"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, November 26, 2013

Jika semua Pintu ditutup, ....Keluar ikut Tingkap.




Ini prisip hidup yang telah lama saya pelajari dari bijak pandai. Kadang-kadang terlaksana, kadang-kadang terkandas.........

Ada teman-teman senior semasa dulu yang pernah kata:...jangan kerja lurus bendul. Lihat kiri kanan. Ada banyak cara untuk selesai sesuatu masaalah. 


Tetapi dalam realiti hidup, kita sering terperangkap. Jika pintu ditutup, dan ditutup serta merta, dan ditutup rapat-rapat,  kita mudah  panik, kebingungan dan kadang-kadang tersungkur ketakutan. Langsung tidak teringat cari tingkap untuk keluar...


Kebelakangan ini saya terbaca dan membaca persoalan ketertinggalan orang-orang keturunan Melayu di negara sendiri. Di Penang katanya orang Melayu hampir pupus, tidak lagi kedengaran gah bahasa Melayu dituturkan. Ada orang yang memperkatakan  di seluruh negara anak-anak Melayu yang berkelulusan tinggi pun ramai yang menganggur, atau bekerja  tetapi dalam jawatan dan bidang yang bukan diminat sepenuhnya.


Tidak kurang yang berlaku di sekeliling kita. Senario bincang-bincang atau cakap-cakap di majlis-majlis tidak rasmi, di kedai-kedai makan pagi, di sudut-sudut masjid sepi dan berbagai tempat lagi, orang berkumpul merungut betapa kini pengaruh orang Melayu sudah berkurangan. Bukan sahaja berkurangan tetapi sudah tidak dilihat sebagai bangsa yang harus disegani dan dihormati.


Alangkah malangnya jika tanggapan ini benar. Dan alangkah menakutkan jika ini bererti juga bahawa kedudukan Melayu Islam sudah merudum ketahap yang amat membimbangkan...


Ada diantara kita yang serta merta  menuding jari dan mendakwa siapa yang bersalah. Ada yang senyap dan melihat. Ada juga yang berdiri membela keadaan. 


Berbagai......

Tetapi bukan tujuan saya untuk masuk berbicara dalam kontroversi ini secara langsung. Saya hanya ingin bicara sedikit dari aspek kelemahan orang Melayu dalam mengauasai bahasa Inggeris, terutamanya generasi yang lahir tahun awal enam-puluhan dan seterusnya hingga kini. Ramai yang percaya bahawa ini menjadi asbab anak-anak Melayu yang lemah dalam bahasa Inggeris tidak mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kepintarannya dalam sebjek yang lain. Bahasa Inggeris menjadi pengukur kebolehan seseorang dalam sesuatu pekerjaan. Ia menjadi petanda aras kecekapan mengendali sesuatu tugasan.


Saya berpandangan bahawa untuk berjaya dalam bidang apa sekalipun, kita di alaf ini harus mahir dalam bahasa asing terutamanya Inggeris. Kalau dalam dua tiga bahasa lain, itu lebih baik lagi. Kementerian Pendidikan pun telah lama menawarkan bahasa Perancis , German, Arab dan kini Mandarin sebagai langkah mahu berjaya dalam persaingan  persada Antarabangsa. Saya sendiri berpandangan bahawa kita tidak perlu taksub dengan Bahasa Melayu  hingga kita lebih sanggup tertinggal di belakang dalam persaingan ekonomi dan teknologi semata-mata kerana kita mahu  mendaulatkan Bahasa Melayu. Kalau tidak ada Bahasa Melayu maka Bangsa Melayu akan hilang di dunia ? Ini fakta yang sering menakutkan ramai yang kuat sentimen Melayunya. Apa agaknya kata pembaca budiman................


Saya seorang 'survivorlist'.  Tidak sangat kecewa hilang bahasa dan budaya Jawa legacy emak dan bapak saya. Saya redha asal sahaja pegangan pada Islam tidak luntur.


Namun saya yakin dan percaya bahawa sebenarnya keduanya ini (Bahasa Inggeris dan Bahasa dan Budaya Melayu) boleh maju serentak jika kita tidak terlalu berfikiran satu hala dan  kita mahu buka minda seluasnya.. Kita selalu kata bermacam-macam mengenai berfikir di luar kotak, berfikir 360 darjah, 'wholebrain thinking' dan berbagai lagi. Tetapi kenapa dan mengapa bila bercakap hal mendaulatkan Bahasa Melayu kita masih berfikiran kurang sempurna. 


