"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 27, 2019

Detik hati di akhir tahun 2019.....


A001



Kita periksa diri.
2019 akan berlepas pergi.
Sebenarnya kita harus periksa diri setiap hari.
Tidak mengapa, kita fikir-fikir sekurang-kurangnya setahun sekali.......




Ini antara kata alQuran mengenai kehidupan untuk kita fikirkan dan doa semoga Allah kurnia keinsafan dan mengubah tindakan semoga Allah mengampunkan.
A032
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam 6:32) | 



Kita ada beberapa hari lagi sebelum berlabuhnya tirai 2019 ini. Rasanya banyak peristiwa yang menyenangkan hati dan banyak juga yang membuat hati gundah dan bersedih, seperti semua masaalah tidak bertepi. Walau apa sekalipun, setiap Muslim harus mensyukuri. Saya mensyukuri.........

Apa jua masaalah yang kita dihadapi, itu sudah jadi lumrah kehidupan di dunia ini. Kesemuanya ada hikmah tertentu yang Allah mahu memberi pengajaran pada hambanya . Jom kita ingat-ingat kembali peristiwa setahun yang lepas ini dan apa yang dapat kita pelajari dan kita mengubah niat dan cara semoga hidup kita seterusnya menjadi lebih baik dan Allah meredhai. 

Tahun ini Allah kurnia buat saya kesihatan diri yang sering menjadi fakta penting untuk berhati-hati. Nasihat doktor pakar kekadang melegakan hati tetapi kekadang membuat fikiran amat khuatir walaupun kesihatan sebenarnya tiada kaitan mutlak dengan samada umur kita akan berterusan atau terhenti. Maka saya melihatnya dari sudut yang positif sahaja dan apa jua yang saya rasai pastinya ada sesuatu yang saya belum mengerti. Maka kesihatan menjadi teman berfikir-fikir tentang kebesaran yang maha Pencipta dan maha Tinggi dan bagaimana kesudahan diri saya nanti.

Dua bulan dahulu saya mendapat serangan pneumonia. Saya ingatkan demam biasa sahaja dan hanya mengambil ubatan untuk demam dan selsema. Tidak menjadi apa-apa dan rasa amat "terseksa". Yang saya ingin kongsikan ialah kesukaran melakukan solat dalam demam yang amat sangat. Selama dua hari saya kira Solat saya tercicir. Saya cuba juga lakukan dengan suasah payah berwudhu dan kemudian duduk diperbaringan. Yang buat saya tersedih dan amat takut ialah kerana saya lupa bacaan dalam solat yang selama ini saya lakukan. Seperti saya hilang deria fikir dan deria rasa.  Saya cuba baca dan cuba baca........ada yang ingat dan ada yang lupa.

Saya tidak ingat sebenarnya dan seperti saya tertidur.......

Bila saya rasa lega saya tidak dapat melepasi ketakutan saya kerana tidak dapat ingat bacaan yang harus saya lakukan. Maka saya teringat..... kalaulah waktu itu saya sedang nazak, mampukah saya bersyahadah dan ingat detik Malaikat datang.....saya takut hilang aqal........Saya rasa berdebar-debar....

Peristiwa itu buat saya menginsafi diri betapa saya masih jauh dari kekuatan menghadapi segala halangan dalam usaha mahu di terima Allah sebagi HambaNya.....yang sebenar hambaNya.

Maka insyaAllah umur yang berbaki ini saya cuba semoga Umur ini tidak berlalu sia-sia....
Semoga Allah sentiasa bersama memelihara. Semoga Allah kurnia Iman dan Taqwa dan semoga terselamat dari angkara Fitnah hidup yang berleluasa.

Itu sahaja perkongsia saya. Semoga ia memberi ingatan dan kita dapat sentiasa berwaspada kerana hidup ini amat mudah dikelirukan oleh elemen-elemen yang sentiasa mahu menyesatkan manusia.

Mohon keampunan Mu Ya Rabb.....
Mohon Redha Mu Ya Rabb.....

Aamiin ya Rabb

Tuesday, December 24, 2019

Cuba memantapkan Keyakinan @ Umrah cucu-cucu Istimewa


A001

Alhamdulillah Allah beri kemampuan ingatan untuk menulis 
sedikit cerita saya dan dua cucu istimewa saya ini.
 Ujai berdiri di kanan dan adiknya Akif di kiri.

Saya menjaga Ujai sejak lahir 11 hari hingga 6 bulan. Ibunya melanjutkan pelajaran ke University Waseda, Jepun. Saya tiada pilihan tetapi amat
 bersyukur Allah beri peluang membuat kebajikan.

Saya menghantarkan Ujai ke Jepun semasa ia berumur 6 bulan.
 Ketika itu anak saya sudah bertenaga dan rurusan perumahan dan lain-lain
sudah dapat dibereskan.

Setahun lebih selepas itu saya ke Jepun lagi membantu anak saya
 berpantang  dengan lahirnya Akif. Saya bantu selama hampir 3 bulan.

Kini mereka telah mula remaja. Ujai berumur 14 tahun dan Akif 12 tahun.
Ditakdirkan keduanya anak istimewa. Ujai ADHD dan Akif Otisma.
Rupa-rupanya ini kurniaan Allah untuk saya dan keluarga dapat
 memahami erti menjadi hamba dan menginsafi hakikat bahawa semua
 ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia.


Akif doktor pakar kata bahawa dia bolih dikategorikan sebagai 
'high acheiving Otism".
Ujai amat aktif dan kurang fokus. Alahamdulillah dengan terepi yang
 diusahakan mereka sudah menampakan kematangan. 
Usaha mendidik dan membesarkan mereka menutut kesabaran
 yang amat sangat.
Alhamdulillah setiap kali saya berinteraksi saya dapat merasai erti
 qadha dan qadar Allah swt. Semoga saya tidak keliru.

Panjang cerita mereka berdua ini. Cuma kali ini saya ingin kongsikan 
mengapa anak saya bawa mereka mengerjakan Umrah.
Akif suka membaca dan suka ambil tahu banyak hal. 
Antara yang ia suka tanyakan, kata ibunya, ialah hal-hal berkaitan
 ciptaan Allah mengenai manusia haiwan dan alam semesta amnya.
Saya sering berbual-bual dengannya kerana rumah kami berhampiran.
Saya rasa pengetahuan yang ia ada tidak setaraf dengan umurnya.
Banyak fakta yang ia tahu dalam umurnya yang sebegitu.

Ujai tidak banyak membaca kerana deria fokusnya amat berkurangan.
Walaupun kini bertamabah baik, ibunya masih rasa gusar kalau-kalau ia tidak
dapat melalui umur remajanya seperi anak-anak yang normal. 
 Ujai masih ada elemen berbuat sesuatu mengikut pemikirannya sendiri. 
"He is full of surprises" kata ibunya.

Maka ibu dan ayahnya merasakan ada baiknya membawa mereka ke Umrah
semoga  dapat membuka ruang baru bagi memperluaskan cara mereka berfikir dan bertindak. Alhamdulillah Allah kurnia kesempatan itu dan
 baru-baru ini dimusim cuti sekolah mereka mengerjakan Umrah.



Ada beberapa peristiwa di sana yang membuat saya berfikir-fikir panjang
 mengenai perancangan Allah buat hambanya semua.
Kata ibunya entah berapa pasang selipar dibeli kerana sentiasa hilang.
Mereka ini tahan lasak dan dari kecil lagi bolih tahan berjalan tanpa kasut dan 
tidak bermasaalah tentang kepanasan kaki. 
Akif bolih berlari semasa Sa'i hingga berpisah dari kumpulan.
Langsung tidak rasa kepenatan. Ujai mengikut kata ibunya dan akur
 supaya tidak berpisah.

Peristiwa memanjat bukit-bukit yang ada dalam sejarah amat menyeronokan
 mereka. Tetapi dalam keghairahan memanjat Akif tidak ternampak
 tulisan yang ada di Gua itu.
 Ketika itu ialah gua Hira'. Maka amat marah ia pada ibunya kerana ia tidak dapat memerhati denagn mendalam. Ibunya menasihati supaya bersabar
 ketika berada dimana pun.
Maka ketika melawat tempat-tempat lain, Akif sibuk membaca semua
 yang ada  tertara di papan maklumat. Selepas membaca, berbagai pula
 soalan yang ditanya, kata ibunya.
Saya bolih bayangkan sikapnya. Kalau berinteraksi dengannya di rumah, 
ada sahaja soalan yang ditanya. Dalam bahasa Inggeris pulak tu.
 Ia jarang sekali bercakap Melayu. Jika ia tidak puas hati dengan jawapan, ia
merasa hairan  mengapa kita orang dewasa tidak tahu.
Bagaimana mahu menjawabnya.

itu sahaja sedikit cerita mereka yang dapat saya kongsikan.
Yang lain saya simpan dalam ingatan saya untuk bekalan saya berdoa 
semoga mereka menjadi dewasa yang bolih menyumbang pada masyarakat
sebaik mungkin. Semoga doa saya kesampaian.





Akhir sekali saya katakan pada ibunya supaya semasa bertahalul, 
eluklah mencukur rambut dikepala sepenuhnya.
Ini realiti yang saya mahu mereka rasakan.
Pasti mereka belum memahami semua protokol Umrah,
 tetapi saya rasa tidak mengapa. Umrah kali ini semata-mata untuk 
memberi pengenalan awal perihal pentingnya menghayati
 perintah sebuah kuasa  yang Mutlak. Kita harus ada keyakinan yang kuat 
mengenai kewujudan Allah dan apakah peranan kita sebagai hambanya.
Tidak faham semua pun tidak mengapa. Ini adalah proses pengenalan
 awal dan saya rasa  ia penting diterapkan untuk Ujai dan Akif sekarang. 
Saya amat bersyukur ibunya pun berfikiran sama dan saya amat seronok. 
Mula-mula saya kata saya akan ikut serta tetapi di akhir waktu saya dan suami
 menarik diri kerana rasa tidak berapa sihat dan Umrah bukanlah
 keutamaan buat masa ini. Kami ingin menyelesaikan segala 
hutang piutang sebelum akhir hayat kami. Semoga Allah redha sepenuhnya.

Semoga pengalaman yang Ujai dan Akif rasai akan menjadi pendorong untuk
 mereka menjadi manusia dewasa yang bertanggongjawab,
 beriman dan bertaqwa.
Itu asas penting dan semoga doa ibu dan ayahnya
  dan kami semua Allah restui.
Allah maha Kasih dan Sayang pada hamba-hambaNya.
Semoga kami tergolong dalam kumpulan hamba-hambaNya yang diredhai,
Aamiinn ya Rabb.....


........................................................

Saturday, December 21, 2019

Massive Landslides Caught on Camera 2 ....@ akhir zaman.




A001
Alhamdulillah, dalam waktu kebelakangan ini saya dapat mengisi sedikit masa mengikuti perkembangan dunia berkaitan dengan perubahan alam dari segi perubahan cuaca yang mengakibatkan fenomena seperti tsunami, banjir kilat, landslide dan berbagai lagi yang membuatkan hati saya rasa amat gerun dan takut. Maka saya terpanggil untuk berkongsi satu video seperti di atas  yang saya ikuti yang menyedarkan saya betapa besar kuasa Allah atas ciptaanNya.

Saya teringat pula cerita-cerita ustaz yang saya pernah ikuti mengenai fenomena alam di akhir zaman. Katanya akan terjadi ribut taufan, gempa bumi, ledakan gunung berapi dan kegelapan yang akan memporakperandakan kehidupan manusia.


