Anak perempuan saya menangis mendekati saya yang sedang menunggu giliran berjumpa doctor psaikatri kanak-kanak di HUKM. Saya menemani anak saya kerana cucu saya disyaki sebagai hyperaktif dan kadang kala perlu seorang untuk mengawasinya semasa ibynya berurusan di kaunter.
"Mengapa menangis" saya tanya agak cemas.
Dia tidak menjawab terus mencuba menahan sedihnya atau mungkin stressnya.
"Nurse kata kena postpone appointmen sebab Doktor yang patut memeriksa Huzaifah cuti. Tidak ada doctor lain,"
Saya terdiam agak bingung dan simpati dengan masaalahnya.
Jam 6.30 pagi dia sudah ambil saya di Puchong untuk menemaninya ke hospital HUKM di Ceras. Dia tinggal di Putrajaya. Appoitmen pada jam 11 pagi tetapi terpaksa pergi awal takut tergendalala dengan jem di jalan raya dan susah pula mencari parking. Bukan kaya untuk guna khidmat "valet parking".
Tak apalah," saya katakana. "Bersabar."
"Mana boleh sabar, Mak. Hari ini boss dah susah payah bagi cuti untuk bawak Huzaifah. Huzaifah pun dan cuti sekolah. Lagi pulak dan tunggu 6 bulan untuk jumpa doctor di HUKM yang diperakukan oleh doctor pakar kanak-kanak di hospital Putrajaya. Lama tu Mak. Lagi pulak guru kelas Huzaifah sudah 'bising' banyak kali bertanyakan mengapa tidak pergi kelas khas di sekolah kerajaan. Huzaifah susah dikawal. Dia kurang daya focus dan perlu perhatian dalam mengajarkan skill yang diperlukan, mengira membaca dan menulis."
"Kalau gitu kita hantarlah ke sekolah kerajaan kalau sekolah swasta tak nak terima,"
"Tak boleh Mak. Sekolah kerajaan perlukan pengesahan Huzaifah seorang OKU secara rasmi sebelum system kerajaan boleh terima. Kalau tak, masuk kelas biasa."
"Tak ape lah masuk kelas biasa," saya mencelah.
"Tak boleh Mak. Kat kelas biasa bilangan murid besar. Mana guru boleh tumpu pada Huzaifah. Kat sekolah swasta sekarang bilangan murid dalam kelas kecil. Dapatlah guru tumpu lebih pada Huzaifah walaupun ia sukar baginya. Kalau kat sekolah pendidikan khas barulah dapat perhatian sikit. Itu harapan kita."
"Oh....kalau gitu kita rayulah nurse untuk bagi juga jumpa doctor hari ini juga."
Dalam pada itu nama Huzaifah dipanggil lagi. Anak saya cepat-cepat pergi ke kaunter. Dalam 10 minit ia menghampiri saya lagi dan kali ini dengan sedikit senyuman.
"Nurse bagi jumpa doctor jam 2.30 petang nanti lepas rayu-rayu. Dia akan ikhtirkan juga dapat seorang doctor.
"Alhamdulilah, " saya lega sikit walaupun rasa agak susah kena tunggu hingga jam 2.30 petang sebab saya kurang sihat dengan perut meraggam.
"Tak apalah, Mak tunggu". Nak buat macam mana. Tetapi dalam hati saya merungut juga mengapalah kerajaan tidak melatih bilangan doctor yang mencuckupi. Bukan Malaysia kurang calon-calon yang pandai. Tiap-tiap tahun beratus lulus dengan deretan gred 'A'. Malaysia pun bukan Negara miskin. Kata pepatah: "Malaysia is not a banana nation". Malaysia bukan Negara 'sengkek'. Tapi susah benar nak jumpa doctor pakar.
Kami di Jabatan psaikaitari lenbih kurang 4 jam. Dari 10 pagi hingga jam 2 petang. Huzaifah tidak duduk diam. Ibunya punya daya ketahan lebih dari saya. Kami pergi makan, beli ice cream, beli mainan dan membawanya tempat bermain kanak-kanak untk melepaskan masa 4 jam itu. Selepas zohor kami beredar ke ke bilik rawatan jumpa doctor.
Alhamdulilah, satu fasa selesai. Kami berbincang dengan doctor selama lebih sejam. Sambil berbincang sambil doctor memerhatikan perilaku Huzaifah. Guru di sekolah perlu memberi laporan khas sebelum doctor boleh membuat diagnosis yang akhir. Apointmen yang akan datang ialah sebulan dari hari itu. Semoga tidak ada penangguhan.
Anak saya dapat tersenyum.....
Anak saya ini punya seorang lagi anak istimewa. Humaidi namanya. Ia ostistik. Alhamdulilah anak saya ini kuat juga pemikirannya dan kuat daya ketahanannya. Tetapi kadang-kadang mengangis juga untuk lepaskan stress. Saya cuba membatu secuckup mungkin...
Kata teman-temannya. "Hanya ibu istimewa Allah kurnia anak istimewa...". Sejuk hati saya mendengarnya dan berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan. Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia.
Saya teringat ayat alQuran:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Itulah sehari bersama Huzaifah....
Semoga ia membesar dewasa menjadi hamba Allah yang solih dan cemerlang. Ameen.
.....
3 comments:
Munkin juga kerana saya seorang berumur dan telah menpunyai cucu yang mula melangkahn universiti, sungguh sedih saya membaca cerita cucu ini dan juga yang satu lagi saya baca dahulu.
Memang hikmatNya kita tidak munkin tahu dan faham sepenuhnya. Itulah hidup. Saya berdoa agar Tuhan memberi kesabaran kepada anak puan itu. Kita terpaksa lah juga mengingati diri kita; diluar sana ramai lagi yang nasib mereka amat malang (dalam pandangan kita yang tidak pernah diuji sebegitu.)
TERIMA KASIH SIMPATI Pak AlManar.Tidaklah rasa keseorangan. Semoga anak dan menantu saya tabah dengan ujian dan tetap bersyukur apa jua. salam.
TERIMA KASIH SIMPATI Pak AlManar.Tidaklah rasa keseorangan. Semoga anak dan menantu saya tabah dengan ujian dan tetap bersyukur apa jua. salam.
Post a Comment