"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 6, 2019

Lambat laun semua akan meninggalkan kita......

....................................Dan kemudian kita pula meninggalkan yang lainnya.

               A001


Alhamdulillah, saya terima kiriman foto ini dengan penuh rasa terharu dan insaf. Ini foto anak-anak buah saya di Pusara bapanya yang dahulu amat hampir dengan rumah saya 
di Kg Tunku Petaling Jaya. Suami dan saya mewakili kakak saya mengurus
 jenazah abang Ipar saya yang saya panggil dia dengan nama  Nong sahaja. 
He is my favorite brother in law. Kami mudah bersembang dan arwah emak saya pun mudah bersembang santai dengannya. Kini hanya tinggal kenangan.

Namun, kenangan adalah suatu anugerah Allah yang amat istimewa. Dengan adanya kenangan kami selalu mengingatkan satu sama lain untuk sentiasa berkhidmat pada mereka terutamanya sekarang dimana kami sudah berpisah lama, lebih 30 tahun yang lalu. Mereka yang hidup  tetapi tidak mahu ada apa-apa kenangan adalah kerana saya rasa jiwa mereka kurang sihat dan kurang menerima hakikat bahawa hidup kita ini adalah kurniaan Allah yang maha Pencipta dan kita sentiasa mahu menghargainya. Semoga kita sentiasa Redha dan Allah meredhai.

Hari ini saya sekeluarga sudah berpindah ke Putrajaya. Rasa amat berat untuk berpindah ke tempat baru kerana kami sudah amat mesra denagan masyarakat di Petaling Jaya. Saya rasa amat sedih meninggalkan teteman ahli jemaah di Masjid. Suami saya kata kita pindah sahajalah kerana adik-adik minta kita pindah supaya mudah berurusan jika sakit pening. Katanya lagi: Pindah atau tidak pindah akhirnya kita akan berpisah juga dengan teteman dan segalanya. Sudah menjadi hakikat.
Kemudian giliran kita akan sampai juga meninggalkan yang lainnya. Begitulah RODA KEHIDUPAN. Yang penting kita harus cuba membuat persediaan yang mencukupi dan mohon pertolonagan Allah atas segala urusan yang kita harus lalui. Hanya RedhNya yang kita cari.

Itu sahaja coretan buat kali ini. Insya Allah kita jumpa lagi.


.........................................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails