Damai.....
Walaupun seorang dan berseorangan.
Asalkan sahaja pasrah penuh pada yang maha Esa,
Buat yang di suruh dan tinggalkan segala laranganNya.
Dia yang maha Berkuasa...
Maha Kasih dan Sayang pada semua hambanya.
Asalkan sahaja taat setia pada janji di Alam
sebelum lahirnya ke dunia.
"Alastu biRabbikum...Bala...Syahidna !..."
Rabb sekelian Alam...tidak ragu kewujudanNya.
Damai...
Semoga berpanjangan
Hingga ke saat bertemu denganNya.
Dalam dakapan RedhaNya...
Allahuma Aamiin...
Allahuma Aamiin...
...
foto: ehsan google
3 comments:
Assalamualaukum wbt Puan,
Insan yg sentiasa merasa Allah bersamanya, tidak akan pernah merasa kesunyian dihatinya. Bagi mereka yg kosong jiwanya, mereka tetap berasa kesunyian walaupun dikelilingi teman dan keluarga.langkah pertama utk memulakan pencariannya adalah berpunca dari kekosongan dan kesunyian ini. Bila telah menemuiNya, maka tiada kesedihan dan kebimbangan bagi orang yg beriman. Cukuplah Allah bagiku. Maka hasilnya adalah ketenangan dlm apa jua keadaan. Hasnah.

Terima kasih dear Hasnah. Salam perkenalan. Kata-kata Hasnah terkesan di hati saya. Untuk menghayati "CUKUPLAH ALLAH BAGI KU" kekadang sukar juga kerana ada sahaja fenomena yang mahu membenteras nilai-nilai mulia. Doakan saya berjaya mengisi hati dan minda dengan kewujudanNya, selamanya.
In sya Allah ketemu lagi.
Post a Comment