"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, December 21, 2019

Massive Landslides Caught on Camera 2 ....@ akhir zaman.




A001
Alhamdulillah, dalam waktu kebelakangan ini saya dapat mengisi sedikit masa mengikuti perkembangan dunia berkaitan dengan perubahan alam dari segi perubahan cuaca yang mengakibatkan fenomena seperti tsunami, banjir kilat, landslide dan berbagai lagi yang membuatkan hati saya rasa amat gerun dan takut. Maka saya terpanggil untuk berkongsi satu video seperti di atas  yang saya ikuti yang menyedarkan saya betapa besar kuasa Allah atas ciptaanNya.

Saya teringat pula cerita-cerita ustaz yang saya pernah ikuti mengenai fenomena alam di akhir zaman. Katanya akan terjadi ribut taufan, gempa bumi, ledakan gunung berapi dan kegelapan yang akan memporakperandakan kehidupan manusia.


Apabila saya melihat video-video  yang berkaitan yang lainnya saya merasakan amat kerdil sekali dan rasa amat tiada kemampuan untuk berbuat sesuatu jika kita tidak tergolong dalam kumpulan umat yang Allah redha dan mengiktiraf kita sebagai hambaNya......sebenar-benar hambaNya.Pernah saya dengari dan ada sedikit ingatan mengenai taddabur ayat Quran yang berkaitan dengannya. Maka saya turunkan di sini untuk sama-sama kita lihat semula dan menginsafi diri-diri kita. Semoga kita tergolong dalam kategori hamba yang beriman dan bertaqwa.



A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


A001A001
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(Az-Zalzalah 99:1


A002
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(Az-Zalzalah 99:2) |

A003
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
(Az-Zalzalah 99:3) |


A004A004
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
(Az-Zalzalah 99:4) | 


A005
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
(Az-Zalzalah 99:5) |


A006
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(Az-Zalzalah 99:6)


A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7) |


A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:8) |


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menempatkan kita bersama-sama para syuhadak dan solihain dan kita di jauhkan dari api neraka dan dikurnia Syurga Firdaus tanpa hisab bersama semua yang kita sayangi.


Itu sahaja buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi.

.......................................  

No comments:

Related Posts with Thumbnails