"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 1, 2010

SAYA "A WILLOW TREE".



Apabila seorang teman mengatakan bahawa asSyahid Hassan Al Banna menyeru agar kita hidup seperti pohon yang buahnya manis, lantas saya teringat semasa bekerja dahulu nama 'kembar' saya ialah 'willow tree'. Ini hasil suatu kursus muhasabah dan motivasi diri yang dikendalikan oleh syarikat perunding antarabangsa yang dikendalikan oleh seorang 'clinical psychologist' berbangsa Amerika berketurunan Afro.

Pada permulaan kursus itu pakar psikologi ini meletakan peserta yang rata-ratanya berjawatan tinggi kesatu tahap yang amat rendah dari segi kebolehan memimpin, membuat keputusan, kreativiti dan sebagainya. Kami di anggap 'no class', 'no style' dan 'no future'. Boss-boss yang menjadi peserta memberontak, rasa malu dihati dan ada yang meninggalkan kelas tanpa tunjuk sebab dan tanpa  memberi tahu sesiapa. Ada yang rasa geram dan menangis selepas sessi selesai. Tetapi ada juga yang 'steady'. Saya sendiri rasa biasa sahaja. Alhamdulilah,  mungkin kerana saya pernah berada di Amerika beberapa ketika dan agak memahami juga cara berkomunikasi dan cara pengendalian watak sesaorang oleh orang Amerika.

Sebenarnya pendekatan secara psikologi  itu adalah suatu strategi supaya peserta dapat mengenali diri dengan lebih mendalam lagi, faham akan kekuatan dan kelemahan dan selepas itu barulah boleh menghadapai masaalah pengurusan yang berbagai rupa cabarannya. Kami melalui satu sessi memahami diri dan diakhir sessi itu kami memilih nama bagi diri sendiri yang menggambarkan siapa kita yang sebenarnya. Nama yang kita pilih seharusnya melambangkan intipati watak kita dan kesungguhan kita yang dengannya ia boleh membawa kita ke suatu tahap pencapaian apa jua objektif yang kita letak sebagai keutamaan dalam usaha pencapaian matlamat dalam organisasi kita. Prosesnya memakan masa beberapa sessi hingga ke tahap kita dapat menginsafi diri. Diakhir sessi saya pilih nama simbolik diri saya sebagai "a willow tree".




Gambar ini bukan pohon yang dinamakan 'willow tree'. Saya ambil gambar ini semasa saya dan teman "kembara" ke Sri Lanka. Ia mengingatkan saya tentang 'willow tree'  yang hidup di negara-negara atas angin. 'Willow tree' pohonnya amat rendang dan dedaunnya melampai kebawah, cantik sekali. Selalunya ditanam ditepi-tepi sungai dan ditepi tasik di taman-taman yang terjaga rapi.

Saya gemar melihat pokok-pokoka.Tetapi saya tidak melihatnya dari sudut sains kerana saya tiada ilmu dibidang itu. Cuma saya suka pokok kerana saya dilahirkan di kampung dan membesar di kampung. Semestinya berjalan sebatu dua sebelum dapat menaiki bas atau apa jua kenderaan. MasyaAllah, rupa-rupanya Allah membina kekuatan diri dan saya mengharungi kedewasaan tanpa banyak masaalah dari segi menghadapi kesusahan dan kesulitan dalam hidup.

Mungkin penerangan saya mengenai kursus ini di mana akhirnya saya memilih "willow tree" agak susah difahami oleh pengunjung blog saya. Sebenarnya saya cuma ingin memberi tahu bahawa  saya ini  sedikit-sebanyak ada ciri-ciri  "willow tree". Saya bukan seperti pohon Enau yang melepaskan diri keatas supaya mencapai cahaya matahari bagi dirinya sendiri sahaja. Sedikit sebanyak saya suka menolong mereka yang memerlukannya. Alhamdulilah Allah melorong saya ke situ. Perumpamaannya adalah seperti pohon "willow"yang rendang dan dedaunya melampai kebawah. Ia menarik perhatian orang untuk datang berteduh dari cuaca yang panas. Di bawahnya redup dan udara agak nyaman. Orang Barat kata pohon ini "graceful and refined". Saya suka menambah pada rupanya yang"elegant" dan dedaunya tidak berguguran hingga terkumpul  dan menjadikan kawasan sekelilingnya nampak serabut. Gambar di atas sedikit sebayak ada mirip "willow tree".

