"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, October 13, 2013

PROTOKOL......


Saya tidak suka banyak protokol, dulu pun sekarang.
Tetapi protokol ditakrif juga sebagai adab dalam tatacara hubungan manusia.

Maka saya akur.





Lewat minggu lepas saya mengheret diri sedayanya  untuk berjumpa dengan seorang pegawai awam yang berkedudukan tinggi dan penting di Putrajaya. Selepas 10 tahun bersara saya kurang minat untuk berhubung dengan sesiapa jika ia melibatkan banyak protokol.

Entah mengapa....

Tetapi hari itu saya heret juga dua belah kaki ini untuk 'memanjat'  bangunan yang amat tinggi bagi umur seperti saya. Saya berkepentingan dengannya maka saya memujuk diri untuk berjumpa menghadapnya dengan harapan ia boleh membantu. Saya mengenali pegawai ini secara peribadi maka sebab itu kalau boleh saya tidak selesa waktu telah bersara ini untuk minta pertolongan darinya. Itu sifat saya, baik atau pun tidak baik.....


'Kebiasaan' dulu semasa sama-sama bekerja kini bukan lagi satu kebiasaan. Itu satu fitrah terutamanya apabila jarang sekali berhubungan.

Apabila sampai di pejabatnya saya diminta menulis butiran peribadi dan tujuan berjumpa dengannya. Hari itu adalah program hari berjumpa pelanggan maka saya tidak membuat temujanji yang khusus. Memadai 'berbaris' menanti giliran. Tersenyum sendirian teringatkan detik-detik waktu bekerja dahulu dimana saya boleh masuk sahaja tanpa temu janji.

Pegawai bertugas meminta banyak maklumat yang saya kira tidak perlu jika saya berjumpa sendiri dengannya. Tetapi saya nyatakan juga serba ringkas. Itulah 'patuhnya' orang awam pada penjawat awam...

Selepas lebih kurang 15 minit seorang pegawai yang wajahnya agak senior menghampiri saya dan mengatakan bossnya minta saya membuat penjelasan masaalah padanya. Berdetik seketika  seperti tidak puas hati mendapat layanan begitu. Kalau hari berjumpa pelanggan, maka saya harus diberi peluang berjumpa berhadapan dengannya. Maka saya dengan penuh bahasa protokol 'merayu' agar dapat berjumpa juga. Agaknya tidak dapat mereka menolak dan meminta saya duduk hampir dengan pintu untuk masuk.

Agaknya saya menunggu dalam 10 minit dan saya dihampiri dari belakang tempat saya duduk. Ia senyum lebar bertanyakan khabar. Lega sebab apabila berjumpa berhadapan  ia seperti dahulu. Riang dan informal. Minda saya tidak lagi tertanya-tanya sama ada kedudukan tinggi dalam masyarakat mengubah peribadinya. Alhamdulilah, ia santai.

Berjumpa dengannya penting sebagai ikhtiar saya menyelesai satu masaalah besar.  Saya tersenyum dihati apabila teringat kata Ustaz Pahrol:  "Jangan berkata pada Allah masaalah itu besar, tetapi katakan pada masaalah bahawa Allah itu maha besar." 

Pergantungan saya tetap pada Allah dengan usaha dan doa dan tawakal. Semoga Allah kurnia yang terbaik bagi saya di sisiNya.

Peristiwa kecil ini diperhatikan oleh anak saya yang menemani saya dan menunjukan tempat. Anak saya adalah juga penjawat awam. Saya katakan padanya: Janji tetap janji. Hati pelanggan harus dijaga. Dan pelanggan sentiasa betul, suka atau tidak suka, berpangkat atau tidak berpangkat.

Saya diminta menulis sedikit nota untuknya supaya dapat dilihat dengan lebih jelas dan ia mengatakan ia akan berbuat sesuatu yang wajar dengan kedudukannya. Saya segera mengucapkan ribuan terima kasih, senyum lebar sambil permisi untuk beredar.

Peristiwa pagi yang unik setelah bersara 10 tahun. 

Semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan semoga saya tetap bersyukur apa jua natijahnya. 

Mohon keampunan Mu Ya Rabb....

....

3 comments:

Al-Manar said...

Bila kita sudah tiada jawatan dan tidak pula jutawan terpaksalah kita kembali kepada hakikat yang masih ingat dan mengambil berat sudah berkurangan. Sudah 10 tahun lama juga. Tapi masih ada yang tinggal dipejabat. Pakcik sudah lebih 20 tahun. Tak ada lagi. Yang tinggal kenanmgan. Bangunan pejabat lama pun sudah tiada.

Harap 2 kanak kanak itu bertambah baik. Salsam hormat. Harap Qurban dan amalan Raya berlalu dengan jaya. Maaf lama tidak menampak kan diri. I spend time on those who call and leave comments. An old man needs to be reminded!

ngasobahseliman said...

Salam Pak alManar. Alwayas excited to read your thoughts. Ten years is a long time but twenty years is even longer. Alhamdulilah. Must lesrn from you how to keep fit and keep alert. I read your last posting. Are you closing down. We in Tadika SmarTop is only just beginning to open our tuition classes utilizing existing premises next year for the less fortunate so they could be brought to the main stream. My "partner" is rounding up teachers who wants to take up our idea of "giving" so that these needy children can prosper by the grace of Allah and we can leave behind "a legacy of Giving" for the ummah.

Du'a for us Pak alManar.

Al-Manar said...

I will be sending you an email to answer your question and a of questions I wish to ask you.

Related Posts with Thumbnails