Apabila saya melihat video-video  yang berkaitan yang lainnya saya merasakan amat kerdil sekali dan rasa amat tiada kemampuan untuk berbuat sesuatu jika kita tidak tergolong dalam kumpulan umat yang Allah redha dan mengiktiraf kita sebagai hambaNya......sebenar-benar hambaNya.Pernah saya dengari dan ada sedikit ingatan mengenai taddabur ayat Quran yang berkaitan dengannya. Maka saya turunkan di sini untuk sama-sama kita lihat semula dan menginsafi diri-diri kita. Semoga kita tergolong dalam kategori hamba yang beriman dan bertaqwa.



A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


A001A001
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(Az-Zalzalah 99:1


A002
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(Az-Zalzalah 99:2) |

A003
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
(Az-Zalzalah 99:3) |


A004A004
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
(Az-Zalzalah 99:4) | 


A005
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
(Az-Zalzalah 99:5) |


A006
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(Az-Zalzalah 99:6)


A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7) |


A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:8) |


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menempatkan kita bersama-sama para syuhadak dan solihain dan kita di jauhkan dari api neraka dan dikurnia Syurga Firdaus tanpa hisab bersama semua yang kita sayangi.


Itu sahaja buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi.

.......................................  

Friday, December 20, 2019

Talian kasih yang bersih, bertemu juga.......


A001

Ini kisah benar. Bukan kisah luar biasa, tetapi kisah benar.
Dalam foto di atas kelihatan anak saya (pakaian putih) dan Inna
 pembantu rumah dan pengasuh semasa anak-anak saya kecil lagi.

Saya sentiasa berhubung dengan Inna sejak ia berhenti untuk mendirikan 
rumah tangganya sendiri. Saya mengikuti perkembangan 
hidupnya dari masa kemasa.
Kini ia punya 5 orang anak. Tetapi ditakdirkan suaminya telah
 meninggal dunia semasa anak-anaknya kecil lagi.

Inna, sekarang tinggal di Ipoh, maklumkan pada saya bahawa ia akan
 mengerjakan Umrah. Saya katakan anak saya 
Azra Haida juga akan mengerjakan umrah. Maka saya beri talian talifon
untuk mereka bertemu. 
Akhirnya bertemu juga. Maka bertangsianlah keduanya kerana baru itu berjumpa 
sejak lebih 30 tahun yang lalu. Saya banyak terhutang budi padanya.
Saya tumpang seronok mendengari ceritanya bila anak saya pulang.
Saya rasa terharu. Begitulah cerita talian kasih yang bersih.

Dan itulah yang kita semua rindukan ...... talian kasih Allah swt pada kita.
Semoga kita tergolong dalam kumpulan yang Allah redha atas kita dan kita
sentiasa dalam pelukan kasih sayangNya yang 
tidak terhingga hingga ke Jannah.
Aamiin ya Rabb.....



Kenanagan abadi buat saya, bersama sepupu Inna. Semoga dapat selalu bertemu walaupun berjauhan
dan saya sudah kurang kederat untuk menjadikan hubungan lebih erat.
Semoga Allah melindungi kami.


..................................................

Thursday, December 19, 2019

HUJAN....kita fikirkan.


A001
Fenomena dari Allah swt yang Maha Bijaksana.
HUJAN


Ini pemandangan di luar bilik tidur saya.
Alhamdulillah di umur senja ini Allah kurnia dapat memerhati fenomena alam
ciptaanNya. Saya sering lihat pada pagi hari bagaimana wap naik dari bumi
 dan menjadi kepul-kepul awan yang akhirnya menjadi hujan.
Allah hantarkan hujan berbagai cara. Saya kongsikan yang ini semoga dapat
 kita rasai bersama. MasyaAllah. 

Maka Nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan.

Saya kongsikan juga di sini ayat-ayat suci alQuran untuk renungan bersama.
Semoga satu hari kita dapat memahami dengan lebih mendalam akan
Rahmat Allah ini. Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa mensyukuri
keberadaan kita di dunia ini.


A011
Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).


A049
Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.
A048
Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,
(Al-Furqaan 25:48) | 

A057
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).


A011
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).



A044
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".



Semoga perkongsian di atas memberi munafaat
buat kita semua.

.....................................................
Related Posts with Thumbnails