Ini kisah benar. Bukan kisah luar biasa, tetapi kisah benar.
Dalam foto di atas kelihatan anak saya (pakaian putih) dan Inna
pembantu rumah dan pengasuh semasa anak-anak saya kecil lagi.
Saya sentiasa berhubung dengan Inna sejak ia berhenti untuk mendirikan
rumah tangganya sendiri. Saya mengikuti perkembangan
hidupnya dari masa kemasa.
Kini ia punya 5 orang anak. Tetapi ditakdirkan suaminya telah
meninggal dunia semasa anak-anaknya kecil lagi.
Inna, sekarang tinggal di Ipoh, maklumkan pada saya bahawa ia akan
mengerjakan Umrah. Saya katakan anak saya
Azra Haida juga akan mengerjakan umrah. Maka saya beri talian talifon
untuk mereka bertemu.
Akhirnya bertemu juga. Maka bertangsianlah keduanya kerana baru itu berjumpa
sejak lebih 30 tahun yang lalu. Saya banyak terhutang budi padanya.
Saya tumpang seronok mendengari ceritanya bila anak saya pulang.
Saya rasa terharu. Begitulah cerita talian kasih yang bersih.
Dan itulah yang kita semua rindukan ...... talian kasih Allah swt pada kita.
Semoga kita tergolong dalam kumpulan yang Allah redha atas kita dan kita
sentiasa dalam pelukan kasih sayangNya yang
tidak terhingga hingga ke Jannah.
Aamiin ya Rabb.....
Kenanagan abadi buat saya, bersama sepupu Inna. Semoga dapat selalu bertemu walaupun berjauhan
dan saya sudah kurang kederat untuk menjadikan hubungan lebih erat.
Semoga Allah melindungi kami.
..................................................
2 comments:
Allahu, saya (melor) yg baca pun turut sebak.
Memang tepat sekali, talian kasih sayang Allah pada kita .
Assalam dear Melor.
Terima kasih singgah di blog saya dan dapat berkongsi rasa hati membaca tulisan saya. Doakan saya dapat berkongsi isian hidup yang lainnya.
Post a Comment