"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, December 15, 2019

Reunion Class of '64....@ Giving Hope.....


A001
Pada 25 November yang lalu murid tua Pontian Government English school
 mengadakan Reunion Class of 64.
Ia diadakan di sebuah Restoran di Bandar Pontian.
Saya tidak hadir tetapi ingin bercerita sedikit berkaitannya.


Semua foto di sini saya terima dalam group whatsapp kami.
Ahli kelas saya ditingkatan lima majoritinya bukan Melayu. Ia kelas sains dan
 ketika itu anak Melayu tidak menyerelah dalam subjek sains tulin
 dan mathematics tambahan.
Saya antara yang didorong mencuba tetapi tidak berjaya.





Tetapi saya tetap berkawan rapat denagan ahli kelas terutamanya 
yang suka buat bising dan buat lawak di kelas.

Saya menghadiri sessi Reunion tahunan buat beberapa kali sahaja
tetapi saya tidak begitu selesa kerana wawasan hidup saya sudah jauh berbeza 
dengan apa yang kami tahu dan alami waktu bersama dahulu.



Dahulunya dalam pertemuan sebegini kami cerita-cerita perihal hidup
 dengan anak cucu dan perihal kembara seluruh dunia bagi yang mampu.
Kekawan saya semua berjaya dalam kerjaya. Ada di sektor kerajaan dan ada 
di sektor swasta dan ada yang dalam perniagaan sendiri.
Dalam semua cerita- ceriti dalam majlis seperti ini kami hanya cerita
 yang best-best sahaja. Hanya sambilan kami menceritakan siapa kekawan kami dan cikgu-cikgu kesayangan kami yang sudah meninggalkan kami buat selamanya.
 Cerita kematian bukan cerita yang disukai oleh kumpulan kami ini. 
Mereka suka cerita seolah-olah masa hadapan tiada akhirnya jika kita sihat 
dan punya harta untuk terus "hidup bahagia".

Dalam chat group kami pun begitu juga.
 Kami cerita hal-hal yang sedap didengar sahaja.
 Kami share lagu-lagu nostalgia.
 Kami cerita pasal cucu-cucu juga terutamanya mereka 
yang sangat berjaya dalam hidupnya.
Dalam chat group saya banyak berdiam dan membaca sahaja kerana
 banyak hal yang sudah tidak membuat saya mahu bercerita sama.
Dalam group saya ramai yang Christian dan atheists juga.

Di satau Reunion 4 tahun dahulu saya buat speech:
 "I am inviting you to Islam".
Saya kata terus terang mengapa ini perlu buat perkongsian bersama.
Semua senyap menedengari tetapi tiada yang menyambut 'invitation' saya.
Tidak mengapa dan saya terus sembang walaupun dalam hati rasa juga 'kecewa'.
Mengapa mahu kecewa bisik sendiri. Tugas kita hanya menjemput 
yang lainnya bukan pilihan kita. Itu milik Allah sahaja.

Di dalam chat group ada yang meminta saya dikeluarkan kerana 
citarasa tidak sama.
Teman yang jadi ketua kami tdak berbuat apa. Ia hanya 'bisik-bisik' pada saya
yang dia setuju dengan saya tetapi tiada upaya mengembangkannya.

Maka saya terus berada dalam group yang sama.
 Kekadang saya kongsikan ceramah-ceramah atau cerita peribadi 
 mengenai keseronokan mereka yang memilih Islam dan berada dalam Islam.
 Tiada siapa komen. Saya senyum sendirian dan pasrah sahaja
 pada Allah kerana walaupun sedikit
 saya sudah mencuba. Saya hendak senangkan diri saya seolah-olah 
saya sudah lepas tanggong jawab saya.

Manakan bolih lepas tanggongjawab. Ini missi kehidupan kita dan harus patuh
 pada hakikat bahawa Tuhan tidak menjadikan manusia dan Jinn melainkan untuk mengabdikan diri padaNYA. Tugas seoranan Muslim Mukmin berterusan.
Maka susah dan berat macam mana pun saya akan terus menjana Harapan
 buat kekawan seangkatan dengan saya yang kini majoritinya
 sudah mencecah umur tujuhpuluhan.
Takut atau tidak takut,  MATI pasti datang. Sakit atau sihat tiada perbezaan.
Semoga Allah menurunkan pertolongan.


............................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails