Tidak kira bagaimana kita menghiasnya, fungsi bilik air adalah sama sahaja.
Tetapi di kediaman "the rich and the famous" mungkin berlainan sedikit. Biarlah dia berlainan.
Saya terdorong mencatat sedikit fikir zikir mengenai bilik air apabila seorang pendakwah ketika berceramah mengenai kehidupan, ia berkata:
" Rata-rata ditempat awam kita dikenakan bayaran apabila ingin menggunakan bilik air. Bilik air adalah tempat untuk melepas hajat dan kemudian kita beredar dari situ. Ada tempat yang bersih dan cantik tetapi ada juga tempat yang kotor dan memalukan. Apa jua keadaan, pada hari ini pengguna bilik air awam dikenakan bayaran. Maka jika ingin ke Syurga, jangan harap kita boleh masuk free-free. "
Begitu lebih kurang maksudnya.
Tersentuh juga minda saya mendengar kenyataan itu lalu terfikir untuk bercerita pada guru-guru di Tadika SmarTop saya di Tangkak.
Pada hari Ahad dua minggu lalu saya ke Tangkak. Hilang rindu seketika melihat anak-anak bersemangat mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan. Pada petang Isnin kami mengadakan sessi perbincangan terutamanya mengenai disiplin diri yang harus ada pada setiap murobbiah. Kami adakan seperti sessi motivasi, memahami bahawa janganlah melihat tugas murobbiah di Tadika itu suatu usaha yang kecil. Bukan ibarat melukut di tepi gantang. Ia adalah sebahagian "core business" dalam membina sebuah Tamadun seperti yang di tuntut dalam Islam. Tiada suatu yang kecil dalam Islam jika nowaitu kita ialah mencari keredhaan Allah dan Syurga adalah destinasi akhir perjalanan hidup ini.
Kalau ke tandas memerlukan usaha, apatah lagi ke Syurga. Tidak boleh ada sikap sambil lewa. Menghargai masa dan bekerja dalam jemaah adalah antara yang terpenting selepas mengisi Ilmu di dada.
Alhamdulilah sessi perbicangan dan motivasi diri berjalan dengan memuaskan. Saranan guru besar yang penuh erti dan emosi menyentuh hati-hati murobiah dan saya dapat merasai komitmen yang jitu dalam mengertkan kerjasama dalam menjalankan tugasan harian.
Tiada ganjaran tanpa usaha. Dan kita tidak akan dapat memberi sesuatu yang kita sendiri tidak ada sesuatu itu dalam diri kita. (You cannot give what you do not have). Maka kita harus bekerja kuat membina sikap positif dalam diri dan yakin bahawa tugas di Tadika bukan tugas kecil, biar apa orang lain kata. Ibarat Allah kurnia 5 jari tangan dan ia tidak sama besarnya dan panjangnya. Semua jari perlu berfungsi untuk menjalankan tugas demi mencapai apa yang di rancang dan diminati. Allah maha adil dan bijaksana dan tidak ada ciptraannya yang sia-sia.
Dengan kata lain, setiap kita punya tugasan yang berlainan tetapi semuanya adalah dalam ruang lingkup tanggongjawab yang sama dalam usaha menegakan Kebenaran Allah. Maka di Tadika SmarTop kami menggalakan guru dan staff berbuat sesuatu untuk mengkayakan usaha kearah itu.
Antara tugas sampingan yang menjadi sebahagian penambah baikan suasana kerja ialah melukis mural di dinding sekolah. Di bawah ini adalah contoh yang dimulakan oleh seorang murobbiah bersendirian. InsyaAllah untuk yang seterusnya akan ada kerjasama yang lebih bermakna.
Kalau seekor burung boleh dilatih saya yakin SmarTop boleh mengembelingkan tenaga semua guru dan staff ke arah misi dan visi yang telah ditentukan.
Dari sudut tugasan staf am pula, saya kagum dengan keperhatinan mereka untuk berfikir sendiri apa yang mereka harus lakukan tanpa arahan pihak pengurusan. Dalam hal ini saya dapat memerhatiakan tanaman pokok-pokok yang dapat memberi munafaat. Antaranya seperti tanaman serai, pokok daun kari, pokok daun kesum, pokok betik dan pokok pisang. Ada juga pokok limau nipis dan pokok buah kedondong.
Usaha-usaha ini sedikit dan nampak kecil. Semoga Allah kurnia sesuatu yang memberi munafaat yang besar. Kami yakin pada prinsip: USAHA, DOA dan TAWAKAL.
Mohon pertolongan Mu ya Rabb....
Semoga mendapat kurnia Syurga Mu tanpa hisab.
Ameen...
....
No comments:
Post a Comment