"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 13, 2013

Seharian Memancing.....




Teman yang mengajak saya ke Langkawi adalah peminat memancing, suami isteri sama sahaja. Dari kecil mereka suka memancing. 

Kembara ke Pulau Payar dan pulau-pulau dipesekitaran   di gabung dengan pakej "Exotic Fishing Trip" untuk melihat kesesuaian dan keberkesanan.  Anak saya Azrul rasa teruja kerana mendapat peluang yang jarang diikuti. Saya ikut sahaja. Kembara dengan anak yang sentiasa sibuk bekerja menjalin ikatan kasih keluarga yang tidak akan saya lupa. Kembara ini pun ditaja olehnya termasuk membeli barang-barang kesukaan saya. Suami dan saya rasa di manja......



Memancing di lautan terbuka adalah pengalaman baru bagi saya. Saya pernah ikut teman-teman memancing tidak jauh dari Port Kelang suatu masa muda dahulu  (akhir tahun tujuh-puluhan), dan itulah kali pertama dan terakhir. Berayun-ayun bot di atas air waktu malam bukan kesukaan saya.



Kapten bot menunjuk cara memancing di laut yang agak dalam. Saya rasa kurang selesa di hayun ombak. Ada kalanya amat tidak selesa. Namun saya dengari juga tunjuk ajar kapten seolah-olah mahu menandingi teman-teman yang sudah biasa memancing ditengah laut. Teringat sifat anak-anak kecil....mana mahu kalah !

Teman saya menjanjikan hadiah melancung percuma ke Langkawi di musim cuti sekolah bagi sesiapa yang dapat ikan duluan. Anak saya Azrul senyum lebar....Mana tahu, 'first time lucky'....

Aa Ha ! Yang dapat ikan duluan adalah adik teman saya yang memang bertugas dengan syrikat pelancungnya di Langkawi. 'Disqualified....'  Semua gelak. Masih ada peluang untuk menang...

Tetapi tidak ada ikan yang besar yang memakan umpan udang hidup yang telah disediakan awal pagi lagi, enam kilo kesemuanya. Hingga habis umapan tidak ada ikan besar. Hanya yang kecil-kecil sahaja...

Tetapi saya rasa seronok melihat teman-teman seronok. Walaupun ikan kecil, mereka yang dapat ikan terus mencuba lagi.







Saya mencuba juga,.....tanpa hasil. Agaknya sebab tidak memancing dari hati. Hanya ikut-ikutan....

Kemudian kapten membuat keputusan  berubah tempat di kawasan yang terselindung pulau kerana di lautan terbuka cuaca amat panas. Ikan besar pun melarikan diri. Ikan yang di atas itu dapat dipancing oleh suami teman saya. Sangat teruja kerana itu sahaja yang melekat dipancingnya. (lihat gambar dibawah ini).




Di lokasi baru saya melihat sahaja gelagat peminat-peminat mancing. Ada yang sanggup tunduk lama-lama untuk memastikan cara ia menghulurkan pancing itu betul supaya mengena.  Ada yang melemparkan umpan jauh dari sisi bot. Ada yang mengumpan dengan udang saiz besar. Anak saya mencuba di 'lubuk' yang sama tetapi tidak menjadi juga. Penat berdiri, ia duduk......tapi masih tidak berjaya.



Yang tidak disangka-sangka, dapat pula. Umpan pancing anak saya dimakan ikan dan di tarik ke celah-celah batu di dasar laut. Tidak nampak dari paras muka laut. Maka ia tarik kuat-kuat dengan sangkaan ia dapat ikan. Rupanya bukan ikan tetapi koral yang patah dan sangkut dimata kail. 

Saya yang teruja kerana ia cantik dan saya bawa pulang untuk saya letak dalam akuarium ikan-ikan kecil di rumah saya.


Setelah penat dan waktu pun sudah agak lewat kami pun pulang. Di bawah ini habuan pada hari itu.


Alhamdulilah. Syukur atas segala nikmat. Yang tidak minat memancing  (termasuk suami saya) tidur sahaja atau duduk merenong jauh-jauh. Saya cadangkan pada teman saya agar lain kali bekalan air dan makanan diedar pada ahli  yang tidak giat memancing supaya dapat mereka menyibukan diri bersembang dan makan.

Malam itu kami makan nasi dengan ikan yang digoreng .


Keesukan harinya teman saya mengaturkan lagi satu sessi memancing. Saya dan suami tidak ikut. Kali ini dapat ikan besar, barakuda dengan cara trolling. Hari semalam tidak ada habuan walaupun cara trolling. Rezki Allah tentukan. Tengah hari itu kami makan ikan yang digoreng dan dimasak asam pedas. Pada lewat petang kami terbang pulang ke Kuala Lumpur.
Alhamdulilah. 

Bukan sebarang orang ada kesabaran memancing. Saya tiada sifat kesabaran itu dan rasa agak gelisah mahu cepat pulang. Tetapi saya tidak pula mahu merosakan keseronokan ahli yang lain. Maka saya naik keatas dek bot mengambil angin melihat lautan yang luas terbentang. MasyaAllah. 
Rasa amat kerdil.... 


Dalam perjalanan pulang saya bertanya pada suami saya sama ada ia setuju bahawa memancing itu suatu acara sukan atau rekreasi yang boleh dikatakan membazir masa. Katanya kekadang satu malam pun tak dapat seekor ikan.

Pastinya pendapat ini tidak tepat.
Bila hati sudah suka, semuanya  indah sahaja...

Maka kita betulkan nowaitu kita dalam membuat sesuatu. Allah maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi dan Allah maha bijaksana dalam membuat apa jua ketentuan.
Mohon petunjuk Mu ya Rabb....

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails