Adab berkeluarga dalam Islam telah ditentukan. Saya hanya ingin berkongsi yang mudah sahaja sebagai satu peringatan pada anak-cucu keluarga besar saya.
Sering saya mengingatkan betapa pentingnya keluarga tertua dan tua (family elders) dira'i tanpa syarat, terutamanya ibu dan bapa, termasuk ibu bapa mertua yang mesti dianggapa seperti ibu bapa sendiri. Ini yang sering dilupa oleh anak-anak muda hari ini. Diharapkan tidak sampai perilaku mengguris hati kerana buruk akibat pada diri. Ini sering disebut oleh ustaz dimana jua dalam sessi pengajian yang menyentuh adab berkeluarga dan berakhlak mulia.
ADAB dalam Islam adalah suatu yang tidak boleh dikompromi. Biar angin ribut melanda sekalipun, kehendak ibu bapa harus dituruti dan didahulukan asalkan sahaja ia syar'i.
Tanpa kehadiran kaum tua tidak akan ada kaum yang muda. Yang muda mungkin lebih pintar dan lebih berketerampilan dalam kerjaya. Namun kebijaksanaan, secara umumnya, hanya ada pada yang tua kerana umur dan pengalaman hidup adalah satu keperluan untuk seseorang bersikap matang dan bijak membuat keputusan yang membuat semua pihak berpuas hati mengikut keadaan yang ada. Ilmu adalah prerequisite utama. Namun ilmu tanpa amal tidak memberi makna. Dan amalan tanpa merujuk dan bersandarkan pada kekuasaan yang maha Esa dan maha Pencipta, maka amalan itu kosong juga akhirnya.....tidak ada nilai pengabdian berasaskan Tauhid untuk meraih RedhaNya.
Itu sahaja perkongsian santai sebagai seorang warga tua dalam menjalani hidup harian.
Kita bercerita pula suatu yang santai dan ringan......perihal perkahwinan.
Minggu lepas seperti yang saya telah cerita sebelum ini, adik suami saya telah mengadakan majlis meraikan perkahwinan anak lelakinya dengan seorang gadis kecil molek warga Syria. Semua ahli keluarga terdekat rasa teruja kerana belum ada sebelum ini ahli keluarga yang berkahwin dengan seorang warga Arab.Maka ramai yang hadir pada hari majlis diadakan. Saya ingin kongsikan saat-saat yang akan terus menjadi kenangan ramai kaum keluarga dan sanak saudara. Alhamdulilah.
Muhammad Izzat dan Nour Nasri.
Tersenyum gembira.
Ibu bapa memberi ucapan terima kasih pada para jemputan
terutamanya pada keluarga dari Syria.
Sebahagian dari keluarga pengatin perempuan dari Syria.
Semua ahli keluarga terdekat pengantin lelaki.
Suami dan saya ingin juga merakam peristiwa sejarah bagi keluarga kami.
Ini adik suami saya yang sering membaca blog saya,
maka saya rakam mera'ikan minatnya.
Antara ahli keluarga besar ibu pengantin lelaki.
Lihat seronoknya Atuk lelaki dan perempuan bersama
cucu menantu terbaharu ketika ini.
Pemandu syarikat yang sudah menjadi seperti keluarga sendiri,
berasaskan nilai kasih sayang dan hormat menghormati.
Iman dan taqwa yang Allah perhati.
berasaskan nilai kasih sayang dan hormat menghormati.
Iman dan taqwa yang Allah perhati.
Itu sahaja catatan kali ini. Kekuatan dan keharmonian kelurga adalah permulaan kekuatan dan keagongan ummah. Asasnya adalah Ilmu, Iman dan Taqwa. Besar atau meriahnya majlis bukan ukuran kejayaan dan kemantapan sesebuah keluarga di masa mendatang.Kasih sayang adalah utama dan harus dibina dan terbina atas lunas-lunas yang telah di gariskan dan dicontohkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad salallahualaihiwasalam.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah pada semua peringkat generasi kerana apa jua pertalian mesra dan kasih sayang, ia harus dijalin oleh semua pihak yang semestinya mendukung tanggong jawab bersama.
Semoga Allah memberkati semua usaha dan di Syurga Firdaus bertemu semula, dengan Rahmatnya semata-mata.
Aamiin ya Rabb.
....
No comments:
Post a Comment