"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 21, 2019

Mini reunion....akhirnya tercapai impian.



Alhamdulillah. Hari Raya Eidulfitri kali ini membawa keseronokan
 buat suami saya.
Dalam foto ini ia berdiri di kiri sekali.
Ia bersungguh-sungguh mahu mengadakan perjumpaan yang telah lama 
dinanti-nantikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Iaitu perjumpaan
 kaitan kasih setiakawan antara empat rakan akrab
sejak dari sekolah menengah lagi.
Akhirnya tercapai impian.

Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Badli Shah Kulim Kedah.
 (Badli Shah English School, nama ketika itu). Semasa dewasa tua ini
 jarang sekali bersua muka. Hanya bertemu sesekali di Majlis perkahwinan
atau di majlis urusan solat jenazah.
Kesemua mereka dalam linkungan umur awal tujuh-puluhan dan suami saya
 merasai peluang untuk bermesra seperti muda sudah tidak mungkin lagi.
Suami saya bertujuan untuk duduk bersembang memikirkan hidup yang
 kini sudah hampir ke garisan akhir, dan semoga dapat membuat 
oditan hidup dan memperbaiki jalan seterusnya.

Saya hidangkan Mee Kari, pisang goreng dan buah-buahan untuk menjamu
 selera sambil berbual-bual.
Untuk tujuan mengodit kehidupan masa yang terluang
pastinya tidak mencukupi. Ada kalanya mereka bercerita pengalaman lampau
 dengan penuh lawak dan ada kalanya dengan serious....... serious kerana sudah
banyak kekeliruan yang telah memerangkap kehidupan dan sudah banyak masa
yang terbuang kerana pemikiran dan tindakan yang tidak menepati asas Ilmu yang benar.
Alakullihal, reunion ini saya kira hanya dapat meletakan diri masing-masing
pada garisan yang seharusnya dipatuhi.
Ia belum cukup kuat untuk memastikan hala hidup seterusnya.

Wa Allahu'alam.
Saya hanya membuat pemerhatin rambang dan tidak ambil bahagian dalam perbualan mereka.
Saya hanya mendengari kerana tidak mahu mengatakan sesuatu yang saya tidak tahu hujung pangkalnya kerana saya baru sahaja mengenali mereka. Isteri-isteri mereka mengenali satu sama lain dari zaman muda lagi.



Saya tidak menyedari masa berjalan pantas dan sememangnya tidak mencukupi untuk
 bercerita panjang dan bertukar-tukar fikiran.
Mereka datang jam 3 petang dan pulang jam 6 setelah solat Asar.
Alhamdulilah rasa rindu setiakawan terubat juga, kata suami saya setelah mereka pulang.
Mereka berpelukan dan bermaaf-maafan. Semoga Allah memberkati reunion kecil ini.
Entah bila dapat bertemu seperti itu lagi kerana semuanya sudah punya keuzuran
umur senja yang tidak dapat dielakakn.

Semoga Allah sentiasa mengurnia Taufik dan HidayahNya
dan semoga hidup dan mati ini dalam RedhaNya.
Aamiin ya Rabb....


........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails