Saya menunggu tarikh pemeriksaan Doktor di PPUM penuh kerisauan.
Pada 25 Nov saya minta anak perempuan saya temankan saya
kerana itu ditentukan oleh pihak hospital. Saya melalui pemeriksaan dalam perut. Alhamdulillah. Saya dapat lalui walaupun ketakutan. Pada 26 Nov saya sekali lagi pergi ke PPUM utuk pemeriksaan yang lainnya pula.
Saya pergi seorangan kerana tidak diperlukan membawa teman untuk mengurus.
Selepas selesai di PPUM anak saya hantar saya pula ke IJN untuk
temankan suami saya. Mujur anak perempuan saya boleh bercuti dan dialah
yang uruskan semuanya. Saya hanya memerhati.
Kelihatan di atas anak saya temankan suami saya sarapan setelah pemeriksaan darah.
Di IJN ada Kafeteria yang khas bagi orang ramai dan saya makan di situ dengan anak lelaki saya. Kisah satu hari di IJN adalah biasa buat saya.
Alhamdulillah Allah masih kurnia kederat.
Di IJN suami saya diarah buat Echo dan ini memakan masa juga. Selepas itu menunggu hampir sejam sebelum jumpa Doktor. Bagi mereka yang masih muda harap tidak jemu membaca kisah saya dalam umur 7 series ini.
Akhirnya dapatlah giliran untuk suami saya. Anak saya temankan ia ke dalam.
Alhamdulillah kes suami saya tidak berat. Semuanya 'under control'.
Ia gembira dan apabila keluar ia ucap terima kasih pada
Doktor yang sangat professional.
Suami saya kata: Terima kasih doktor. Jumpa lagi.
"Boleh, " kata doktor. Tetapi di Klinik dan bukan di Wad, Ye! Tergelak suami saya bercerita dengan saya. Tidak sakit itu Nikmat, sakit pun Nikmat.
Allah maha Bijaksana dan hanya Allah tahu
apa yang terbaik buat kita di sisiNYA.
Kita usaha dan doa dan pasrah sahaja. Semoga Allah meredhai dunia akhirat.
Foto di atas anak saya rakam waktu menunggu anak lelaki saya
ambil kereta di Lobby IJN. Suasana menceriakan.
Lupa sekejap rasa tidak berapa sihat.
Alhamdulillah.
.................................................
No comments:
Post a Comment