Rata-rata kita manusia suka mengukur orang lain dari kaca mata kita sendiri dan kadang-kadang tanpa menyedari maklumat yang ada pada diri tidak mencukupi untuk membuat penilaian. Dan kaca mata kita ini selau kabur mungkin kerana jerbu diudara yang menebal akibah pencemaran alam atau mungkin kerana embun pagi yang masih belum ditelan sinar mata hari. Itulah ibaratnya penglihatan kaca mata manusia dan kerana itulah penglihatan ini harus diserasikan dengan penglihatan mata hati.
Contohnya, kita selalu mengatakan kalau sesaorang itu ada ijazah kedoktoran (Phd) maka biasanya kita akan mengatakan dia orang yang berilmu dan pastinya berketerampilan dan berpotensi tinggi dalam bidang-bidang yang disukainya. Kalau seorang itu tidak bersekolah maka kita akan memandang rendah dirinya dan asal usul nya, dan mungkin keturunannya. Kita bersikap begini kerana persekitaran kita sering dihujani dengan maklumat dan berita-berita yang menyanjung kehebatan orang-orang yang mempunyai segala kebolehan dan kemampuan. Jarang-jarang sekali kita disedarkan dengan fakta-fakta selain darinya. Sebenarnya kebolehan dan kemampuan itu adalah suatu perkara yang relatif dan suatu yang relatif adalah juga subjektif.
Saya terfikirkan hal ini kerana baru-baru ini saya dengan beberapa teman telah membuat kunjungan lawatan sambil belajar kebebrapa Sekolah Islam terpadu atau Pasentren terpadu atau Darul Hafiz terpadu di Kuala Lumpur, Malaysia dan di Bogor dan Bandung di Indonesia. Banyak perkara yang saya perhatikan mengenai peri hal pendidikan dalam konteks membina generasi yang mencintai al Quran. Saya terfikir juga dalam koteks hidup di dunia, seperti kita mahu membina sekumpulan individu yang bekepakaran tertentu yang boleh memahami sesuatu dengan mendalam. Seperti seorang Jauhari yang boleh mengenal maknikam. Ia itu dalam konteks ad din Islam, kita mahukan ada bebrapa orang yang jiwanya tidak terhijab dengan kemewahan dan karenah kehidupan dunia dan mereka boleh menjadi 'penyuluh' jalan pada yang memerlukannya.
Rata-rata sekolah dan Pasentren yang kami lawati ini bersih dan kemas dan pelajar-pelajarnya berdidsiplin. Untuk mencapai tahap ini bukanlah suatu usaha yang mudah. Mereka boleh dikatakan berjaya kerana komitmen yang tinggi oleh pengasas-pengasasnya dan sokongan kuat dalam semua aspek oleh tenaga pengajar dan staf pentadbirannya.
Kami di beritahu bahawa tunjang kejayaan mereka adalah kesedaran sepadu semua pihak yang terlibat mengenai misi dan visi mereka. Konsep murrabi dalam tarbiah dan tazkiah amat dititik beratkan. Saya kagum dengan komitmen ini kerana di sekolah aliran perdana fakta ini tidak diberi fokus yang sewajarnya. Pasti hasil keluarannya akan berbeza. Rata-rata yang satu akan menjadi manusia yang professional dalam kerjaya dan dalam masa yang sama manusia yang beriman dan bertaqwa. Yang satu lagi kurang menjurus kearah yang sedemikian.
Namun begitu, pada pemikiran saya, kita harus waspada pada realiti sebenar. Contohnya ada hasil Maahad Tahfiz yang menghasilkan individu-individu hafiz yang dapat melanjutkan pengajian hingga keperingkat sarjana muda atau sarjana atau lebih dari itu. Tetapi kata perbahasa Inggeris "the taste of the pudding is in the eating". Ini bermaksud BAHAWA HASIL SESUATU ITU HANYA BOLEH DINILAI SETELAH KITA MERASAINYA. Dan ada pepatah yang mengatakan kita tidak boleh menilai buku dari rupa kulitnya.
Bukan semua yang berkelulusan sedemikian akhirnya mempunyai budi pekerti yang tinggi dan lain-lain qualiti seperti yang diinginkan. Ada kalanya kita tidak boleh mengatakan bahawa jika Quran ada di dada maka yang lainnya akan mudah pembentukkannya. Pada pandangan saya, ini tidak semestinya begitu. Ada kalanya saya perhatikan ada diantara mereka yang Quran ada di dada tetapi qalbunya masih belum boleh melembut seperti yang seharusnya. Qalbunya belum dapat melahirkan kasih sayang dan belas kasihan antara sesama manusia seperti yang sewajarnya. Qalbunya belum benar-benar bercirikan sifat ihsan dan berhati waja. Ini boleh mengelirukan dan kita boleh tersilap membuat penilaian. Tetapi tidak mengapa kerana dalam sistem apa jua pun biasanya ada yang terkecuali. Kata pepatah Melayu "pisang setandan tidak sama mutunya'. WaAllahua'lam.
Kita teruskan sahaja dengan doa semoga segala ikhtiar untuk membentuk generasi yang mencintai alQuran dan berakhlak seperti Nabi saw, Allah mudahkan segalanya. Dan akan lahir segolongan individu-individu yang benar-benar dapat membela marwah orang Islam di bumi Allah ini. Perasaan hati selembut sutera tapi keberaniannya seperti singa. Amin.

No comments:
Post a Comment