Waktu senja di Muara Nelayan
Sungai Menghulu, Langkawi.
Suatu petang di Langkawi kami mengambil masa "bermalas-malasan" meninjau apa lagi yang ada di Langkawi. Adik teman saya yang akan tinggal lama di langkawi memberitahu banyak juga tempat yang tidak terkenal tetapi cantik dari segi keindahan alam yang belum banyak tercemar.
Di muara sungai Menghulu adalah antaranya. Di situ ada gerai-gerai makanan yang kecil menghidangkan makanan tempatan yang istimewa sedapnya.
Untuk pelancung yang lumayan bekalan wangsakunya tempat ini saya rasa bukan pilihannya. Tetapi pelancung yang mahu bersantai sambil mencari ilmu berkaitan kemanusiaan dan mahu melibatkan diri bagaimana mahu mempertingakat kebajikannya, maka tempat ini boleh membuka minda.
Setelah berputar-putar sejam dua, kami sampai di Muara hampir waktu Maghrib kerana kami boleh jama' solat. Gerai pun belum mula perniagaannya. Saya berlegar-legar melihat-lihat keadaan sekeliling.
Di sini tempat penduduk yang berpendapatan rendah saya kira sebab rumah-rumah nampak seperti tidak teratur.
Sayup-sayup kedengaran dari jauh suara azan Maghrib. Di situ seperti tiada surau kerana sunyi sahaja. Saya rakam keindahan senja untuk kenanagan. Cuba menghayati nikmat keindahan Allah kurnia berbagai cara.
Selepas maghrib gerai mula beroperasi. Kami makan Kue Tiew goreng kerang dan udang. Sedap dan quatitinya sepinggan pun mencukupi kenyang seorang dewasa lelaki.
Sebelum ini kami datang sebelah malam selepas solat Isyak dan bersembang lama mencari-cari idea bagaimana kami juga boleh mendapat munafaat dari pembangunan Langkawi yang makin pesat.
Mohon petunjuk Mu ya Rabb dan kurniakanlah
kami kekuatan dan kebijaksanaan
membangun di Langkawi
dalam ruang lingkup mendirikan Kebenaran Mu.
....

No comments:
Post a Comment