"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, August 20, 2014

Rumah tak siap tak ape...asalkan diri siap.







Petang kelmarin kami bercerita-cerita dan sembang  santai tentang jiran baru dan jiran lama dan rumah baru dan rumah lama  di kampung Tunku tempat kami tinggal. Suami dan saya senyum lebar bila bercerita tentang rumah kerana rumah kami belum sempurna terbina hinggalah kini. Ada sahaja yang belum mencukupi.....termasuk kemudahan asas.

Kami menjalani hidup seadanya.

Semalam jiran di belakang rumah minta kami tebang pokok yang berhampiran sempadan supaya daun-daun kering tidak mengotori rumahnya. Kami setuju. Dahulu pun kami sudah tebang dua pohon mangga. Sekarang kami  hanya tebang dahan yang besar-besar sahaja.

Adat berjiran....

Jangan banyak cerita. Buat sahaja semoga erat semangat kejiranan. 



Ini rumah kami yang tidak siap sepenuhnya hingga kini. Bila bercerita tentang rumah, saya akan teringat jiran saya yang kini sudah pulang ke Rahmatullah. Ustazah Fatimah namanya. Semasa kami cuba membina semula rumah kami yang terbakar dan agak besar kerosakannya, (dan tidak siap-siap), ia pernah berkata : "Tak ape rumah tak siap.....asalkan diri siap."

Sangat dalam erti kata-katanya itu. Berputar-putar minda berfikir. Saya senyum mengiakan dan sejak itu saya sentiasa ingat pesanannya supaya "menyiapkan diri" untuk hari "pertemuan istimewa". 

Gara gara mahu bersiap diri, kata seorang teman yang cuba berlawak : "Kita kena belajar bahasa Arab. Kalau tidak macam mana nak faham soalan malaikat nanti di kubur?' Sedih menginatkannya kerana dia pun sudah kembali padaNya. 

Saya belajar Bahasa Arab dari ustazah Fatimah ini dalam tahun akhir lapan-puluhan. Saya belajar juga dari suaminya, Proff Ismail Ibrahim di kampus UIA yang lama di Petaling Jaya. Lepas solat Maghrib saya dan teman sejiran berkejaran ke kampus UIA itu.

Hanya tinggal kenangan.....

Kenangan sayu buat saya sebab saya masih jauh dari siap dan sempurna. Kemahiran Bahasa Arab masih jauh ketinggalan walaupun sudah lama memulakannya. Rumah tidak siap dan diri pun jauh dari siap....kadang kala rasa cemas di hati.

Sentiasa berhalangan itu dan ini.

Pernah saya katakan pada seorang teman perihal  cerita 'rumah tak siap tak ape....asalkan diri siap'.

Teman ini tinggal berhampiran di sempadan kawasan perumahan. Ia terkesan dengan cerita saya dan kini sudah banyak usahanya menimba Ilmu untuk mempersiapkan diri. Dan dia juga suka membantu kekawan sebaya. Rumahnya jadi Taman-taman syurga memberi masa dan ruang untuk kelas al Quran dan kelas Harfiah. Setiap hari masanya terisi dengan kelas ilmu di tempat lain juga atau aktiviti kebajikan sesama kekawan dan kenalan.

Saya hanya menumpang kegigihannya. Tidak terdaya mengejarnya.....
Saya sering kepenatan mahu jadi sepertinya....

Sering kali kesihatan menjadi sebab mencari hentian. Rasa cemas tidak berkurangan terutamanya bila mengingat kembali peluang dan ruang yang tidak diambil peduli ketika tenaga kuat dan akal belum lali.  

Hanya mampu terus mencuba dan berusaha kerana yakin Allah maha kasih dan maha sayang pada hamba-hambanya. Semoga Allah memberi masa dan mengurnia belas kasihan dan Rahmatnya yang tidak terhingga.

InsyaAllah saya berjanji tidak lagi bermimpi-mimpi membina "Istana". Tinggal dimana sahaja seadanya. Insaf memikirkan kehidupan orang-orang pelarian dimerata dunia, di Gaza, di Syria dimana jua.

Rumah tak siap-siap tetapi saya alhamdulilah sudah redha tidak mengapa. Kini saya berusaha menumpu pada persiapan Banglo Kecil yang pasti jadi penghuninya. Atau mungkin hanya  sebuah kondominium biasa sahaja. 

Atau entah di mana akhirnya.....

Status tempat persemadian sama sahaja. Amalan soleh menjadi penentu bagaimana keadaan kita. Redha Allah yang kita pinta.

Mohon keampunan MU Ya Rabb, semoga mendapat kurnia sejahtera dan di Syurga Firdaus temapt 'bersemayam' yang tiada bandingannya.
Dengan Rahmat MU semata-mata.

Aameen ya Rabb...

....

2 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,sempat menyedari sebelum tiba ketikanya. Semoga dijauhi kita dari terus menyiapkan duniawi sehingga saat ketikanya tiba.

Sayapun baru berdiskusi dengan emak,emak kata "semua simpanan arwah bapak yang dikumpul dari beberapa akaun simpanan emak tak ambil pun semua diinfaqkan"
Saya jawab "Itulah yang emak punya untuk bekalan nanti. Kalau emak ambik duit tu sekarang pun nak buat apa,yang emak makan kat rumah saya tak luak pun,daya emak makan sebanyak mana sangat. Disimpan silap-silap jadi bahan intaian pencuri"

InsyaAllah sama-sama kita berdoa agar jangan dibolak balikkan hati kita setelah mendapat petunjuk.

ngasobahseliman said...

Bahagia Simah dengan Emak. Sudah lebih 10 tahun emak akak tiada. semoga ia sejahtera di alam barzah sana.
Infak seharusnya jadi amalan semua Muslim. Yang sedikit infak sedikit. Yang banyak infak banyak. Cuma kekadang Syaitan hasut kononya nanti takut tak cukup untuk diri sendiri
Tapi kata ustaz jangan blame syaitan. Dia cuma menghasut. Kita yang buat keputusan. Semoga Allah mengampuni hati-hati yang kekadang kecundang. Kata SaifulIslam.com: Erti Hidup Pada Memberi.

Related Posts with Thumbnails