"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 15, 2010

SERBA SALAH



Kelmarin dulu saya dijemput untuk bersama dengan rakan-rakan yang menjadi ahli sebuah persatuan "Old Girls" yang berstatus elite. Saya yang memberi gelaran "elite"  kerana kesemuanya berjaya dalam kerjaya canggih masing- masing dan kediaman mereka rata-rata adalah di kawasan perumahan yang dianggap elite oleh masyarakat. Kediaman yang saya kunjungi ini adalah di Bangsar, Kuala Lumpur. Saya bukan dalam persatuan itu tetapi saya mendapat jemputan untuk menghadiri majlis "get- together" oleh seorang teman.

Saya rasa serba salah kerana saya bukan ahli dan asal usul saya pun sekolah atap disebuah bandar yang kecil di Johor, iaitu Pontian.Sebagai anak keluarga pendatang, maka tidaklah berpeluang untuk ke sekolah elite  walaupun keputusan sekolah rendah saya boleh dikatakan cemerlang memandangkan saya dari keluarga yang serba kekurangan. Saya mendapat "A" dalam keputusan sekolah rendah dalam tahun  1959, tetapi tidak mendapat tawaran ke sekolah elite. Agaknya kerana saya Jawa pendatang maka saya dipinggirkan. Tidaklah saya tahu.

Rata-rata penduduk di Pontian adalah nelayan atau penoreh getah dan sekarang ini pengusaha kelapa sawit. Dengan rasa agak kurang selesa, saya pergi juga dan sedaya upaya cuba menyembunyikan perasaan ini. Saya pujuk diri dengan mengatakan semua orang serupa di sisi Allah, dan yang membezakan kita adalah 'taqwa'.

Sejurus sampai saya bersyukur Allah memudahkan penyertaan saya. Tuan rumah amat baik sekali, maka saya tidak rasa kekok. Malah hampir semua yang hadir tidak bersifat "elite" seperti yang saya khuatiri.Saya rasa seronok dan dalam hati bercadang untuk cuba bercerita mengenai program dan aktiviti Pertubuhan Sukarela yang saya anggotai, kot-kot mereka mahu  menyertainya.

Majlis dimulakan dengan membaca surah Yasin dan doa selamat. Alhamdulilah Tidak ada bacaan tahlil seperti yang saya sangkakan. Hidangan makanan amat mewah sekali. Teringat saya akan saudara kita di Palestin, yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mereka berkerja kuat untuk sesuap nasi. Agak rasa bersalah untuk bersungguh-sungguh makan walupun tuan rumah menjemput beria-ia untuk kita menjamu selera. Saya pun dinasihatkan oleh Doktor untuk menjaga makanan dan pemakanan  kerana saya disyakki ada yang tidak kena dengan jantung saya. Tetapi saya makan kerana itu saja yang saya boleh buat untuk rasa selesa tanpa perlu bercakap-cakap kerana saya perhatikan dengan mata dan telinga saya bahawa tajuk cerita  kumpulan adalah mengenai hal-hal yang biasa-biasa sahaja.

Saya cuba-cuba panjangkan telinga saya kot ada yang bercerita tentang masaalah negara atau masaalah masyarakat dan mungkin berbincang sedikit sebanyak untuk mencari jalan bagaimana mencari penyelesaian. Saya cuba-cuba juga menyelitkan tajuk cerita tentang NGO saya yang sedang bersungguh-sunguh hendak membina sebuah Kolej Penampilan Diri Anggun, untuk anak-anak lepasan sekolah menengah dan belia lepasan university sebagai satu cara menangni  masaalh remaja dan belia dengan harapan supaya mereka  melengkapi diri untuk menjadi ahli keluarga dan ahli masyarakat yang berwibawa. Saya mohon pandangan dari segi konsep dan tajaan. Tetapi saya rasa agak termalu bersendirian kerana tidak ada sambutan yang saya harapkan. Agaknya cara saya membuka cerita  tidak kena pada waktu dan tempatnya. Entahlah. Tetapi mungkin juga kerana  hidup mereka mewah dan mereka sentiasa sibuk mengendali kerjaya dan perniagaan mereka  maka tidak dirasai adanya masaalah gejala sosial di dalam masyarakat kita. Oleh itu agaknya cerita saya seperti tidak relevan untuk mereka. Saya mendiamkan diri dan meneruskan makan dan mengiakan perbualan dimana sesuai.

Walau bagaimana pun saya tidak rasa kecewa pergi ke majlis tersebut.Alahamdulilah. Saya mengenali kawan-kawan baru.Saya sentiasa ingat saranan kawan-kawan seperjuangan mengatakan : Siapa kata jihad itu senang dan siapa kata perjuangan  itu mudah.Saya kenalah tarbiah diri untuk bersabar dan mencuba cara pendekatan yang lain pula.

Saya pulang lewat dan rasa gelisah kerana tidak solat awal waktu. Saya sudah berjanji  berkali-kali dengan diri sendiri untuk tidak lengah dan lagha. Saya belum berjaya.Tetapi saya menumpang kenderaan teman, maka terpaksalah menanti. Tetapi itu  hanya mencari alasan sahaja sebenarnya. Terasa menipu diri. Semoga Allah memberi keampunan, Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails