"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 25, 2010

JIKA KAMU DISAKITI


 GAMBAR DIAMBIL DARI IMGLANDING.HTM

Allah berfirman :  "Dan jika kamu membalas kejahatan pihak lawan dan hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu. Dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (yakni, kalau kamu hendak membalas orang-orang yang telah menyakiti kamu, maka balaslah dengan adil dan janglah melampaui batas.Dalam pada itu jika kamu bersabar, maka yang demikian amatlah baiknya bagi kamu.)
Surah An Nahl ayat 126. tafsir pimpinan Ar Rahman. 

Ayat ini diturunkan pada tahun 8 Hijriah tetekala Rasulullah sedang mengatur peperangan membuka  Kota Mekah setelah  perjanjian damai diputuskan oleh pembesar Kota Mekah waktu itu. Ini fahaman saya. Apabila turun ayat ini Rasulullah dan sahabat-sahabat memilih untuk bersabar dan tidak membalas dendam kekalahan mereka di perang Uhud di mana ramai kaum Ansar yang terkorban. 

Apakah antara pengajaran yang harus kita contohi dari peristiwa ini dan apakah mesej ayat tersebut yang hendak di tonjolkan. Dalam satu kelas pengajian Ustaz mengatakan bahawa Allah menekankan soal akhlak dalam pembentukan ketamadunan manusia. Rasulullah saw sendiri menghadapai berbagai cabaran dan disakiti oleh kawan dan lawan yang tidak mahu menerima Risalah yang dibawa olehnya. Namun Beliau tetap berusaha dan bersabar.


Dari pengalaman hidup,saya perhatikan bahawa rata-rata manusia akan rasa marah dan mahu membalas  dendam jika disakiti oleh sesiapa pun, termasuk mereka yang masih ada pertalian darah. Ini fitrah kejadian manusia yang mempunya nafsu dan marwah diri.Saya sendiri tidak terkecuali dari hal ini.Sudah agak beminggu saya rasa tidak selesa dengan beberapa hal yang berlaku disekeliling saya dan rasa seperti hendak marah kerana rasa seperti  disakiti. Tetapi bila teringat ayat Quran seperti di atas, hati ini rasa  malu untuk menyimpan dendam.  Semoga Allah memelihara. Dalam konteks ini saya rasa mereka yang rasa disakiti dalam hal "bercinta" harus juga melihat diri bersandarkan ayat ini. 


Tetapi kata Ustaz ayat ini bukan untuk kita bersabar dengan musuh-musuh Islam yang menyakiti penduduk Islam di mana jua. Orang Islam harus sepakat dan "memerangi"  siapa jua yang telah menzalimi orang-orang Islam. Bila Islam sudah kembali kuat dan berkuasa maka orang-orang Islam boleh melaksana ayat di atas, bukan sekarang ini.Dendam untuk membalas bela kematian umat Islam harus terus membara. Dendam untuk mendapatkan kembali bumi barakah Palestine dan membebaskan Masjid al Aqsa menjadi sasaran kita. Tetapi jika awal-awal lagi mereka menyerah kalah dan mengembalikan hak mutlak orang Islam, maka kewajipan orang Islam ialah bersabar. Itu lebih baik di sisi Allah. Tidak ada seksa menyeksa walaupun dahulu mereka disiksa dan dianiaya. Balasan istimewa dari Allah lebih utama.Semoga Allah memberkati. Amin.

2 comments:

Jantung Hatiku said...

Sabar anggota lebih mudah, boleh jugak lah dikawal supaya tidak mengambil tidakan atas perbuatan orang pada kita, tapi sabar hati susah sikit, ada2 saja lintasan rasa marah/dendam pada pihak berkenaan. Kena belajar banyak lagi nak dapatkan qalbun salim.

ngasobahseliman said...

Betul tu, Jantung Hatiku, amat betul. Masih jauh perjalanan.Belajar itu satu, nak pujuk diri yang amat mencabar. Semoga Allah memberi pertolongan.Salam.

Related Posts with Thumbnails