Sejak tahun baru Hijriah 1435, saya tersibuk dengan mengemas, menyimpan dan membuang barang-barang lama. Kini umur senja makin larut, maka saya tidak mahu serabut rumah dengan barang barang yang jarang-jarang saya guna. Barang-barang itu boleh dimunafaatkan ditempat lain.
Pakaian-pakaian dan barang hiasan rumah pun saya susun untuk saya hantar ke kampung bagi yang memerlukan atau jual sahaja dikedai bundle. Ada anak muda yang mahu membantu saya. Memadai beberapa helai sahaja pakaian yang tinggal. Buku-buku pun saya masuk dalam beg-beg lama untuk saya beri pada kawan yang katanya ada surau-surau di kampungnya yang boleh memunafaatkannya.
Nota-nota kuliah juga saya semak semula. Ada yang saya simpan dan ada yang saya ketepikan.
A..Haa....dalam saya menyusun-menyusun nota, saya terjumpa nota yang menarik perhatian saya. Teringat-ingat seketika peristiwa-peristiwa semasa kerja dahulu. Nota ini membuat saya senym sayu sendirian.
Maka saya ingin tulis kembali dalam entry blog saya kali ini. Saya ingin kongsikan kerana saya masih merasai 'sesuatu' dihati saya, sama seperti semasa saya menulisnya dahulu. Waktu itu saya masih bekerja di Kementerian Pendidikan. Tujuan saya menulis ini semata-mata ingin berkongsi "pengalaman"......
Nota ini adalah komunikasi saya dengan teman yang mengetuai Jabatan Kurikulum ketika itu, tahun 1998. Saya bersara dalam tahun 2003. Ia pegawai yang dihormati ramai dan boss-boss sukakan dia. Saya juga hormat padanya dan dia senang dibawa bicara. Maka saya beranikan diri menulis dalam emel ketika itu seperti dibawah ini:
Dear Dr XXX ,
Lately you and I have been swarmed with news on Bill Gates coming to Malaysia on a special mission at the invitation of the Prime Minister. We must congratulate this noble effort to make Malaysia at the forefront in information technology. In the very near future we will be producing "The Bill Gates of Malaysia". We all should support this endeavor and all of us should work hard on it. Over the TV program "GLOBAL" Bill Gates reitriated that in order to achieve our mission our focus must be in the Education System. Nobody can deny that and I am sure we don't need Bill gates to tell us that. Education will decide whether a nation "makes or breaks".
In this same spirit and earnest effort, do you think we are able to produce "The Ibnu Sina of Malaysia" ? When I suggested this to one of our collegue in the Ministry, this is what he said: "Ibnu Sina is one in a million", giving the message that it is impossible to produce one in our system. But I believe: "If there is a will, there is a way". Ibnu Sina became a Hafiz at age seven and he grew up to be a great man in the field of philosophy, mathematics, medcine etc. His knowledge was valid for some hundred of years before other scholars came out with new discoveries and findings.
Pardon me for picking on you to air my feelings. I have written to one of our friends in the Ministry about this and I believe that we can do it if we are willing to change the Education Structure. I outlined to him the alternative structure and asked him to consider it only as an alternative. In other words the structure I suggested need not be implemented nationwide but rather as an option just as we had before for the Vocational Education. This friend of ours did not answer my e mail and said nothing at all when we met.
But Dr. xxx, I am Thick-skinned and now I am trying to get your attention on the same matter. Please hear me out..............
Here it goes....
An alternative education structure is on the next page. This proposal is indeed very far from perfect but we can use it as a base-line for discussion.
You are a Professional man in Curriculum Development and you are the right man to help me.
Age 5 : Introductory kurikulum baru sek rendah + jawi + Muqqadam
Age 10: Tahfiz alQuran + Fardhu Ain + introductory academic subjects.
Age 15: Full Academic subjects (arts + Science) & revision on tahfiz
Age 19: Sijil Pelajaran Malaysia + revision fardhu ain & tahfiz
Age 21: Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia + full fardhu ain & full tahfiz
Age 24 Bachelor Degree Academic & fardhu ain.
The above structure has the following Focus:
"to provide an alternative route to achieve a fully integrated education that ensure excellence and enable an individual to be a prime mover in his field of specialization. This individual will have value laden leadership qualities full of integrity that will chart our nation into greater heights of success in peace and harmony".
In Bahasa Melayu I would like to put it this way:
" memberi laluan alternatif bagi mencapai pendidikan yang lebih sepadu untuk melahirkan individu yang tercemerlang dan mampu menjadi penggerak, pemangkin dan pemimpin masyarakat yang lebih berwibawa dan akhirnya dapat membawa negara kita ke suatu tahap kemajuan yang damai dan sejahtera".
Dear Dr xxx,
Let me give you the rational for this alternative structure. Of course this structure needs further refinement. I may not know all the answers to your questions which I know will arise from the above statement. But together we can explore further and find ways to further validate it. I will describe the rational in Bahasa Melayu as follows:
1. Pendidikan Ilmu Wahyu (revealed devine knowledge) didahulukan daripada ilmu yang dicari (acquired knowledge). Pedegogi ini terbit dari sunnah Rasulullah SAW di mana anak yang baru lahir kita azankan sebelum dia mendengar apa jua yang lain. Ilmu wahyu menjadi benteng dan penerang hati yang memudahkan penerokaan ilmu-ilmu lain. Pedegogi ini juga dapat menjamin ilmu yang diperolehi sepanjang hayat adalah berqualiti dan tidak menyesatkan.
2. Apabila alQuran penuh di dada, ilmu yang lain mudah diterima dan ada 'built-in mechanism' untuk menapis ilmu yang batil.
3. Individu yang dilahirkan oleh sistem ini mampu menyumbang dan sumbangan mereka boleh terpakai untuk bertahun-tahun kerana ada unsur ilmu laduni.
4. Individu keluaran ini juga boleh jadi professional di bidang sains dan tekdologi dan juga lainnya.
5. Individu bergelar alHafiz pada alaf akan datang bukan sahaja berada di Japim, Jakim, dan etc, etc tetapi ia boleh menerajui Institusi Perbankan, Institusi Penyelidikan, Multimedia etc, etc...
6. Sistem pendidikan kita tidak semestinya mengambil contoh Negara membangun sekarang kerana kita punya agenda yang berbeza. Kalau kita tiru "we will only equal them. But we want to be ahead of them".
7. "Brain to Brain we will only equal them. It is Brain to Brain to RUH that we can get the Edge."
8. Individu dari sistem ini boleh mencapai tahap "kales virus. kales radar dan kales apa jua".
Dr xxx,
Seperti juga usaha kita untuk membentuk budaya IT dan melahirkan Bill Gates of Malaysia, kita tidak semestinya berjaya 100%, alternatif yang dicadang ini pun mungkin tidak berjaya sepenuhnya. Tetapi yang lebih penting kita berusaha ke arah itu. Dan individu yang kita bentuk melalui laluan ini akan jauh lebih berwibawa dan berkemampuan. Kita harus mempunyai keyakinan bahawa pembentukan seorang professional dan ulamak "ROLLED INTO ONE" bukanlah suatu yang mustahil. Malahan ini dituntut dan merupakan satu Fardhu kifayah....mungkin juga satu Fardhu Ain.
Mungkin sudah ada satu usaha ke arah ini dilakukan oleh Bahagian Sekolah atau Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, tetapi saya tidak mengetahuinya sebab saya duduk di pinggiran. Duduk di Block E ini saya tidak berada di main stream. Jika sudah ada, tolong maklumkan saya supaya tidak rasa terkilan bila keluar dari Perkhidmatan nanti.
Demikian dulu Dr xxx. Saya minta maaf kalau nampak macam saya "Busy body". Tetapi setelah menulis ini saya rasa lega. Kalau esuk saya mati, saya ada sedikit harapan untuk menjawab.
Thank you for your time. May Allah Bless you.
Sekadar memberi pendapat....
Yang ikhlas,
Ngasobah Seliman,
Setiausaha Bahagian Biasiswa.
24 Mac 1998.
___________________________
Itu yang saya tulis dalam emel saya lebih kurang 15 tahun dahulu. Sayu terasa dihati kerana saya tidak dapat apa-apa respon dari pegawai tersebut.
Entry ini merupak sebuah nostalgia sahaja...
Ketika itu sudah ada sistem yang seperti itu yang dijalankan oleh pihak Swasta yang peka dan prihatin mengenai perjuangan menegakan Kebenaran. Anak saya yang bongsu saya hantar ke Sekolah Rendah Islam Al Amin. Ada beberapa sekolah lain sepertinya. Sekarang sekolah seperti itu sudah bercambah dimerata lokasi di negara kita dalam bentuk yang sedikit berbeza satu sama lain tetapi hampir serupa dalam misi dan visi.
Dalam tahun 2010 saya diajak seorang teman akrab membantu membina sekolah menengah yang berhaluan seperti Impian saya di atas. Ia ditaja oleh adik lelakinya, seorang koporat yang faham tuntutan hidup seorang Muslim. Cuma ia dibina dinegara jiran atas sebab- sebab tertentu.
Saya telah bercerita beberapa kali dalam entry saya sebelum ini. Nama sekolah itu SITUWANGI BOARDING SCHOOL, di Garut, Jawa Barat Indonesia.
Kemudian dalam tahun 2011, Allah temukan saya dengan Pak Hasni, pengasas institusi pendidikan ADNI ISLAMIC SCHOOL yang telah beroperasi lebih 20 tahun. Amat teruja rasa dihati dan teman saya mengajak beliau membantu kami memperbaiki konsep kami di Garut. Beberapa entry telah juga saya tulis sebelum ini dalam usaha mahu mengukuhkan sistem sepadu yang memang dituntut dalam Islam.
Ini Situwangi Boarding School. Sudah lama tidak ke sana. Rasa rindu. Ia diurus oleh teman-teman seperjuangan satu jemaah dalam konsep Pendidikan Islam tanpa sempadan.
Cucu sulung saya, saya hantar ke Adni Islamic School untuk tahun satu dalam usaha saya mahu cuba memastikan legacy generasi keluarga memperkukuh siatem ini berterusan. Atas sebab-sebab logistik, pada tahun dua ia dipindahkan oleh ibunya ke Bangi dan masuk sekolah Sri Ayesha. Sekolah ini agak serupa, Sister school kepada Adni.
Pak Hasni (gambar di atas berbaju putih), yang secara professional di kenali sebagai Professor Hasni telah menubuhkan sistem yang saya "berangan-angan sendirian" selama ini dan telah berjalan lebih 20 tahun. Itu pun katanya ia belum sempurna 100%. Mungkin baru 30%. Tetapi beliau kata yang pentingnya kita mulakan dan kita bina hingga sempurna hari demi hari. Kita usaha, doa dan tawakal. Sistem beliau dikenali dengan nama 'Integrated and Holisti Education System' (IHES), dan paksinya ialah alQuran dan Hadith. (lihat websitenya). Ilmu dan Taqwa asas kejayaan.
Sistem Pak Hasni sudah menunjukan kejayaan dan di Kementerian Pendidikan sekarang pun ia sudah mula menjadi bahan perbualan dan perbincangan.. Pak Hasni memberi tahu saya dan teman-teman dalam team saya bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan sekarang ini telah pun mula berunding dengannya untuk melaksana sistem itu peringkat demi peringkat. Alhamdulilah.
Semoga generasi akan datang dapat memunafaatkannya. Kos Sistem Pendidikan Swasta adalah agak tinggi dan hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang mampu. Yang berpendapatan sederhana rendah seperti anak saya mengikuti sistem ini dengan mengatur semula keutamaan hidup dan membuat banyak pengorbanan untuk tujuan ini. Semoga pihak yang berkuasa benar-benar ikhlas dalam tindakannya keranan sistem ini sudah lama tertinggal "It is long overdue". Tetapi lebih baik lambat dari tidak langsung. "It is better late than never".
Maka saya duduk ditepian berfikir-fikir. Apa pula yang perlu saya buat seterusnya. Dalam umur senja yang lanjut ini saya masih mahu melibatkan diri secara langsung dalam arus membangun pendidikan kanak-kanak. Masakan cukup hanya dengan aktiviti mencari ilmu tanpa ilmu itu diterjemahkan untuk perlasanaan selaras dengan apa yang dituntut oleh Islam. Seorang Ustaz kata: Jangan keliru perbezaan maklumat dan Ilmu. Orang yang berilmu adalah mereka yang menterjemah maklumat dalam pelan tindakan untuk diri dan untuk orang lain. Zikrullah di atas tikar sejadah solat belum mencukupi. Apakah sumbangan kita dalam proses memakmurkan dunia ini.
Pertanyaan ustaz sentiasa bermain diminda walaupun makin hari jasad ini makin rapuh ditelan usia.
Maka suatu hari teman saya mengajak saya membangunkan sebuah institusi pra-sekolah di Tangkak. Bukan pun membina dari mula, hanya perlu memberi nafas baru pada pengisiannya. Rasa teruja dan kini hampir setengah masa saya dihabiskan di Tangkak. Saya ingin ikut nasihat ustaz yang mengatakan : Erti hidup pada memberi.
Ini bangunan pra sekolah SmarTop Subur Fitrah sumbangan ramai orang termasuk teman-teman semasa bekerja dahulu di samping sumbangan keluarga jauh dan dekat.
Saya seronok berada di tempat ini, alhamdulilah, dan selalu saya katakan pada Murobbiah dan staff SmarTop: walaupun sumabangan kita amat sedikit, dan bagi saya ibarat "mengikatkan tali kasut Ibnu Sina ketika kecil," semoga Allah menganugerah ganjaran yang besar dengan RahmatNya semata-mata.
Mohon Kasih Sayang dan Redha Mu ya Rabb.....
.....
No comments:
Post a Comment