"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 5, 2019

Interaksi dengan anak muda.....buat hati tersenyum sendiri.




A001

Hidup dalam persaraan dan umur makin lanjut, saya jarang-jarang dapat bertemu anak-anak muda. Anak-anak buah yang ada pun jarang dapat bertemu kerana masing-masing sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. Rasa bersalah bila mengingatkan hari-hari semasa muda. Tentunya begitu juga mak-mak saudara merasa terpinggir kerana anak buah jarang-jarang sekali timbul menziarahi mereka. Semoga Allah mengampunkan atas sikap kurang peduli buat mereka yang jauh perbezaan umur. Kini baru mengerti dan merasainya.

Sehubungan ini saya ingin cerita sedikit peristiwa saya baru-baru ini.
Anak saudara sebelah bapak saya datang ziarah sempena meraikan anaknya menerima Ijazah pada keesukan harinya dari University Tun Abd Razak. Saya sudah tidak ambil banyak pot mengenai berapa bilangan university yang ada di Malaysia kini. Di zaman saya hanya ada 2 dan kami hampir tahu siapa saudara mara yang masuk university. 
Kini hakikat sudah berlainan dan jenis kursus pun sudah amat berbeza kerana pembangunan ekonomi dan teknologi yang makin hari makin canggih.

Semasa saya graduate dari University Malaya pada tahun 1972 dengan Bac of Economics Hons (2nd class lower) saya juga excited bila emak dan kakak-kakak datang raikan saya.
Maka saya faham rasa dihati anak buah saya ini yang berasal dari singapura.
Anaknya graduate Sarjana Muda Education. Saya juga seronok kerana "Education is my Passion" Cuma beza umur denan saya amat jauh,.....pangkat nenek. Maka ada halangan umur dalam proses berkenalan dan berinteraksi. Bahasa harian keluarga juga sudah banyak berbeza dan "linggo" yang diguna saya sudah banyak tidak menegerti. Anak-anak muda kini seolah-olah sudah ada budaya yang asing dari keluarga.

Saya senyum sahaja dan minta penjelasan bila tidak faham. Kekadang cerita yang mudah jadi bahan gelak ketawa. Tujuan asal bercerita hilang
 "di perjalanan". Saya ikutkan sahaja apa jua cerita yang timbul kerana saya sudah memahami hakikat hidup kini sudah amat banyak berbeza. Dahulu saya rasakan saya seronok cerita dengan orang tua dari saya. Kini saya perhatikan sudah tidak begitu. Ini pemerhatian rambang pada semua anak muda. Kita bercerita, mereka sibuk berinteraksi dengan khabar berita diFon mereka. Saya tidak terdaya mengubah dan saya alihkan perbualan pada anak saudara yang beza umur 13 tahun itu.

Persoalan yang kekadang saya tanyakan pada  kekawan ialah siapa yang harus berusaha ambil tahu mengenai kerenggangan hubungan antara kaum muda dengan kaum tua.
Apa yang menyebabkan kerenggangan ini? Adakah kelemahan budaya keluarga? Tetapi keluarga (ibu/bapa) tidak wujud dalam vacuum. Ia dipengaruhi masyarakat yang dibentuk anatara lain oleh sistem pendidikan kita, sistem teknologi dan maklumat di media masa dan berbagai unsur lagi. Saya sudah tidak mampu berfikir-fikir panjang. Hanya mampu menegur anak cucu yang dekat sekeliling saya sahaja. Itu pun belum tahu diyakini.
Masaalah kelangsungan hidup berkeluarga makin nyata dan jika tidak dibendungan dengan dakwah dan tarbiah, saya khuatir elemren yang menyesatkan akan berlabuh kuat dan 
Melayu Islam akan terkandas. Semoga Allah jauhi.

Maka teringat saya akan amklumat yang saya perolehi dari ustaz-ustaz dan para Pendakwah bebas di alam maya mengenai peristiwa akhir zaman. 

Adakah ini semua semua petunjuk sudah hampirnya peristiwa  akhir zaman.
Umur saya sudah terlalu singakat dan mungkin tidak jumpa akhir zaman yang termaktub dalam al Quran dan Hadith. Tetapi kehendak Allah siapa pun tidak dapat menghalang.

Saya berhenti di sini dahulu. Insya Allah sambung lain kali mengenai hal
hidup dan kehidupan. Semoaga Allah sentiasa memelihara.
Aamiin ya Rabb....


........................................................

2 comments:

Unknown said...

Done Baca.
Like đź‘Ťsetuju dgn apa yg Puan tulis.
#silentreader

ngasobahseliman said...

Thank You Dear Unknown for comment. Glad you like it

Related Posts with Thumbnails