Maaf jika saya bebicara semacam saya tidak sayang Bahasa Melayu. Saya sayang walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa Ibunda saya. 


Untuk mendaulatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan beperanan paling penting. Dan kita ada cara menanganni masaalah ini dalam konteks menyusun semula keutamaan objektif Kementerian Pendidikan dalam melaksana misi dan visi Nasionalnya.


Semasa perbincangan melaksana dasar mengajar Sains dan Maths dalam bahasa Inggeris, Kementerian tidak serious berfikiran panjang. Jika Kementerian mahu melaksana serta merta tanpa mengubah variables yang lain maka sudah pasti ia akan gagal. Kekurang guru yang boleh berbahasa Inggeris diselesaikan dengan kursus jangka pendek yang sememangnya tidak mencukupi. Tuition time untuk mata pelajaran tidak ditambah. Kalau sekolah bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang, tidak ada perbincangan serious bagaimana ini boleh di panjangkan supaya waktu mengajar maths dan sains boleh ditambah, sekurang-kurangnya dalam waktu yang singakt ketika itu. Ia tidak boleh di panjangkan kerana  sekolah dua sessi memerlukan bilik-bilik darjah selepas jam 1.00 tengah hari.


Semasa dasar ini dilaksana di sekolah aliran Cina, mereka menambah  masa pengajaran dalam bahasa Mandarin diluar masa rasmi  supaya anak-anak yang kurang faham dalam bahasa Inggeris dapat mengulangnya dalam bahasa yang mereka selesa. Tetapi di Sekolah Kebangsaan strategy ini tidak ada. Mereka hanya menddapat penerangan dengan bahasa Melayu dalam ruang masa yang sama. Mana mungkin...


Maka akhirnya di Sekolah Kebangsaan ibarat kata pepatah YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG KECIRCIRAN. Hal ini tidak berlaku pada Sekolah beraliran Cina. Mereka sudah menjangaka masaalah ini dan sebab itu dari mulanya pun mereka tidak gemar mahu melaksana dasar ini dengan serta merta. Tetapi dengan strategi dua kali mengajar, iaitu dengan bahasa Inggeris dan kemudian dengan bahasa Mandrin, kemajuan anak-anak tidak terjejas.


Tetapi sebenarnya  jika kita mahu berfikiran panjang, ALL IS NOT LOSS. Iaitu tiada yang rugi jika kerajaan sanggup membina banyak lagi sekolah dan bilik darjah dan melatih ramai lagi guru fasih berbahasa Inggeris supaya dasar ini boleh berjaya. Mesti ada 'political will' untuk tujuan ini. Mereka yang dipuncak kuasa kepimpinan dalam Kerajaan harus ikhlas dalam hasrat mahu orang Melayu berjaya. Bukan sekadar melepas batuk ditangga.


Kita semua tahu Malaysia negara membangun yang amat kaya dalam hasil mahsulnya. Maka kalau serious untuk kejayaan generasi akan datang, maka laksanakan dasar ini dengan perancangan yang rapi. Tetapi bukan cara mendadak.........


BUKAN CARA MENDADAK.

Sepuluh tahun telah berlalu sejak saya bersara, dan Perunding telah diminta menjana "BLUE PRINT" kementerian Pendidikan, (rasanya hingga thaun 2025), maka tidakkah perkara ini dimasukan dalam Blue Print itu. Maka itulah ramai Pencinta Pendidikan di luar sistem mengatakan bahawa Perunding hanya memperakukan "MORE OF THE SAME". 


Pegawai Kerajaan semacam "takut" mahu memberi pendapat dengan terus terang. Ramai yang bincang-bincang di belakang dan di sampingan sahaja. Pasti gagal....Tidak ada kena mengena dengan tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu.  Kedua-duanya boleh jalan serentak dengan tambahan masa pengajaran.(additional tuition time). Tambah bilik-bilik darjah dan tambah bilangan guru yang cukup fasih berbahasa Inggeris supaya sekolah boleh befungsi satu sessi sahaja tanpa menjejas pendidikan sepadu agama dan moral.


Malaysia negara kaya, maka Malaysia memang boleh. MALAYSIA BOLEH.... (period.). Asal sahaja kekayaan kita tidak tiris......


Seperti apa yang saya alami dahulu ketika kerja, ramai Pegawai kerajaan (termasuk saya) kadang-kadang  sudah tidak nampak tingkap. Kalau nampak pun tingkap-tingkap ramai yang takut mendekati tingkap itu.......Ikut sahaja meluru ke Pintu walau pun pintu itu sempit....


Saya sering rasa mengah berseorangan.....

Sekarang saya mengah juga memikirkan betapa kita telah terperangkap dalam dasar mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Akhirnya orang-orang keturunan Cina fasih bahasa Melayu dan fasih bahasa Cina (Mandrin). Orang Melayu terpinga-pinga dikalangan mereka dan terkulat-kulat dalam majlis mereka.


Di mana silapnya ya ?

Pasti ada jalan keluar kalau kita tidak taksub dengan satu-satu aspek dalam hal Bahasa dan Budaya. 

Mungkin kita tidak perlu cari tingkap.....kita pecahkan sahaja pintu-pintu yang ditutup...

Mohon pertolongan Mu Yaa Rabb...
Semoga orang  Melayu Islam tidak perlu mencemar Duli di Bumi sendiri.

Semoga Allah Meredhai di hujung perjalanan ini.....

......

2 comments:

Al-Manar said...

Terlampau taksub kepada Bahasa Melayu hinggakan tidak dapat membizakan keperluan bahasa Inggeris untuk persaingan dengan negara lain dalam kemajuan negara dengan kemajuan bahasa Mrrlayu untuk terus maju seperti bahsa bahasa lain dinunia termasuk China dan Jepun.

Sewaktu saya belajar di UK dalam pertengahan tahun 1950an tidak ada seorangpun yang datang dari negeri Jepun dan China. Padahal universiti saya belajar mempunyai penuntut dari 52 buah negara. Saya tahu kerana saya dilantik menjadi secretary kelab antara bangsa. Tetapi untuk memajukan negara mereka dalam bidang technical mereka mula menghantar murid murid ke sana untuk mempelajari apa yang mereka kurang kerana ketiadaan kepakaran dalam bahasa Inggeris. Sekarang kedua dua negara itu telah setanding barat tetapi bahasa ibunda mereka tetap didaulatkan.

Kita takut. Pada masa yang sama kamus DBP sudah dipenuhi perkataan yang di rojakkan dari bahasa Inggeris. Kita sudah ketepikan bahasa yang berunsurkan Arab atau WQuranic langguage. Penyingkiran tulisan jawi sudah menyebabkan lidah anak Melayu keras menmbaca Quran dengan lafaz yang baik. Lenyap sudah sebutan ijaan yang di hilangkan kan dari ijaan baru Melayu. Z dalam Zahir dan Zaman tidak serupa. A dalam Alam/Alamat tidak sama dengan yang didalam Ambil dan Anak. Kita tidak sedar yang kita sudah mula membawa Bahasa Melayu kekubur.

Ini cuma pandangan saya yang tiada kepakaran dalam bahasa Melayu.


ngasobahseliman said...

Salam Pak Almanar. Terima kasih singgah dan beri pandangan.
Saya lebih suka Melayu Islam berjaya dal semua bidang hingga kita menjadi bangsa yang disegani dan digeruni di Dunia. Maka bahasa asing menjadi trust dan bahasa Inggeris mennjadi pemangkin. Dalam keluarga besar saya selalu sahaja menggalakan peringkat anak-cucu supaya mengambil perhatian dan ingatan bahawa bahasa asing itu amat penting terutamanya Bahasa alQuran dan bahasa Arab tempatan. Selain dari belajar subject teknikal, saya berdoa semoga ada yang minat di bidang journalism dan menguasai berbagai bahasa. Ini salah satu jalan menguasai ilmu dan menyebarkan ilmu. Knowledge is Power, maka mengapa kita taksub dengan hanya bahasa Melayu.
Namun kementerian pendidikan mungkin mahu menukar sedikit strategi dengan mengajar juga subjek lain dalam bahasa Inggeris. Contohnya subjek sejarah. Sebab saya berpandangan untuk terus menguasai ilmu teknikal dengan bahasa asing tanpa back up dengan strategi sokongan ia agaak sulit bagi kumpulan pelajar yang kurang pendedahan dengan bahasa Inggeris.
Sebenarnya para perancang dan ppelaksana dasar harus lebih telus dan tulus dan pihak kepimpinan yang mempunya kuasa harus tidak terburu-baru mahu melihat kejayaan semasa mereka berkuasa.
ROME WAS NOT BUILT IN A DAY...
waAllahua'lam.

Related Posts with Thumbnails