatakan bahawa masih ramai 
ahli umno yang masih duduk dalam Gua. 
Beliau berkata demikian kerana dengan kekalahan Umno dalam PRU14
ahli-ahli masih belum boleh berubah fikiran dan melihat apa kelemahan 
 dalaman yang ada dan berbuat sesuatu yang baru jika 
Umno mahu kembali berkuasa.

Saya bukan setuju semuanya dengan apa yang beliau katakan. 
Lalu saya katakan  pada kekawan bahawa saya sudah tidak mahu 
memeningkan kepala berfikir siapa yang sebenarnya bersalah dalam kemelut
 politik di Malaysia kini. 
Walaupun begitu kekadang kemelut yang ada menghantui pemikiran saya.
Mulanya saya sudah lega BN tewas dan kini memerhati dan
 berdoa PH yang menerajui Kerajaan sekarang tidak mengulangi 
kesilapan dan kelemahan Kerajaan yang dahulu.
Tetapi kebelakangan ini timbul sedikit kekhuatiran kerana kumpulan yang 
tewas semacam sedang mengumpul tenaga dan mahu menyerang balik
 dengan cara yang boleh mencederakan walaupun sedikit. Jika ahli PH tidak sabar menangani perbezaan  yang terdapat dalam 
komponen 4 parti yang ada, 
saya  khuatir Tun DM sebagai Perdana Menteri
 akan  kecundang kerana tiada sokongan padu
 dari semua ahli komponen PH.

Saya berdoa kekhuatiran saya ini tidak menjadi kenyataan.

PH sudah menanag dan saya simpati dengan usaha kuat
yang mereka lakukan untuk membetulkan  
negara dan kemudian maju terus kehadapan.
Bukan suatu yang mudah untuk membetulkan perkara yang sudah bobrok. 
Maka tidaklah patut seseorang itu pandai sahaja mengkritik
 tetapi tidak berusaha  membantu dengan apa jua cara
 yang sesuai dan termampu.
Jika tidak mampu menolong, diam itu lebih baik.
Jangan buka mulut tanpa tindakan susulan yang sewajarnya.

Bercerita mengenai Gua, teringat saya lawatan saya ke Gua Musang
pada April 2015 mendengari masaalah orang-orang Felda. 
Saya ke sana cuma suka memberi 
sokongan moral pada kekawan saya yang mahu membela
 nasib hidup mereka bila katanya gua-gua yang terdekat dengan 
Kawasan Felda tempat mereka tinggal itu akan diletupkan untuk
 memberi laluan  pada projek  Kerajaan Negeri ketika itu.
Walaupun akhirnya gagal dalam bantahan, kekawan saya berpuas hati kerana sudah mencuba berusaha sedayanya.

Demikian komitmen saya dalam menghadapi perubahan.
 Jangan taksub dengan pemimpin. Yang benar tetap benar dan Kebenaran tidak pernah memihak. Dan kita lakukan sahaja apa yang betul berasaskan prinsip-prinsip yang Benar dan kemudian berdoa dan bertawakal 
pada yang Maha Berkuasa akan apa kesudahan hasilnya. 
Allah sentiasa adil pada hamba-hambaNya.

Yang menang janganlah sombong mendabik dada dan yang kalah
 janganlah hasad dengki. Harus ada keinsafan dan menterjemah fikiran untuk aktiviti yang positif sahaja. Malaysia adalah hak semua.
Allah maha Mendengar dan maha Melihat. Yakinlah kita akan dipertanggongjawabkan
 di Mahkamah Agong Allah yang maha Berkuasa.

Jika betul ramai ahli Umno masih ada dalam Gua, keluarlah dari Gua,
 kerana dalam gua ada banyak anasir Syaitan yang mahu 
memerangkap manusia dan menyesatkannya.
Fikirkanlah dari berbagai sudut. Semoga Allah menunjuki jalan yang lurus.
Saya juga berdoa saya bukan dan tidak akan jadi ahli  yang
 terperangkap dalam Gua.


.....................

No comments:

Related Posts with Thumbnails