Saya tiga beranak kembara ke Langkawi dari 2-5 Nov kali ini sebagai sokongan moral untuk teman menilai pakej pelancongan yang sedang di rangka oleh syarikat pelancungannya untuk Tahun melawat Malaysia 2014.
Antara acara kembara ialah pergi ke Pulau Payar. Ia menjadi sebahagian dari projek Langkawi Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO. Tidak pernah saya tahu mengenai Langkawi Geopark ini walaupun sudah beberapa kali ke Langkawi.
Rasa tertinggal. Rasa malu juga.....
Maka saya jadikan ini satu pengalaman yang mencabar, iaitu menaiki bot laju ke daerah ini dalam umur senja sebegini....
Ini merupakan pakej cubaan, maka kami hanya meninjau sepintas lalu sahaja. Pakej ini di gabungkan dengan pakej "Exotic Fishing Trip" yang juga sedang dirangka untuk memenuhi citarasa berekreasi golongan yang suka memancing.
Saya seperti bertatih masuk ke dalam bot yang bergoyang dalam air laut yang beromabak kecil. Saya meyakinkan diri saya masih boleh aktif dan menyusun tempat duduk untuk memulakan kembara.
Bot meluncur laju dan perjalanan lebih kurang satu jam
boleh membuat kita mabuk laut kerana ombak kuat dan
badan rasa terhentak-hentak. Saya telah makan ubat tahan mabuk maka keadaan diri amat selesa dari segi kesihatan. Alhamdulilah.
Mula-mula saya rasakan tempat duduk seperti tidak stabil dan ada juga rasa khuatir jika berlaku kemalangan sebab kami jauh dari daratan. Saya bertawakal dan
berterusan berdoa semoga Allah memudahkan.
berterusan berdoa semoga Allah memudahkan.
Ada ketikanya kami tidak nampak daratan. Ia hanya samar-samar sahaja jauh di hujung dunia. Sepertinya begitu. Saya tidak dapat merakam foto bila bot terlalu laju dan saya harus berpegang pada tepi bot supaya tidak terpelanting. Ada ahli kumpulan yang duduk di bawah lantai bot dan beberapa orang merasai mabuk laut walaupun sudah makan ubat sebelum bertolak. Saya hanya dapat merakamkan beberapa shots sahaja sebagai kenangan.
Setelah sejam bergelut dengan ombak kami mula menghampiri Pulau Payar.
Ia dikenali sebagai Pulau Payar Marine Park dalam pakej pelancungan. Kami tidak singgah kerana ada beberapa prosidur yang tidak sempat dibuat oleh teman saya. Maka kami hanya berhenti dan melihat dari jauh aktiviti yang nampak berlaku di Pulau Payar itu. Boleh snorkling dan boleh diving. Airnya jernih. Tetapi saya rasa air di Pulau Redang lagi jernih.
Ia dikenali sebagai Pulau Payar Marine Park dalam pakej pelancungan. Kami tidak singgah kerana ada beberapa prosidur yang tidak sempat dibuat oleh teman saya. Maka kami hanya berhenti dan melihat dari jauh aktiviti yang nampak berlaku di Pulau Payar itu. Boleh snorkling dan boleh diving. Airnya jernih. Tetapi saya rasa air di Pulau Redang lagi jernih.
Aktiviti snorkling oleh kumpulan pelancung
Jetty tempat mendarat
Antara bot pelancung yang menghampiri jetty untuk mendarat. Katanya pakej untuk ke sana kosnya tinggi. Ia melebihi rm150 seorang. Inilah yang sedang dikaji oleh teman saya.
Kemudian kami beredar ke arah lain untuk memancing. Kami pergi ketengah laut sejauh dua setengah kilometer melepasi boundry Marine Park yang dilarang untuk memancing. Kehidupan Laut di situ terpelihara.
Dalam perjalanan menghala ke tengah laut suami saya tiada masaalah duduk dalam bot laju. Dia tidak perlu makan ubat.
Kami ditemani sebuat bot agak kecil yang juga cuba memancing. Tidak berapa ada ikan di situ mungkin kerana salah musim. Inilah antara faktor dalam pakej kembara yang pihak syarikat harus memperolehi maklumat yang lebih tepat.
Kemudian kami beredar ke pulau lain. (Lupa namanya). Kami bersantai di situ. Sebelum ke situ kami membeli ikan dari nelayan untuk di masak makan tengah hari. Hati budi kaum nelayan Melayu amat tinggi. Nelayan ini gandingan usaha suami isteri dan hanya mengenakan bayaran rm15 ringgit untuk berbagai ikan kecil dan besar dan beberapa ekor ketam.
Kami tidak sampai hati dan beberapa ahli kami memberi infak tambahan yang agak lumayan. Alhamdulilah. "Erti hidup pada memberi". Allah memberi peluang untuk berbakti di tengah lautan. Anak saya Azrul rasa amat teruja dengan pengalaman ini.
Suami dan anak saya mengambil kesempatan bermandian di pantai yang hanya ahli kami sahaja yang berada di situ.
Seperti pulau dan pantai ini kami yang punya. Ketua kumpulan kami mengetuai solat di pantai. Dalam kembara, solat tetap solat. Saya miss ambil foto. Tujuan sampingan kami ialah untuk mendidik anak remaja yang bersama kami supaya sentiasa mengambil berat tanggongjawab syar'ie. Wudhu air laut dan solat dalam berpakaian mandi yang basah. Yang penting tutup aurat.
Sememangnya menjadi tujuan ketua kumpulan untuk menjadikan kembara ini suatu yang unik. Ia dan teman saya sedang memikirkan bagaimana manhaj hidup berterusan walaupun terapung-apung di tengah lautan. Saya rasa mereka akan menyisipkan program tazkirah ringan selaras dengan tujuan kembara dan tujuan musafir dalam hidup seorang Muslim. Mereka mahu pakej ini berlainan corak dan dapat menyentuh hati-hati ahli kumpulan dan dapat merasai kaitan kembara dan aqidah. Jika ada pelancung asing yang bersama maka strategy "soft dakwah" akan diolah mengikut keadaan dan kesesuaian supaya tidak tercemar nama baik Islam dan orang Islam.
Semoga semua ahli tidak lalai dari mengingati Allah.
Kemudian kami beredar pulang dan sampai di jeti hampir jam 5 petang untuk membolehkan ahli tempatan solat 'Asar.
Dalam perjalanan pulang ombak tidak besar dan rasa nyaman menaiki bot hingga sampai di jeti yang berhampiran dengan Pantai Chenang.
Nanti saya akan cerita pula episod memancing ikan. Sampai di sini dahulu. Semoga kembara ini membuat semua ahli lebih menghargai keindahan alam ciptaan Allah dan berusaha memeliharanya untuk warisan generasi akan datang.
Alhamdulilah. Allahuakbar.
......
2 comments:
Assalamu'alaikum Kak Sobah.
Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan kesihatan yang baik..aamiin
Teruja melihat aktiviti kak pada setiap N3, saya membacanya tetapi tidak menurunkan komen.
Alhamdulillah masih boleh menaiki bot walaupun terpaksa mengambil ubat.
Pengalaman saya kali terakhir naik bot sebegini ialah pada tahun 2001. Memang terumbang ambing juga di atas permukaan laut dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian. Pada masa itu belum lagi sakit pinggang. Saya suka dengan laut, bila berkesempatan ke laut saya selalunya tak melepaskan peluang.
Kini bila sakit pinggang tak dapatlah lagi naik bot kecil seperti ini namun bot besar ke Pangkor telah dicuba alhamdulillah.
Salam Werdah. Tq singgah. Alhamdulilah Werdah sihat. Kadang-kadang kalau lama tak dengar tertanya-tanya jugak. Tak ape. Kita semua gitu.Sibuk selalu. Lagi umur meningkat rasa waktu makin singkat dan berlalu cepat. Sama-sama kita doa semoga Allah kurnia sejahtera walau di mana kita berada.
Post a Comment