"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 22, 2015

Ayuh kita bangkit....



Ayuh kita bangkit dari tidur yang panjang. Kalau sudah bangkit, dan sudah lama bangkit, alhamdulilah. Walau apa pun, ayuh kita lakukan apa yang sudah lama kita ketinggalan...

Itu saranan seorang teman baru-baru ini.

Kita amat ketinggalan dibidang ilmu, dari berbagai sudut. Amat ramai yang tidak sedar betapa jauh kita ketinggalan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia rata-rata sudah meningkat paras keilmuan yang ada pada individu. Kita sudah banyak university dan kolej berbanding semasa zaman saya membesar. Walau bagaimana pun kita harus ingat bahawa ada ilmu yang bermunafaat dan ada ilmu juga yang tidak bermunafaat. Dan biasanya ilmu yang tidak bermunafaat ini yang dapat menawan cita rasa manusia. Contohnya ilmu bagaimana nak buat lawak dan buat orang ketawa. Sebenarnya tidak ada faedah yang hakiki dan ia tidah menambah apa-apa dalam kuality kehidupan kita. Sebabnya kita akan gelak ketawa dan kemudian kita murong kembali kerana menghadapai reality yang tadi lawak hanya menipu perasaan kita buat sementara. Tetapi ilmu ini boleh meraih kekayaan kerana pandai berlawak walaun tidak mengubah hati orang yang mengikutinya kepada yang lebih baik.

Mungkin kita banyak ilmu tetapi kita kurang cerdik dan kurang pintar dalam mengendali ilmu dalam hidup kita. Bukan  semua orang yang berilmu itu cerdik dan bijaksana. Dua elemen ini bergantung juga pada  sistem pendidikan yang dilaluinya. Dan bukan pula orang yang cerdik itu seorang yang berkeyakinan dan berani dalam menghadapi sesuatu masaalah dalam hidupnya. Ini juga bergantung pada pendedahan pengalaman yang dilaluinya.

Maka kita ingin tahu pula apakah yang kita mesti ada untuk mencapai kejayaan dalam hidup ? Bukankah Ilmu ito prerequisite asas ?

Mula-mula kita harus tahu apa itu kejayaan....Ini soalan cepu emas. Ingatkan kita semua tahu. Tetapi hakikat nya ramai yang tidak tahu. Kalau tahu pun akan buat tidak tahu kerana ia suatu yang memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi untuk mencapainya. Maka ramai yang tergelincir dari landasan yang benar.

Kejayaan hanya dikira jika kita mempunyai bekalan yang cukup untuk kembali pada Pencipta kita. Ini adalah hakikat, ia itu suatu yang benar  sama ada kita percaya pada Tuhan atau tidak dan sama ada kita percaya pada hari pembalasan atau tidak. Ilmu perlu tetapi ilmu hanya alat sahaja. Ilmu mesti dipraktikan, barulah ia bermunafaat.

Untuk ingatan.....
Kita semua akan dibangkitkan semula selepas mati untuk dihadapkan dalam Mahkamah maha Agong, Allah yang maha Besar, di mana tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita.


A034
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
('Abasa 80:34) | 
A035
Dan ibunya serta bapanya,
('Abasa 80:35) | 
A036
Dan isterinya serta anak-anaknya; -
('Abasa 80:36) | 
A037
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
('Abasa 80:37) | 
A038
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
('Abasa 80:38) | 
A039
Tertawa, lagi bersuka ria;
('Abasa 80:39) | 
A040
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
('Abasa 80:40) | <
A041
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -
('Abasa 80:41) | 
A042
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Di bawah ini saya kongsikan pesanan teman akrab saya...  

"Words move hearts and hearts move limbs. We comunicates through our hearts."
Kalau ruh kosong dan Ilmu pun kurang, bagaimana kita hendak mempengaruhi orang lain. Orang Islam ramai yang malas berfikir. Tidak ada daya ketahanan. Cepat menyerah kalah. Bukan kerana orang lain menindas kita...kita yang membiarkan diri di tindas. Hubungan kita dengan Allah amat tipis. Kita mengharapkan pertolongan, tetapi kita kurang usaha, kurang berdoa dan kurang bertawakal. Allah memberi pada orang yang rajin berusaha. Allah beri rezki pada semua makhluknya mengikut kehendaknya. Allah sahaja yang maha Pemurah.

"Ayuh kita fikir-fikir....sentiasa fikir-fikir"  Kata teman saya. Jangan menyibukan diri dengan apa yang tidak relevan dengan hidup kita di akhirat nanti.

Ya Allah jadikan aku seorang yang kuat berfikir dan berusaha....walaupun di umur senja.
Aamiin...

.....

2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum, ngasobahseliman
Terima kasih atas paparan ini. Amat wajarlah kita saling ingat mengingatkan sesama kita, yang kini sudah berada di penghujung jalan, akan hari kita kembali kepada Allah dan saat kita bakal di'adili. Ya Allah, takutnya hamba-hambaMu ini! Kasihanilah kami!

ngasobahseliman said...

Semoga Allah mendengari rintihan hati kita ye Pak Temuk. Semoga hari-hari mendatang akan penuh dengan ingatan dan semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memudahkan segalanya. Salam kangen Pak Temuk.

Related Posts with Thumbnails