"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, June 19, 2019

Anak-anak jiran tetamu saya di Hari Raya.....


Kebahagiaan itu letaknya bukan di HARTA tapi di HATI 💕 💕 😊 😊 😊




Kata-kata hikmah disebelah ini adalah hasil ehsan carian google. 

Saya teruja membacanya dan teringatkan diri saya semasa kecil-kecil dahulu dalam konteks berhari Raya.

Lebih enampuluh tahun yang lalu saya masih ingat berhari Raya ke rumah jiran-jiran dan kami mendapat "duit raya". Lima sen atau sepuluh sen ketika itu sudah lebih dari mencukupi untuk membuat hati riang gembira.

Hari ini masih ada lagi budaya anak-anak kecil ini dikalangan orang Melayu. Saya sekarang tinggal di Putrajaya dan tidak menjangka sama sekali masih ada anak-anak jiran jauh dan dekat datang berjalan kaki berhari Raya. Saya rasa amat teruja dan dengan riang hati saya dan anak menantu melayani dan menyantuni anak-anak ini.

Di bawah ini adalah anatra yang saya sempat rakam. Saya amat teruja kerana masih merasai keriangan itu walau pun sudah di umur senja.




Saya hidangkan apa yang ada. Bila terserempak dengan
 tetamu dewasa mereka lebih selesa makan cepat-cepat dan minta diri pulang segera.
Kami beri "duit raya" seadanya.Mereka bersalaman dan beredar.

Apa yang saya saksikan pada tetamu kecil ini ialah mereka
 amat sopan menyantuni orang dewasa.
Bersalaman dan senyum bila ditanya siapa ibu dan bapa
dan tinggal di mana.
 Ramai antara mereka yang masih disekolah rendah.
Saya kira selama beberapa hari berhari Raya hanya 4 orang yang sekolah menengah rendah.....tingkatan 1 dan 2. Maka saya santuni dengan duit raya
yang setaraf dengan umur mereka. Saya seronok melihat mereka seronok juga.
Berbaloi ada kuih muih raya dan buah-buah untuk menjamu mereka.
Terkilan juga ketupat dan rendang sudah tidak ada
kerana sudah seminggu berhari raya.

Semoga budaya silaturahim ini berterusan. Saya nampak ada baiknya
 kerana mereka berani berbual dengan dewasa.
Seperti saya, tentunya mereka akan juga ingat
 hari-hari mereka meniti dewasa.
 Pesanan saya "rajin-rajin solat dan tolong ibu bapa".
Semoga mereka cemerlang, mendengari nasihat dan sejahtera
 dalam ruang linkup ajaran Islam yang teguh di dada.


................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails