"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 13, 2019

Sahabat-sahabat di umur senja.......

Image result for quotes on friendship



A001
Di umur senja semua sahabat jadi istimewa. Kini baru 
benar-benar menghargai
 betapa tanpa sahabat hidup ini jadi sunyi sepi.

Maka baru-baru ini beberapa sahabat datang ziarah bila mendengari berita saya kurang sihat dan akan 
melalui beberapa ujian perubatan di PPUM.
Mereka mahu memberi saya semangat supaya tidak takut
menghadapi apa jua kemungkinan.



Alhamdulillah, saya kini sudah melepasi rasa
 kebimbangan yang saya harus hadapi. 
Semalam saya jumpa doktor dan dia senyum lebar. 
Saya turut senyum dan rasa amat lega.
 Apa yang dikhuatiri sebenarnya tiada. Rasa ksyukuran yang tidak terhingga.
Hanya nasihat supaya saya menjaga pemakanan dan bersenam saban hari supaya tidak tambah 
berat badan yang bolih mengakibatkan 
berbagai masaalah yang lain pula.

Insya Allah kali ini saya akan lebih patuh pada arahan doktor. Allah tidak mengubah sesiapa pun melainkan kita sendiri yang mengubahnya.
Semoga Allah masih memberi saya ruang dan peluang
untuk berbakti atas namaNYA.


.........................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails