9 November........
Sudah jam 8.00 pagi tetapi baru sedikit bilangan kasut yang saya lihat di hadapan pintu kelas Tadika SmarTop......agak cemas rasa kalau-kalau tidak ramai yang datang untuk majlis Ihtifal bagi akhir tahun 2013.
Namun kasut dan selipar yang biasa-biasa ini juga membuat hati saya riang dan teruja kerana sudah sampai hari dan waktunya untuk menunjukan pada ibu-bapa kebolehan anak- anak setelah hampir setahun berusaha membina potensi diri mereka yang berbagai rupa dan tahap yang berbeza.
Ooops...tak perlu lama saya menunggu, mereka telah bersedia |
Ibu bapa juga sudah seperti tidak sabar menanti upacara....
Di bawah ini sebahagian dari acara....mengucap Syahadah dalam 4 bahasa, iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan Mandarin.
Acara lain ialah nayanian nyasyid dan lagu negara ku. Ringkas sahaja tetapi ia membawa erti yang besar bagi saya secara peribadi kerana di Daerah Tangkak tidak mudah mendapatkan guru yang sesuai dan berkualiti. Alhamdulilah, impian sudah mula menjadi kenyataan. Namun kami menyedari bahawa perjalanan masih jauh dan usaha yang gigih masih diperlukan.
Usaha ini bukan mudah bagi saya yang sudah hampir 67 tahun. Peranan saya kecil sahaja tetapi dalam usia yang ada ini ia cepat memenatkan
Ya, saya rasa penat.... sering penat.
Tetapi ia menyeronokan.Dalam kesibukan turun naik hospital membantu mengurus cucu yang baru lahir dengan jaundice yang berpanjangan, Allah masih bagi saya ruang untuk berkejaran ke Tangkak untuk memastikan semua berjalan lancar. Bayaran gaji untuk bulan Oktober sedikit kekurangan dan rasa agak kerisauan. Alhamdulilah. Bersangka baik dan Allah membantu. Kesyukuran terhadap Allah yang tidak terhingga. Seorang teman dari tingkatan enam yakin pada perjuangan kami dan dengan mudah ia membantu.Semoga Allah menganugerah rahmatNya yang tidak terhingga.
Waktu itu sempat juga kami adakan majlis mengucapkan terima kasih pada guru Mandarin kami yang berhenti kerana mendapat kerja tetap sebagai Pharmacist.

Guru Mandarin itu Teacher Leng namanya. Kami hadiahkan sebuah terjemahan alQuran - The Miracle 15 in 1.Kami maklumkan juga serba ringkas isi kandungan Kitab itu dan bercerita juga beberapa personality terkenal dunia yang telah memeluk Islam. Ia nampak positif dan kami mengharapkan kerja dakwah yang sekecil ini Allah terima sebagai amal soleh. Kini negara China dipercayai akan mendahului Amerika Syarikat. Tujuan kami memperkenalkan mandarin hanyalah untuk membuka minda anak-anak supaya mereka tahu adanya Bahasa Mandarin yang mungkin suatu hari nanti ada yang berminat mempelajarinya.
Kita tidak lagi mahu ketinggalan.
Dalam pada itu rakan kuat di Tadika SmarTop mengajak saya ke Langkawi membantunya meneroka peluang mencari dana melalui program pelancungan. Tidak pernah terfikir untuk menerokai bidang ini tetapi saya bersetuju untuk memberi feedback dalam program Exotic Fishing Trip yang dikendalai oleh Ajen Pelancongan Indra Travel yang dipunyai oleh adiknya.
Maka berkejaran pula saya dan suami bersama seorang anak ke Langkawi minggu lepas selama 5 hari bagi tujuan ini. Semua ini membuat saya kepenatan. Nanti saya ceritakan episod menjadi bahan kajian pelancongan di lain entry.
Di sini saya catat sedikit aktiviti memilih makanan dan tempat makan dan kami diminta memberi penilaian. Menilai bukan suatu tugas yang mudah. Terutamanya apabila kita kena memikirkan juga citarasa pelancong luar negara. Tahun 2014 adalah tahun melawat Malaysia. Maka saya dan suami cuba membantu sewajarnya.

Kita jumpa di Langkawi.....
Semoga ia bermunafaat dan Allah meredhai.
....
No comments:
Post a Comment