Saya dan suami ikut anak perempuan saya berkerja ke Alor Star baru-baru ini dan menolong 'baby sit' salah seorang anaknya yang dibawa.
Anak saya ajak melencong jalan dan keluar di Exit Bukit Tambun. Dia iklan pada saya di situ ada jetty untuk ke Pulau Aman. Cantik pemandangannya. Banyak tempat yang belum saya jelajah di negara sendiri, maka saya setuju melencong jalan .
Sememangnya ada tempat makan yang menarik "The Ridge" adalah salah satunya.
Saya putar-putar sebentar sebelum duduk menunggu hidangan. Hari itu hari Ahad. Tetapi tidak begitu ramai pengunjung yang datang. Tempat itu cantik tetapi agak sunyi. Namun saya rasa nyaman kerana angin bertiup segar.
Ini suami saya. Asyik mendengarkan cerita -cerita anak saya yang pernah ke hujung dunia sebelah sini sebelum ini dengan keluarganya. Kami sampai ketika hari hampir senja dan cuaca agak mendung. Dari sini nampaklah Pulau Pinang. Di foto atas kelihatan kelong-kelong nelayan yang mencari rezki di laut.Suatu pemandangan yang awesome...
Bercerita pasal kelong, saya pernah menjelajah kelong di lautan berhampiran Pontian Kecil semasa remaja dahulu mengikut abang dan kakak ke Pulau Pisang. Ketika itu remaja suka ke Pulau Pisang untuk berkelah. Waktu itu tidak takut berada di laut.(Tidak takut di mana jua). Tetapi kini saya tidak boleh gambarkan naik bot, walaupun bot besar, berjam- jam mengharong gelombamg. Saya keturunan Jawa pendatang tetapi keberanian tidak dapat menandingi keberanian emak saya. Allahyarham emak saya serba berani. Agaknya saya hanya mewarisi 80% keanjalannya. Kalau tanya pada emak saya rasa dia akan kata cuma 60%. Saya perasan sendiri.... Tetapi Alhamdulilah, saya tidak begitu penakut dan suka "berkeliaran" mencari sesuatu yang terlintas dihati.
Sebenarnya kita tidak perlu pergi jauh-jauh untuk meneliti dan menghayati keindahan ciptaan Allah yang mengurniakan berbagai nikmat. Namun apa yang kita lihat tidak sepenting keadaan mata dan keadaan mata hati yang melihatnya. Jika jiwa kosong dari mengenali siapa yang maha Pencipta maka akan kosonglah pemandangan mata kita. Jika kita tidak mengenali kekuatan yang maha Berkuasa maka tidaklah dapat kita mengerti elemen kemanusiaan dalam hidup ini. Maka dunia kembara tidak banyak makna jika kita hanya melihat-lihat dan mengambil foto dengan kamera yang canggih tetapi tidak terdetik sedikit pun aura penglihatan kita dalam konteks kebesaran Allah yang mengurnia Rahmatnya ke sekelian Alam.
Saya rujuk ayat alQuran berikut untuk mengimbas sedikit antara maksud melihat kekuasaan dan kebesaran Allah.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi
supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi
orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada
telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka
mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya
bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati
yang ada di dalam dada.
(Al-Hajj 22:46)
(Al-Hajj 22:46)
Itu adalah antara fikir-fikir yang berlaku bila melencong-lencong dari laluan utama. Dalam hidup harian kita pun, kita sering membuat lencongan atas berbagai sebab. Ada lencongan mandatori ada juga lencongan yang santai-santai. Jika ia suatu yang mandatori, ikut sahaja tanpa banyak soal jika ia dituntut kerana sebab-sebab keselamatan dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang kita buat lencongan untuk mencari alternatif laluan hidup yang kurang bermasalah. Antara contoh mungkin melibatkan mereka yang memilih hidup sendiri jika dipaksa untuk berpoligamy. Ini isu sensitif tetapi lencongan juga yang terpaksa dihadapi.
Dalam konteks fakta apa yang berlaku adalah dengan izin dan kehendak Allah (the smaller will within the bigger Will), saya sudah melalui berbagai asam garam hidup dan berpandangan bahawa lencongan dalam hidup mungkin membawa lebih munafaat walaupun lencongan itu bererti satu laluan yang membawa perjalanan yang lebih jauh, lebih rumit dan melibatkan berbagai kos yang tinggi. Itulah yang kita sebut risiko dalam semua tindakan mencari ketenagan hidup. Kita buat lencongan dengan doa dan tawakal. Tetapi kalau melencong hanya untuk kesenangan dunia semata-mata, maka risiko mencari hidup sejahtera mungkin membawa padah yang tidak terduga.
Berbagai lencongan wujud dalam "road map" kehidupan kita. Janganlah khuatir membuat lencongan asalkan sahaja apa yang kita lakukan semasa melencong itu suatu yang syar'ie. Kita tumpu (stay focus) pada matlamat hidup mencari Redha Allah. Mudah-mudahan kita redha dan Allah meredhai.
Ameen ya Rabb...
...
2 comments:
Namanya pun cantik didengar - Pulai Aman - apa yang lebih dari itu? Umur sudah meningkat banyak benar tempat yang belum pernah dilawati. Baca dand dengar sahajalah apa yang ada ditemepat2 ini.
Terima kasih mamper lagi Pak alManar. Lagi meningkat umur lagi saya rasa kurang aman kerana teringat banyak lagi tanggongjawab yang belum selesai.....Semoga Allah memberi keampunan.
Post a Comment