"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, November 30, 2014

Sedikit alKisah di MAHA




Setengah hari saya di MAHA pada hari Isnin lepas. Setengah hari sudah memenatkan. MAHA untuk orang muda yang mampu berjalan jauh dari satu jenis expo ke satu yang lain. Kumpulan saya dari Masjid Kg Tunku dan rata-rata warga emas jua. Yang muda dari kampung jiran.

Walau penat saya rasa ceria juga seperti cerianya bunga-bunga yang menghias kawasan.



Kami naik tram dalam kawasan tetapi ada yang naik kenderaan seperti di bawah ini. Saya rasa teruja melihat kepelbagain karenah pengunjung pada hari itu yang berbumbumngakan matahari yang panas terik.

Saya cepat keletihan dan memilih untuk duduk-duduk sahaja dan melihat apa yang kaki kederat membawa. Saya lihat tempat sayuran dengan sedikit minat dan ini yang saya lihat. Tiada penerangan maka saya lihat-lihat sahaja betanyakan kekawan yang ada pengalaman.








Saya suka chili maka tidak hairanlah saya suka merakam betapa suburnya tanaman chili. Tidak ada jualan maka rasa terkilan juga dengan sistem yang ada. Kata nya ada satu tempat penerangan bagi mereka yang berminat. Tidak mengapa. Saya hanya ingin ke MAHA semata-mat untuk memuaskan curiosity.

Tetapi saya menemui pameran Ubi kayu yang buahnya besar dan tertulis UBI KAYU PONTIAN. Wah....amat teruja dan saya rakam fotonya di bawah ini.



Saya dilahirkan dan membesar di Pontian Johore. Maka terus sahaja saya teringatkan Allahyarham Bapak saya yang bercucuk tanam ubi, keladi, keledek dan sayur-sayuran untuk jualan mencari rezki membesarkan anak-anak dan cucu yang tinggal bersama-sama.

Terpegun saya seketika dan ingatan saya meluru ke zaman saya bersekolah rendah. Waktu itu bekalan beras di catu kerana masaalah keselamatan lantaran Komunis mahu berkuasa. Maka saya ingat makan nasi hanya sekali dalam sehari. Itu pun nasi yang masak bercampur ubi kayu. Biasanya kami makan ubi keledek sahaja. Bila pulang dari sekolah saya akan berlarian mencari bapak saya kerana nanti dia sudah sediakan bakaran ubi atau keladi atau keledek. Itu cukup untuk makan petang dan malam. 

Hebatnya saya dan anak-anak buah yang membesar bersama tidak banyak karenah. Kami makan dan main hingga waktu maghrib sebelum pulang ke rumah. Waktu itu kami pakai lampu pelita sahaja. Lampu gas kami guna bila sudah sekolah menengah.

Bapak saya menanam ubi kayu dan lain-lain di tanah kerajaan. Ia sebut begitu tetapi saya tidak faham hinggalah sudah bekerja. Rupa-rupanya kaum pendatang akan berbuat apa sahaja asalkan boleh hidup. Tetapi saya ingat bapak saya akan menebang pokok-pokok ubi setelah tua ke paras rendah supaya tidak kelihatan orang kerana takut ada penguatkuasa yang melarang menggunakan tanah kerajaan.

Tersedih seketika teringatkan emak dan bapak saya membesarkan saya. Semoga mereka sedang beristirihat di alam barzah dan semoga kami berjumpa nanti di syurga Firdaus tanpa hisab dengan Rahmat Allah jua. Aamiin.

Tersentak dari mengelamun sejenak bila teman saya memanggil saya untuk beredar. Saya rakam lagi kesukaan saya sebelum duduk menanti teman-teman yang lain untuk pulang. Masa sangat terhad dan hapir-hampir terlepas waktu zohor. Semoga Allah mengampunkan.






 Sebuah peristiwa harian yang bercampur-campur rasa....suka dan terhiba.


...

4 comments:

Acik Erna said...

Acik pun pergi setengah hari je.tak larat nak jalan..sakit kaki

Al-Manar said...

I am pleasantly surprised to read about MAHA and wonder whether it is still the same that I used to visit during the 1950's. Of course it was on a small scale.

ngasobahseliman said...

Assalam Dear Achik, Itu pertama ke MAHA. Penat. Rasa tak akan pergi lagi. Sejak dari kerja lagi teringin nak lihat. Alhamdulilah. Terima kasih singgah.

ngasobahseliman said...

Dear pak alManar. I did't know MAHA existed since the 1950's. Since my working days i had always wanted to visit at least once. So I did it last week. No great feelings or impression, but like to congratulate the organizers. It could be better. How? Our young people should think harder.

Related Posts with Thumbnails