"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 11, 2019

Peristiwa keluarga di Desa Pinggiran Putrajaya......


A001


Tidak sabar saya nak cerita peristiwa Istimewa buat saya dan
 kakak-kakak saya lebih kurang 2 minggu yang lalu.
Saya tidak berapa sihat hari itu tetapi saya hadhir juga ke Majlis kesyukuran 
yang anak buah saya buat untuk emaknya yang baru mencapai 
umur 80 tahun seminggu sebelumnya.

Dalam foto di atas kelihatan saya bertudung hitam, Kakak saya 'Mak Rom' bertudung merah dan kakak saya seorang lagi 'Mak Su' bertudung pink.
 Ia berumur 83 tahun tiga bulan yang lalu.

Majlis kesyukuran itu juga untuk mengucap Tahiniah pada cucu Mak Rom 
yang baru lulus dari University Selangor.
Suatu pertemuan silaturahim buat keluarga Mak Rom yang kini
 sudah ada 5 orang cicit.
Alhamdulillah.....sudah jauh perjalanan merentas berbagai
 peristiwa suka dan duka.
Suami Mak Rom meninggalkan keluarga hampir 25 tahun yang lalu.
Suami Mak su meninggal lebih kurang 10 tahun yang lalu.
Sekarang mereka tinggal bersaorangan di rumah pusaka suami.



Maka hari itu kakak saya Mak Su mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat untuk anak cucu dan cicit saudaranya.
 Satu peristima nostalgia buat saya.
Mungkin ini kali terakhir kami beramai-ramai bertemu dan
 bersyukur berinteraksi penuh kemesraan.




Kata-kata hikmah istimewa ialah dari Kakak saya Mak Rom.
Panjang lebar nasihat buat semua yang hadir pada tengah hari Sabtu 2 minggu lepas.

Mak Rom tidak ada anak perempuan. 
Tetapi semua menanantu perempuan bagus-bagus belaka.
Tidak ada manusia yang sempurna dan saya seronok melihat semuanya 
cuba menyesuai diri dengan budaya keluarga saya yang 
berasal dari Tanah Jawa.
Lauk mesti pedas dan manis sedikit. Tetapi kini sudah banyak penyesuaian. 
Asam Pedas ikan Parang adalah warisan yang belum ada anak cucu 
yang dapat menandinginya.
Tetapi seorang cucu ( Husna namanya) sudah pintar masak Laksa Johor.
 Ala kuli hal....Alhamdulillah.
Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. 
Itu falsafah arwah Bapak Tua dan Mak Tua.
Tiba-tiba saya pulak rindu emak dan bapak saya. Bapak saya meninggal saya berumur 16 tahun. Emak saya meninggal pada tahun 2004. 

Dalam interaksi perbualan saya dengan anak-anak buah dan cucu-cucu buah,
 saya cuba tekankan bahawa menyantuni orang-orang tua bukan sekadar
 berziarah di hari cuti atau di Hari Raya.
Menyantuni orang tua lebih bermakna jika kita tidak berkira dari
 segi guna tenaga dan tolong menolong semasa diperlukan terutamanya apabila ada saudara yang sakit pening berlamaan. Kita janganlah
 kedekut menolong satu sama lain. Tidak dikira kejayaan buat seseorang
 jika kejayaan dan kekayaan itu
 tidak mahu dan tidak boleh dikongsikan dalam semua peringkat keluarga.

Yang penting diingat ialah kita harus belanja makan sanak saudara 
dan sahabat handai dan mereka yang bekerja di bawah kita. 
Ini sunnah Rasulullah saw. Baginda tidak suka makan berseorangan. Baginda mengingatkan bahawa rezeki menjadi berlimpah ruah jika kita rajin beri makan orang lain. Semoga kita sentiasa beringat.

Samapai di sini dahulu. Semoga Allah sentiasa memelihara kebajikan kita dan kesejahteraan bersama.
Aamiihn ya Rabb......


..............................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails