"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 11, 2013

Murobbiah SmarTop...


Terlalu cepat waktu berlalu. Saya sayu.

Tahun hadapan belum tentu umur ini kesampaian untuk melihat kemajuan yang kami bina seperti menenun kain....sehari sehelai benang. Semoga nanti  lambat laun ia akan jadi kain jua.

Saya sayang Tadika ini.

Maka saya rakam gambar kenangan. 
Para Murobbiah tersayang....



9 Nov 2013 Hari Ihtifal.
Sejarah bagi sekolah Tadika sepadu di Tangkak yang menghadapi berbagai cabaran. 

Sering saya senyum sendirian teringatkan cabaran yang menguji rasa hati.






Harapan tahun hadapan tetap tinggi, setinggi Gunung Ledang kalaupun bukan Gunung Kinabalu. Pihak pengurusan terpaksa menaikan bayaran yuran keseluruhan kerana kos pengendalian makin naik terutamanya bahan bekalan makanan dan lain-lain peralatan. SmarTop tidak mengambil sebarang keuntungan dan mengendali Tadika semata-mata kerana ingin memberi Pendidikan pengukuhan dari segi menyantuni  akhlak. Keterampilan membaca , menulis dan mengira itu sememangnya tidak dapat dinafikan tetapi kami ingin keterampilan itu disepadukan  dengan pembangunan akhlak mulia. 

Mohon doa semua....




Ini sijil yang kami sampaikan pada Hari Ihtifal. Semoga dewasa nanti SmarTop menjadi kenangan abadi.

Gambar di bawah saya rakam para murobbiah bertemu bicara dengan ibu bapa tentang kemajuan anak-anak di Tadika. 
Ini proses biasa di semua Tadika. Tetapi saya melihat proses ini dengan rasa sayu juga. Pertamanya saya tidak pernah melalui sistem pendidikan Taska atau Tadika. Saya teringat emak saya  menggendong saya sambil menoreh getah mencari sesuap nasi. Pastinya saya anak kecil yang banyak karenah. 

Itu didikan survival hidup yang saya belajar tanpa saya sedari. Akhlak terbina melalui contoh-contoh dalam keluarga hinggalah saya bersekolah rendah....
Sekarang saya sentiasa meyakini dan merasai bahawa Allah itu maha adil, maha bijaksana dan maha mengasihani. Alhamdulilah, kesyukuran yang amat sangat...Semoga Rahmatnya berpanjangan.






Bandar tangkak adalah asalnya sebuah Kampung Baru semasa Parti Komunis cuba menjatuhkan kerajaan. Maka struktur penduduk amat mencerminkan masyarakat 1 Malaysia. Maka dari segi pendidikan, SmarTop cuba menggabungkan keserasian antara kaum melalui mata pelajaran bahasa Mandarin dan ketika Acara Rumah Terbuka Eid Fitri kami menjemput jira tetangga yang berketurunan Cina. Ini langkah 'soft dakwah' yang kami cuba terapkan. Semoga Allah melihatnya sebagai amal soleh. Ini satu langkah kecil ke arah membina tamadun dalam ruang linkup paradigma Tauhid. Semoga Allah meredhai. 
 Ameen ya Rabb...

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails