Perubatan Tradisional Cina menjadi sebahagian dari faedah saya dan suami dalam program kembara ke Pulau Payar Marine Park, Langkawi baru-baru ini. Syarikat pelancungan itu ada persefahamn dengan pengusaha perubatan tradisional cina di Bandar Kuah untuk saling memperkenalkan pelanggan. Suami dan saya mengambil kesempatan ini dan Alhamdulilah saya berpuas hati mencubanya.
Mula-mula ia melihat melalui cara "mengurut" dengan siku dan jejari di bahagia badan terutamanya ditulang belakang, untuk mengdiagnos apa masaalah kesihatan yang dialami. Rasanya amat sakit. Betul-betul amat sakit. Saya menangis menahan kesakitan. Jerit kesakitan dapat di dengar di luar bilik rawatan dan seorang teman saya rasa takut hendak mencuba. Kalau diurut sudah tidak tahan sakit, bagaimana agaknya kesakitan orang-orang yang didera dalam penjara oleh mereka yang zalim. Maka itulah saya tidak menjadi aktivis. Takut diseksa....apalah.....
Itulah saya kagum dengan mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak takut luka hingga ketulang belulang. Semoga saya jadi berani. Semoga Allah meredhai.
Tetapi suami saya steady sahaja.
Hanya Uungh...Engh...sikit sahaja. Agaknya dia boleh tahan didera. Senyum lebar dia,....macam percaya tak percaya......
Tetapi lepas diurut, badan rasa lega.
Saya mengadu sakit lutut dan setelah diurut bahagian lutut, juga sangat sakit, saya diberi rawatan accu-puncture 4 jarum kanan dan kiri. Alhamdulilah, sekarang ini ada sedikit perubahan. Saya dapati lebih mudah untuk turun naik tangga dan duduk bangun bersolat. Semoga semakin hari semakin bertambah baik melalui ramuan ubat serbuk yang dibekalkan termasuk bahan ginseng. Katanya masaalah saya kerana terlalu banyak makan ubat-ubatan yang ada komponen dadah.
Saya mengerutkan muka.......apakan daya.
Dia memandang muka saya seolah-olah bertanya: 'apa ? ....tidak percaya ?....
Saya senyum tawar....
Ramuan yang diberi adalah untuk membantu pengaliran darah di badan dan untuk membuang angin yang terselit-selit di celah-celah tulang.
Kita hanya mampu berikhtiar. Allah yang menyembuhkan.
Anak saya yang sakit tulang belakang pun mencuba juga. Sakit tulang belakangnya suatu yang kronik dan semoga ada jodoh keserasian ubat-ubatan tradsional cina itu.
Doktor ini seronok merawat kami kerana ia tidak menyangka ada pelanggan keturunan Melayu yang berminat dan sungguh-sungguh mahu mencuba.
Semoga Allah anugerah sihat demi meneruskan tugas yang belum selesai membantu meningkatkan kebajikan kemanusiaan.
Mohon pertolongan Mu ya Rabb....
....
No comments:
Post a Comment