"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, February 4, 2010
SELESAI MASAALAH TANPA MASAALAH
Allah menurunkan ujian dalam berbagai bentuk. AlQuran surah Al Mulk, ayat 2 bermaksud: "Dialah yang mengtakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha kuasa lagi maha pengampun."
Masaalah pastinya ada dalam hidup kita. Kadang-kadang ada setengah orang yang mengatakan dia tidak ada masaalah. Orang seperti ini sebenarnya dia pun ada masaalah. Cuma ia kurang menyedari bahawa dia ada masaalah. Ini berlaku demikian kerana sesaorang itu mengukur diri sendiri berasaskan perkara-perkara berbeza dan fahaman-fahaman berbeza. Kalau kita rasa diri kita tidak ada masaalah, maka kita tidak akan memperbaiki diri kita kerana kita kurang mengerti hakikat sebenarnya apa itu hidup dan kehidupan.
Biasanya orang yang rasa dia tidak ada masaalah adalah orang yang rezkinya melimpah-limpah dan anak-anak berjaya dan berakhlak yang dianggap baik oleh masyarakat di sekelilingnya.Dia mempunya kerjaya yang disanjung tinggi, badan yang sihat dan lain-lain kesemuanya seperti baik sahaja. Saya selalu diingatkan bahawa Allah juga menguji dengan kekayaan, keselesaan dan penghormatan sesama manusia. Jika keadaan begini, maka eluk kita bertanya pada tuan guru atau kawan atau seorang 'confidant' untuk menilai diri kita secara ikhlas. Pasti ada yang tidak kena pada diri kita. Ini saya yakin kerana Allah menyuruh kita selalu muhasabah diri dan menyuruh kita selalu bertaubat dan menyuruh kita istiqamah dalam berbuat yang baik dan meniggalkan yang mungkar.
Maka sekiranya kita menghadapi masaalah, kita selesaikan masaalah kita sedaya upaya supaya tidak timbul masaalah yang lain. "SELESAI MASAALAH TANPA MASAALAH".Jangan sampai selesai masaalah, timbul masaalah.
Saya percaya ramai kita sering memerhatikan fenomena di mana kita mengambil tindakan untuk memperbaiki sesuatu krisis dengan mencari satu strategi terbaik.Semasa kita bekerja, kita akan tubuh satu kumpulan terdiri dari beberapa pakar atau orang yang ahli dalam sesuatu kes yang hendak di perbincangkan. Dalam usaha ini nowaitu mesti betul, tujuan mesti betul dan proses mesti betul dan sumber pun mesti betul. Mana-mana satu fakta yang tercicir maka hasil nya pasti tidak memuaskan. Dalam Islam ini prinsip penting kerana akhirnya yang kita cari ialah keredhaan Allah. Tanpa itu maka penyelesaian yang kita cari bagi sesuatu krisis akan hanya menimbulka krisis yang lain, dan kadang kala masaalah ini akan berangai-rangkai pula.
Sebagai contoh, kita mahu menyelesaikan supaya generasi muda kita bijak menggunakan masa lapang mereka. Kita tidak mahu mereka menjadi belia jalanan yang tidak tahu mengurus diri dan boleh terlibat dalam gejala sosial yang membobrokan masyarakat. Cara popular sekarang ini ialah mengadakan konsert terbuka dengan format terbuka. Tidak perlu saya sebut nama program saya rasa ramai yang sudah faham. Konsert terbuka dengan format terbuka biasanya melanggar tata susila agama, nilai budaya yang murni dan berbagai lagi. Konsert terbuka seperti ini biasanya membelakangkan waktu solat, membenarkan pergaulan bebas dan mendorong pula mereka yang menyertainya untuk makan minum yang tidak halal. Saya takut hendak menyebut perihal yang menyentuh perkara-perkara sulit antara wanita dan lelaki.Tetapi semuanya itu menjadi suatu yang susah di kawal.Maka masaalah yang lebih berat pula yang timbul.
Ini adalah antara bentuk penyelesaian masalah yang menimbulkan lebih banyak masaalah. Ambil pula contoh penyelesaian masaalah yang sering diperkatakan oleh wanita secara bisik-bisik, ia itu poligamy. Tujuannya mungkin betul, nowaitunya betul. Tetapi proses dan sumbernya mungkin tidak betul. Maka masasalah jugalah yang akan timbul. Selesai satu masaalh tapi masaalah lain yang timbul menjadi lebih rumit. Anak-anak hilang haluan, sakinah dalam rumahtangga jadi amat berkurangan kalau tidak luput sama sekali, 'pergaduhan' mengenai harta dan berbagai lagi boleh berlaku. Islam tidak melarang poligamy. Tetapi yang masuk dalam lingkaran poligamy saya rasa jarang yang berfikiran panjang dan rasional. Islam meletakan syarat-syarat yang perlu difikirkan secara mendalam oleh orang yang betul-betul beriman. Maka selepas berbuat demikian barulah boleh mengatakan 'saya ikut contoh Rasulullah saw'. Tanyalah pada mereka yang terlibat akan perihal sebenarnya.
Setiap masaalah ada penyelesaian alternatif yang disarankan oleh Rasulullah saw sendiri. Siapa yang tidak mampu berpoligamy, berpuasalah. Dan kemampuan bukan dilihat dari segi fisikal dan kemampuan material sahaja. Bacalah hadith mengenainya dengan cermat dan ikhlas.Mereka yang 'berjaya' dalam hal ini, alhamdulilah. Beri nasihat pada mereka yang mahu mencari penyelesaian yang serupa, ia itu selesai masaalah tanpa masaalah.
Di Amerika pula, kahwin sesama seks. Diluluskan oleh mahkamah kerana kononnya itu satu penyelesaian kepada masaalah mahu memberi keadilan tanpa mengira jantina, latar belakang sosial dan agama. Ini satu krisis yang lebih parah. Ia melawan arus fitrah ciptaan Allah. Tidak kira agama dan keturunan. Ini kes manusia tunjuk pandai dan melampaui batas seperti yang tersebut dalam alQuran. Tetapi manusia ramai yang mencari penyelesaian mengikut akal semata-mata.Inilah bentuk penyelesaian masaalah yang menambah masaalah.
Sebenarnya banyak lagi contoh yang kita boleh fikirkan sendiri. Saya rasa kurang selesa untuk memberi bebrapa contoh yang lainnya.
Untuk mencari sakinah dalam keluarga yang kemudianya akan membentuk masyarakat yang harmoni maka kita harus kembali pada yang hak dan pada kebenaran, samada individu, keluarga, organisasi atau pemerintah negara.Kalau kita mencari penyelesaian, kita pastikan kita bukan mencari KEMENANGAN. Maka EGO harus disampingkan. Kita mahu menegakan kebenaran. KEBENARAN TIDAK MEMIHAK. Kebenaran sumbernya dari Allah, prosesnya perlu selaras dengan kehendak Allah. Oleh yang demikian hati-hatilah dengan tindakan yang kita pilih. Kita tarbiah diri kita untuk membuat keputusan yang betul pertama kali dan seberapa yang terdaya mesti betul setiap kali. Jangan terperangkap dalam fenomena "sidrom mangsa" (victim syndrome). Kita menggunakan kelemahan dan kekurang kita sebagai mekanisma mempertahan diri (defence mechanism).Dan janganlah pula kita terperankap dalam zon selesa dan memandang sepi terhadap apa jua masaalah yang dilihatnya.
Akhir kata, kita harus kembali pada fitrah. Ustaz selalu berpesan: Perbanyakan bertaubat dan mohon pertolongan dari Allah Pencipta kita. Allah yang maha mengetahui masaalah kita. Mohon petunjuk dan hidayah. Mengaku kelemahan, kekurangan dan kesalahan.Kita berdoa, kita berikhtiar dan kita berserah. Tiada Kekuatan melainkan dari Allah dan cukuplah Allah sahaja tempat kita merujuk segala-galanya.
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan semoga Allah meredhai usaha kita. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Syabas, pandangan yang sangat bernas. Masalah timbulkan masalah kerana penyelesaian tidak bermula dari puncanya. Shortcut gunakan Jewish protocol - dunia hiburan, apa lagi jadi Yahudi lah anak-anak muda. Pendekatan Islam tidak digunakan/diabaikan. Yang berpoligami pun sama, bukan benar-benar ikut sunnah, tapi ikut nafsu. Kalu benar-benar ikut sunnah, tak de lah masalah baru timbul.
Terima kasih jantung hatiku. Lega dengar orang setuju. Kita selalu cuba selesai symptom bukan masaalah pokok. Macam melepas batuk di tangga. Kita berdoa dan ikhtiar seberapa upaya dengan cara yang betul. Semoga Allah beri petunjuk dan mudahkan usaha kita. Salam.
Post a Comment