Alhamdulillah kami sekeluarga amat bersyukur anak saya dapat membawa
cucu-cucu yang istimewa mengerjakan Umrah untuk pertama kalinya.
Foto di atas kami ucap sekamat jalan di rumah saya kerana saya kurang sihat. Pada 6 Disember mereka bertolak ke Madinah.
Semoga selamat dan Allah kurnia Umrah yang mabrur.
Semalam kami terima kiriman foto di airport sebelum bertolak.
Ujai yang sulung pakai baju coklat muda dan Akif anak kedua pakai baju biru.
Saya berpesan supaya jangan menjelajah sendirian kerana saya amat takut mereka hilang dari perhatian. Di Putrajaya mereka bebas ke mana sahaja. Mereka boleh berjalan ikut suka hati dan balik ikut suka hati. Akif yang lebih berani dan minta sesiapa sahaja menghantarnya pulang.Subhanallah. Semoga mereka selamat.
Ujai bermasaalah ADHD dan Akif Otisma.
Akiflah yang sibuk bercerita pada ibunya apa yang dia tahu tentang
Arab dan Islam. Maka Ibu dan ayahnya bawa mereka ke Umrah semoga
pengertian mereka mengenai Islam akan lebih memberi makna dan dapat
membantu mereka membesar penuh hidayah.
Akfi hanya suka berbahasa Inggeris. Dia tidak pergi kursus.
Ia diajar dirumah oleh ayahnya.
Ujai tiada masaalah berbahasa Inggeris dan Melayu.
Semoga kembalinya nanti,
insya Allah, mereka akan suka pula berbahasa Arab.
Akif amat minat membaca. Masaalahnya dia akan baca apa yang dia suka.
Disekolahnya ia agak bermasaalah kerana ia akan buat dan fikir
sesuatu yang mencabar mindanya sahaja.
Mungkin cikgu pun tidak terikut karenahnya.
Mereka diajar berdoa dan semoga berkat doa ibu bapanya mereka
kembali dengan kebijaksanaan
dan kepintaran yang Allah rancang dan kurnia terbaik bagi mereka di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb.....
............................................
No comments:
Post a Comment