Pagi-pagi tadi saya buka utube dan mendengari ceramah Shaikh Omar Baloch mengenai The Quran and The End of Oil. Saya share di sini semoga dapat berkongsi fakta bahawa dunia kita sudah di akhir zaman dan bekalan petrol pun sudah amat menurun.
Shaikh Omar membhaskan hal ini dan saya rasa amat insaf betapa kita sudah hampir ke penghujung kehidupan dunia ini tetapi kita maseh lagha atau lalai. Di dunia politik Malaysia pun kita masih sibuk mahu berkuasa kerana harta benda dan bukan mahu berkuasa kerana benar-benar mahu menegakan KEBENARAN Allah swt.
Fikirkanlah.
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
(Yunus 10:24) Sama-sama kita berusaha dan berdoa semoga Allah memelihara kita dan meredhai hidup kita di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb.....
........................
No comments:
Post a Comment