Bila keadaan redup orang mudah rasa terpanggil dan datang, iaitu datang hampir padanya. Kadang-kadang untuk berpiknik dan bersantai di bawahnya. Binatang-binatang kecil yang jinak pun suka duduk di bawah pokok ini mencari apa jua makanan yang sesuai. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran akan diri saya. Saya ingin mudah menjadi tempat bernaung diri jika ada masaalah. Itulah yang saya katakan dalam kursus apabila diminta menjelaskan pilihan nama "willow tree" itu. Ia hanya sebagai perumpamaan (analogy).  Pada ketika itu seandainya  saya boss, pembantu-pembantu saya tidak perlu rasa gusar masuk pejabat saya untuk penjelasan masaalah dan berbincang. Orang awam pun mendapat peluang berjumpa tanpa banyak protokol. Cara saya mudah. "I am client friendly'. Tanpa mereka siapalah saya, merupakan falsafah tersembunyi. Saya suka jika  teman-teman disekeliling saya boleh menganggap saya sebagai "a shoulder to cry on".

Dalam kursus itu ada yang memilih nama"sunshine" untuk menggambarkan mereka menerangi hidup siapa jua yang memerlukan. Ada yang memilih nama "possibilities" untuk mencabar diri supaya tidak rasa teragak-agak untuk mencuba perkara-perkara baru dalam tugas dan hidup harian. Ada yang melilih nama "Lion" untuk meyakinkan diri bahawa ia tidak perlu gentar berhadapan dengan sesiapa pun, kerana jika kita bersikap berani maka banyak masaalah boleh diselesaikan. Ada juga yang memilih nama "love" untuk menyatakan dia sentiasa bersedia untuk berkongsi nikmat apa jua yang sesuai mengikut kemampuan  dan mengikut keperluan. Dan ada bermacam-macam lagi nama yang terpilih. Di akhir kursus pserta-peserta tidak lagi rasa marah. Semua setuju kita dapat perspektif baru dalam dunia kepimpinan dan pengurusan.

Saya catat pengalaman ini dalam blog saya sebagai satu perkongsian hakikat hidup bahawa kita boleh memujuk dan mendidik diri untuk menjadi sesaorang yang  bersikap positif. Kursus itu cuba meyedarkan peserta bahawa jika ada sikap negatif  pada diri  seperti sombong, kedekut, malas, bengis dan sebagainya, maka kita harus menyingkirkan sikap itu jika kita mahu berjaya memimpin dan  mendorong untuk mencapai matlamat dalam organisasi atau keluarga. Kursus itu mengajar bagaimana caranya menyepadu usaha ke arah itu. Cuma pendekatannya bukan pendekatan Islami. Tetapi ada nilai-nilai yang universal yang boleh dicontohi. Hari ini saya bercerita pada anak-anak mengenai pengalaman saya yang masih relevan. Maklumlah kursus itu dtjalankan pada awal tahun sembilan-puluhan. Mereka tidak perlu "reinvent the wheel". Semoga cerita-cerita saya memberi munafaat sedikit sebanyak dan semoga bila saya berpindah alam nanti,  Allah kira  itu sebagai ilmu yang dimunafaatkan.

Saya sentiasa memohon ampun atas kesilapan dan kekurangan, dan semoga Allah menerima amalan saya sebagai amal soleh dan Allah meredhai dan memberkati.
Amin.

2 comments:

noraini said...

Ameen. like your story. l had similar training. l chose a bird, here l am flying all over to see the world. tulis lagilah kisah lama yang orang tak tau,nanti kita buat buku sama.Nama buku itu Inspirasi mawaddah,hanya dengan love and affection we do things,write, help out dll. tahniah

ngasobahseliman said...

Thank you, insyaAllah will write from time to time. Sharing is caring."Bukan suatu kejayaan jika kejayaan itu tidak boleh dan tidak mahu dikongsikan."

Related Posts with Thumbnails