"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 27, 2015

Mengejar yang dirindu......






Sejak bermulanya Pra-sekolah  SmarTop Subur Fitrah pada Januari 2015, saya belum berkesempatan untuk melihat perkembangannya. Saya lepaskan semuanya pada teman utama saya dalam mengendali pra-sekolah ini.

Alhamdulilah, Allah beri kesempatan untuk berkejaran pada petang Sabtu yang lepas untuk ke Tangkak dengan kereta teman saya itu. Esuknya saya tumpu perhatian pada TASKA. 

Hilang rindu melihat lenyaknya tidur sang bayi ini. Ada lima orang peringkat bayi dan buat masa ini ada tiga orang pengasuh yang ditugaskan seharian. Kami masih kekurangan untuk keceriaan persekitaran. Ia memerlukan mengecat semula sebahagian dinding dan memasang lampu yang dapat memberi suasana yang lebih ceria tetapi tidak menjejas keselesaan tiduran anak-anak bayi ini. Saya bertekad untuk mencari dana semoga hasrat ini akan tercapai juga.

Saya melihat juga bahagian si-kecil peringkat 'toddler' dan tersenyum lebar bila saya "intai" dari lubang kunci di pintu bagaimana pengasuh saya mencari jalan mendapatkan perhatian anak-anak yang fitrahnya masih belum faham untuk mengikuti sesuatu program yang diaturkan.

Itulah fitrah......

Ada hikmahnya.

Tidak lama kemudia saya pun melihat kawasan sekeliling yang baru diolah semula penanaman pokok pisang dan pembersihan padang. Insya Allah padang ini akan lebih menarik perhatian pengunjung dan ibu-bapa bila siap nanti dengan tanaman hydrofonik yang akan diusahakan oleh petugas khas kami bernama Widat yang telah saya ceritakan kepakarannya sebelum ini.






Buat sementara ini saya rakam foto bunga-bunga yang memberi sedikit kecerian mata memandang.

Insya Allah kami akan bina "Taman Burung" juga. Bukan taman besar tetapi hanya kerangka tempat kami memelihara burung untuk menjadi sebahagian aktiviti "Tadabbur Alam" anak-anak Tadika dan Taska. Saya tidak sabar menunggu terhasilnya projek ini demi mengasuh dan mendidik anak untuk mengenal yang Maha Pencipta melalui keindahan ciptaanNYA.



Itu sahaja catatan ringkas kali ini. Saya pulang ke Petaling Jaya pagi hari Selasa untuk mengejar pula kelas Harfiah alQuran tetapi tidak kesampaian kerana masa terlalu suntuk dan saya tidak berapa sihat akibat tersilap makan sehari sebelum itu.

Liku-liku jalan mencari Redha Allah amat memerlukan komitmen dan kesabaran. Kekadang saya rasa tidak terdaya tetapi saya tetap berdoa semoga Allah sentiasa meanugerah Rahmatnya yang tidak terhingga untuk samapai kepenghujung jalan dalam dakapan Kasih dan SayangNya.

Aamiin ya Rabb...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails